Monday, October 16, 2017

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES.



KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES.

Tau tak kenapa ESP bagus untuk orang yang kandungan gula dia tinggi?

Sel badan pesakit diabetes tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.

Satu kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa asid amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin.

Arginine ni bantu untuk tingkatkan sensitiviti terhadap insulin.contohnya bila pesakit kena diabetis ,sensiviti terhadap insulin tu dah kurang. Fungsi insulin ialah kawal gula dalam darah.

Insulin membantu mengawal kadar glukosa darah dengan hati dan sel-sel otot dan lemak untuk mengambil glukosa dari darah. Oleh karena itu Insulin membantu sel-sel untuk mengambil glukosa yang akan digunakan untuk energi.

Dalam (ESP) ada asid amino yang cukup untuk membantu Arginine peka pada insulin. Takde la paras gula kejap naik kejap turun. Jaga makan dan pengambilan gula insyaAllah bacaan gula maintain cantik.




ESP Shaklee rendah indeks glisemik

Esp juga rendah indeks glisemik. Gula dilepaskan perlahan lahan tanpa pesakit perlu risau tentang kandungan gula. Pesakit diabetes kena kurangkan makan nasi. Jadi, minum ESP mengenyangkan. Kurang la rasa asyik lapar.

ESP juga menggunakan soya non gmo, tiada lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric, tiada gula tambahan da  sangat mudah diserap oleh tubub manusia.


ESP Shaklee tiada lemak dan tiada kolesterol sangat sesuai untuk pesakit diabetes.

ESP tengah offer. Jangan ketinggalan untuk rasai nikmatnya berESP. Hubungi sya untuk belian.

Syafia | 012-5752865

Pengedar Shaklee Nilai
Pengedar Shaklee Slim River
Pengedar Shaklee Tanjung Malim.



Thursday, October 5, 2017

Tips apabila tersedak makanan, kram kaki, tidur salah bantal dan kaki kebas.


4 PENGETAHUAN AM yang wajar anda kongsi.

Perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah:

1. Tersedak makanan,
2. Kram Kaki,
3. Salah Bantal,
4. Kaki Kebas @ Semut2

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna untuk kita dan menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Jika tersedak makanan
Hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Kram kaki

Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

3. Salah bantal

Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

4. Kaki semut-semut @ kebas

Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga.

Semoga bermanfaat.

Perubahan Hormon Ketika Hamil. Kenapa Perlu Makan Asid Folik Ketika Hamil?


Ragam orang perempuan bila mengandung ni macam-macam kerenahnya.

Sepanjang proses kehamilan, berlakunya pelbagai jenis perubahan dari sudut emosi dan fizikal. Pendek kata serba serbi tak kena. Lagi-lagi jika ibu hamil mengalami alahan atau morning sickness yang teruk.

Ini disebabkan saiz otak wanita hamil dikatakan mengecil hampir 4%. Walaubagaimanapun jangan la risau sebab saiznya akan kembali normal kepada bentuk asal enam bulan selepas kelahiran.

Hormon progesteron mempengaruhi wanita ketika hamil dan hormon ini membuatkan wanita berada dalam keadaan mudah letih, malas dan suka tidur daripada buat kerja lain. Ada juga ibu hamil yang tidak boleh cium bau badan suami sendiri kesian sisuami hihi.

Jadi, sisuami bertabahlah ye dengan kerenah ibu hamil sebab perangai mereka akan berubah-ubah dan tidak menentu. Buat si ibu,cuba la kawal emosi sebaik mungkin supaya berasa enjoy sepanjang kehamilan.

Itu sebab pentingnya pengambilan asid folik ketika hamil. Peranan B-Complex adalah menukar makanan kepada tenaga untuk mengurangkan stress dan memberi tenaga berpanjangan buat ibu hamil supaya tak mudah letih dan lesu. B-Complex juga penting untuk perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Asid folik tu apa?

Asid Folik dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin dan serat seperti sayur-sayuran hijau.

Asid Folik memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi.


Perubahan hormon ketika hamil. Kenapa perlu makan asid folik?

Saya sarankan anda memilih asid folic yang selamat dimakan seperti B-Complex asid folic Shaklee.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. B-Complex Adalah vitamin larut air sebarang lebihan tidak akan disimpan dan akan keluar melalui sistem pencernaan. B-Complex Shaklee semestinya selamat, semulajadi dan bukan vitamin sintetik.


Vitamin B-Complex Shaklee untuk ibu hamil. 

Hubungi sya untuk belian produk Shaklee dan free konsultasi.

Syafia (SID : 1078101) | 0125752865

Pengedar Sah Shaklee Slim River
Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim
Pengedar Sah Shaklee Nilai




Tuesday, October 3, 2017

Apa Perbezaan Soya Non Gmo Shaklee Dengan Soya Lain.


ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN pertama yang ada di pasaran dunia.
50 tahun sebenarnya saintis Shaklee buat kajian tentang soya dan ESP ni.


APA YANG MEMBEZAKAN PRODUK ESP SHAKLEE DENGAN PRODUK SOYA LAIN?

1.  ESP (Energizing Soy Protein) bukan air soya semata. Ia adalah soy protein yang di extract dengan proses cold extraction supaya kandungan 9 asid amino, isoflavon dan lain-lain kekal di dalamnya. Proses ini tak boleh ditiru kerana sudah dipatenkan.

2. Dari proses tanam soya sehinggalah menjadi serbuk dalam tong ESP, semuanya dipantau ketat supaya terpelihara sifat non-gmo tu oleh IPP (identity preservation program).

3. Soya dibasuh menggunakan air, bukan alkohol. Alkohol bukan sahaja haram malah boleh musnahkan isoflavon sebanyak 88%!.

4. Setiap tong ESP seberat 850g itu adalah hasil proses cold extraction dari 30kg kacang soya. Sebab itu serbuk soya ESP halus dan tulen.

5. ESP adalah soy protein isolate bukan soy concentrate. Soy Protein isolate diasingkan karbohidrat daripadanya, menjadikan ia adalah protein soya paling ‘pure’ dengan kandungan protein lebih kurang 90%.

6. Ia mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif dan hanya memilih soya yang berkualiti tinggi sahaja.

7. Kacang soya yang digunakan adalah mengandungi NON GMO (non genetically modified organism) yang tidak diubah genetiknya dimana ia diproses menggunakan suhu yang rendah.

8. Mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

9. Sangat sesuai bagi pesakit kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (HI) yang rendah iaitu 39.

10. Satu hidangan soy protein ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan.

Pendek kata, ESP Shaklee memang lain dari yang lain. Tidak diubahsuai kandungannya dan sangat bagus untuk kesihatan badan. Kekurangan protein dalam tubuh badan la punca sel dan otot kita mudah lembik dan mydah jatuh sakit.
Jangan ragu-ragu dengan ESP Shaklee ye. ESP Shaklee bukan penyebab terjadinya cyst, fibroid dan pcos.


Berita istimewa!! Sempena bulan October ini Shaklee menawarkan promosi beli 4 ESP dapat 5% less. Jangan ketinggalan ya untuk rebut peluang istimewa ini. 

Hubungi saya untuk belian dan free konsultasi. 

Syafia | 012-5752.865

SID | 1078101

Pengedar Sah Shaklee Slim River
Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim
Pengedar Sah Shaklee Nilai.

Cod dikawasan berdekatan dan penghantaran seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Atau anda boleh membuat belian dengan klik link ini dan penghantaran terus kealamat anda. 

javascript:void(0);






Sunday, October 1, 2017

Perlu ke kalsium untuk tulang, sendi dan tubuh badan.


PERLU KE KALSIUM UNTUK TUBUH BADAN?

Tak payah lah makan suplemen kalsium bagai. Dah minum susu, dalam makanan pun ada kalsium, cukuplah."

"Makan kalsium banyak-banyak kang, kalau tulang terlebih macam mana? Tak takut effect ke buah pinggang ke"

Jangan tak tahu, kita yang perempuan nie, suka atau tidak kepadatan tulang kita akan berkurang bila umur semakin meingkat.

Walaupun tak pernah pregnant dan menyusu bayi, kita kehilangan kalsium setiap bulan ketika didatangi haid.

Kalau yang pernah hamil, dan sambung menyusu, lagi cepatlah banyak lompong dalam tulang, jika tak cukup pengambilan kalsium magnesium harian.

Pakar nutrisi menyarankan pengambilan 1000mg kalsium sehari untuk memastikan ketumpatan tulang, menghalang osteoporosis, menguatkan kuku dan mengurangkan kebas dan kekejangan otot dan sendi.

Jadi, sayangilah tulang kita. Cegah Ostoponia dan Osteoporosis dari awal. Untung-untung amalkan kalsium dari awal dah jadi nenek nanti pun masih boleh main aci kejar nyorok dengan cucu 😁


Perlu ke kalsium untuk tubuh badan?Ostematrix Shaklee vitamin kalsium untuk tulang, gigi dan sendi.

Sya jual vitamin kalsium terlajak laris ni, roger sini ye :

Syafia | www.wasap.my/60125752865

Pengedar Shaklee Slim River
Pengedar Shaklee Tanjung Malim
Pengedar Shaklee Nilai

Cod dikawasan berdekatan dan pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 


Saturday, September 30, 2017

Atasi kulit kering dan muka breakout dengan Set Radiant 4 Shaklee


Assalammualaikum.

Muka rosak atau breakout akibat tersalah pakai skincare memang menjadi mimpi ngeri. Bila dah rosak bukan mudah untuk baiki dalam masa yang singkat.

Tapi jangan risau, anda boleh mencuba set kecantikan Shaklee untuk muka breakout akibat tersalah pakai produk.


Kulit kering dan luka semakin sembuh selepas amalkan The Radiant 4 Shaklee. 

Kak farah muka breakout 2,3 minggu selepas pakai sesuatu..nak pakai skincare Shaklee takde rezeki sebab Nutriwhite Shaklee akan diganti dengan skincare baru yang lebih baik.

Kak farah pun beli la produk lain, macam-macam jadi dekat muda. Kak farah stop pakai. Pergi kerja pun tak pakai apa-apa.
Masa tu muka memang pedih kerana luka. Jerawat kecik dan besar semua ada.
Tergerak hati nak cuba Collagen Shaklee malam tu. Alhamdulillah esok pagi yang pedih tu dah takde. Kulit kering dan mengelupas pun gugur. Luka pun dah sembuh. Suka betul walaupun baru makan 1 sachet.

Siangnya makan pula ESP, Vitamin C dan GLA. Alhamdulillah sekarang makin sembuh walaupun ada parut lagi. Tapi iyela nak cantik memang amik masa kan. Yang penting sabar dan konsisten.
Jika anda punyai masalah yang sama, jangan ketinggalan untuk mencuba set Radiant 4 Shaklee. Promosi bakal berakhir beberapa jam lagi.


Set Radiant 4 Shaklee terdiri daripada :

1. Collagen
- menegangkan kulit supaya lebih anjal

2. Energizing Soy Protein (ESP)
- Perbaiki dan hasilkan sel-sel kulit baru yang lebih sihat.

3. Vitamin C
- Atasi radikal bebas.
- Kurangkan kulit kering, kasar dan berkedut.

4. GLA
- Melembapkan kulit kering dan mengatasi inflamasi.

Hubungi sya segera 📲 Syafia | www.wasap.my/60125752865

Pengedar Shaklee Nilai
Pengedar Shaklee Slim River
Pengedar Shaklee Tanjung Malim

Cod dikawasan berdekatan dan Postage seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Thursday, September 28, 2017

Masalah Eczema dan Asma berkurangan selepas amalkan vitamin Shaklee


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 20 : FADZILAH ISMAIL
.

[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE.
.

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil.
.

Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun.
.

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma.
.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.
.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.
.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum).
.

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.
.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect
.

Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati.  Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.
.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat​ dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.

Untuk belian dan konsultasi produk Shaklee anda boleh hubungi : 

Syafia | 012-5752865
Pengedar Sah Shaklee (1078101)

Pengedar Shaklee Tanjung Malim
Pengedar Shaklee Slim River
Pengedar Shaklee Nilai

Cod dikawasan berdekatan dan postage seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 


Wednesday, September 27, 2017

Set Kecantikan Dalaman dan Luaran Shaklee


Cantik di dalam cantik di luar!


Radiant 4 - Set Terbaik Untuk Kesihatan Dalaman Wanita.

Kak J asalnya ambil Esp, Vitamin C dan GLA untuk beberapa masalah kesihatan. Kak J ni ada gastrik, mudah tak sihat (selsema/demam) dan paling utama kak J ada masalah period pain dan period tak regular.

Konsisten dengan ESP, gastrik nya yang berpuluh tahun tak menyerang lagi. Kalau dulu panadol memang standby kat rumah kini Vitamin C je yang diambil kalau nak selsema @ kurang sihat. Memang imun makin baik bila amalkan Vitamin C.

Paling beliau suka ialah GLA untuk masalah kewanitaan nya. Hubungan seksual pun improve sebab gla bukan sekadar untuk menormalkan kitaran hormon tapi bantu melembabkan kulit dan bertindak sebagai pelincir pada wanita.

Collagen pula baru baru je beliau ambil bersama Ostematrix sebab masalah osteoponia. Walaupun ambil untuk tulang, kesan terawal dirasai ialah kulit memang makin anjal dan gebu.


Set kecantikan Dalaman dan Luaran Shaklee

Set Radiant Shaklee tengah offer. Vitamin kegemaran ramai yang selalu kehabisan stock. Jangan lepaskan peluang ye. Bukan selalu ada tawaran istimewa ni.

Berminat laju-laju wasap sya, kita order cepat sebelum kehabisan stock!

Syafia | www.wasap.my/60125752865

Pengedar Sah Shaklee Nilai

Pengedar Sah Shaklee Slim River

Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim

Postage seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Sunday, September 24, 2017

Ostematrix dan Omega Guard Shaklee kurangkan sakit badan sakit pinggang dan sakit kaki.


Sakit badan sakit kaki. Sakit sendi.

Start minggu ni sya dah insof. Badan terasa berat. Itu tanda berat badan dah naik.

Apa tunggu lagi? Nak biarkan aje lelemak ni bersuka ria? Jangan..jangan.

Vitamin makan, kena amalkan gaya hidup sihat juga. Maka berjoging la kita keluarkan peluh dan toksin dalam badan.

Tengok peluh merecik keluar puas hati. Basah tiak dan baju kite 🤣🤣.

Bila malam baru terasa sakit kaki la sakit badan la sakit pinggang laa..badan pun terkejut tuan badan dah lama tak joging hihi.

Maka, sebelum tidur wajib telan dulu pil kalsium Ostematrix dan minyak ikan Omega Guard. Keduanya berfungsi sebagai anti radang untuk otot dan sendi. Omega juga membantu menurunkan berat badan tau.


Ostematrix Shaklee untuk kuatkan tulang dan sendi. Omega Guard sebagai pelincir untuk kuatkan sendi.

Iyelaa..time muda kemain kuat joging nanti dah tua tak larat pulak. Kita topup la sumber kalsium awal-awal biar sampai ke tua tulang dan sendi ni seteguh KLCC..amboii.

Makan malam sebelum tidur 2 sahabat ni, insyaAllah memalam tidur lena, bangun esok pagi badan terasa ringan dan fresh ja.  Sakit-sakit badan kaki pinggang semua pun kurang. Laju ja jalan tau. Membuang pun lawas.

Dah gantok ni..nak tido awal. Kalau nak order wasap je ye. Kalau tak jawab dalam mimpi sya jawab esok hari ihihi.

Selamat malam semua.

Untuk belian dan konsultasi hubungi sya di 📲 www.wasap.my/60125752865

Syafia | Shaklee ID : 1078101

Pengedar Sah Shaklee Nilai

Pengedar Sah Shaklee Slim River

Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim.

Boleh penghantaran (Cod) seluruh kawasan berhampiran dan postage seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 


Sunday, September 10, 2017

Keistimewaan Vivix Shaklee. Apa itu Vivix?


Apa itu Vivix? Seringkali kita dengar Vivix Shaklee. Tapi tak tahu apa fungsinya. Hari ni saya akan terangkan dengan lebih lanjut apa itu Vivix Shaklee.

Vivix merupakan minuman botani yang lazat yang mengandungi ekstrak Pilygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan merupakan buah yang paling sukar diperolehi. Sizenya juga sebesar bola golf. Anggur muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan jus bersifat antioksida tinggi.


Khasiat Anggur Muscadine yang terdapat didalam Vivix.

Apa perbezaan Vivix dengan minuman jenama lain?

Vivix Shaklee telah dipatenkan dan hanya ekslusif untuk Shaklee sahaja.

Vivix juga tidak mengandungi pewarna dan pemanis tiruan serta tidak mengandungi bahan pengawet dan bahan terlarang. Ianya selamat dan halal diminum.

Kenapa manusia jatuh sakit? Apa puncanya? Bagaimana cara yang paling baik bagi mengatasi masalah tersebut?

Kita seharusnya jalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Kurangkan stress. Jangan merokok. Jangan minum arak. Jangan hisap dadah. Makan makanan yang berkhasiat.

Salah satu punca manusia jatuh sakit adalah disebabkan sel di dalam tubuh badan manusia mati lebih banyak dan lebih awal berbanding dengan pembentukan sel-sel baru secara semulajadi.

Tindakan stress luaran, menyebabkan dalaman turut stress dan sel-sel menjadi semakin tidak sihat. Punca stress (tekanan) ada dua iaitu secara biological dan psychological.

Biological adalah tindak balas didalam badan manakala psikologi melibatkan fikiran kita seperti rasa takut, cemas dan berdebar-debar. Kedua-dua tekanan ini boleh memberi kesan kepada jantung, pernafasan dan penghadaman sehingga boleh akibatkan jantung berdegup laju, nafas terlalu laju, hilang selera makan, hati keluarkan glucose terlalu banyak.

Selain itu, corak pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat juga punca kerosakan sel dengan cepat. Terlalu banyak makan makanan segera dan makanan yang diproses berbanding sayur dan buah-buahan merupakan salah satu contoh diet makanan yang tak sihat. Pengambilan gula putih yang berlebihan juga perlu dielakkan.

Siapa yang perlukan Vivix?

1. Untuk penyakit-penyakit kronik..Vivix membantu meningkatkan kesihatan penyakit secara membaik pulih sel-sel DNA yang rosak.

2. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

3. Vivix boleh diambil bermula pada usia 18 tahun keatas.

4. Sesiapa saja yang mementingkan kesihatan yang menyeluruh boleh mengambil Vivix.

5. Vivix tidak sesuai untuk ibu mengandung dan tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu anak.


Vivix diiktiraf melalui kajian saintifik. 

Apakah fungsi atau kelebihan Vivix?

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

1. Memperbaiki kerosakan DNA.
-Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA. Serangan ini merosakkan data genetik yang mengganggu fungsi sel.

- Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2. Memperbaiki tenaga sel.
- Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel.

- Vivix membantu menguatkan sel tubuh dan menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
- Semakin berusia, semakin kita terasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.

- Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

Banyak lagi khasiat Vivix ni antaranya :
🍇membantu mengembalikan keremajaan.

🍇untuk awet muda dan anti penuaan

🍇menurunkan risiko penyakit jantung

🍇mengawal tekanan darah

🍇mengurangkan komplikasi kencing manis, darah tinggi, stroke

🍇menyokong kesihatan sendi dan saraf

🍇memelihara buah pinggang, hati.

🍇untuk pesakit kanser.

Kalau anda tercari-cari supplemen lengkap yang menyeluruh untuk menyokong nutrisi yang diperlukan tubuh badan, sya suggest Vivix.

Jika anda berminat untuk membeli dan merasai sendiri kehebatan Vivix anda boleh menghubungi saya dengan cara :

Whatsapp/sms : Syafia | 012-5752865

Facebook : Syafia Mazlan

Instagram : vitaminshopby-syafia

Saya pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Belian juga boleh dibuat melalui online, cod dan pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Tuesday, August 8, 2017

Pengalaman Pesakit Asthma/ Semput Pulih Dengan Produk Yang Selamat.


Assalammualaikum.

Penyakit asthma atau semput terjadi apabila saluran pernafasan ke paru-paru menjadi sempit sehingga pesakit asthma sukar bernafas dengan sempurna.

Asthma biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan dan alahan tertentu seperti alah dengan habuk, bulu haiwan atau radikal bebas. Pesakit asthma mudah diserang batuk kahak yang lama.




Apabila semput menyerang, mereka yang mempunyai penyakit ni akan susah bernafas.

Penyakit asthma/semput/lelah ni kan bukan asing lagi pada sya sebab suami sya sendiri mempunyai masalah semput dari kecik sampai la menjangkau umur 30-an ni. Mak mertua sya cerita masa kecik-kecik dulu suami sya asyik keluar masuk klinik dan hospital je sebab semput ni. Nebulizer tu dah jadi perkara biasa bagi dia setiap kali kena semput. 

Sekarang ni suami sya dah jarang kena semput/lelah ni. Faktor umur barangkali. Ada yang kata kalau kena semput teruk masa kecik bila dan besar makin kurang. Mungkin antibodi badan semakin kuat apabila umur meningkat. Dah besar kan pandai la jaga diri. 

Baru-baru ni suami sya diserang semput kembali. Dah lama tak datang semput dia tu, kali ni datang balik sampai MC la tak kerja. Mula-mula suami sya demam dan batuk. Bila waktu malam makin kuat pulak batuk dia sampai sesak nafas. Merah muka dia menahan sakit. Makan ubat batuk pun tak berkesan. 

Risau semput dia lebih teruk sebab dia ngadu sakit dada susah nak bernafas, cepat-cepat la kami ke klinik yang dekat dengan rumah untuk jumpa doktor, ambil ubat dan  sedut gas (nab) untuk cairkan kahak diparu-paru supaya dada yang ketat kembali longgar agar mudah bernafas. Selepas sedut gas dan makan ubat suami sya rasa lega sikit dada dia tu tapi tetap tak boleh tidur lena sebab dia rasa tak selesa. 

Apalah guna isterinya pengguna tegar dan pengedar Shaklee kalau suami sendiri tak boleh dibantu kan haha. Orang lelaki macam suami sya memang liat sikit nak makan vitamin. Tapi bila keadaan darurat macam ni dia memang tak boleh nak menolak sebab nak cepat sihat punya pasal. Sya bagi suami sya makan Vivix, Nutriferon dan Omega Guard. Oh ya, ubat still makan ye seperti saranan doktor. 

Pada mulanya selepas makan Vivix suami sya rasa batuk dia lagi kuat. Mungkin healing crisis Vivix yang sedang bekerja membaik pulih sel-sel yang rosak. Tapi selepas beberapa hari semput suami sya nampak perubahan yang ketara. Kurang dah semput, suami sya tak rasa sesak nafas, demam kebah dan batuk kahak pun lega. Manfaat Vivix ni ialah Vivix minuman tinggi antioksida yang bersifat anti radang yang membantu melawan jangkitan virus seperti demam, selsema, batuk, asthma, alahan dan penyakit lain. 

Selain itu, sya bagi suami sya makan Nutriferon untuk menguatkan imun badan dia yang lemah. Nutriferon terdiri daripada biji labu, bunga matahari, biji plantago dan honeysuckle Jepun yang merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam badan. Suami sya suka makan Nutriferon sebab dia cakap demam, batuk dan semput dia cepat sembuh. Manfaat Nutriferon ni banyak sangat kalau nak disenaraika antaranya melawan kuman dan virus, melindungi diri daripada influenza, mengurangkan alahan kulit, resdung dan sebagainya. Elok sangat lah tu suami sya pun ada masalah resdung. 

Ditambah pula dengan Omega Guard atau minyak ikan Shaklee yang kaya dengan asid omega 3, DHA, EPA dan ALA yang membantu mencairkan kahak diparu-paru disamping menyihatkan paru-paru. Omega juga membantu menurunkan paras kolesterol, merawat penyakit asthma/semput  dan mengurangkan alahan kulit dengan berkesan. Kiranya Omega Guard Shaklee ni ubat batuk terbaik tau untuk masalah batuk berkahak dan melegakan semput. 

Alhamdulillah, asbab konsisten makan vitamin Shaklee dan makan ubat yang disarankan doktor masalah semput suami sya pulih dengan cepat. Risau sangat semputnya berlanjutan sebab dah lama kan semputnya tak menyerang. Sya yakin dengan vitamin Shaklee kerana vitamin Shaklee selamat dan semulajadi tanpa ada bahan kimia yang tersembunyi yang semestinya diyakini baik untuk tubuh badan tanpa merosakkan organ-organ dan tubuh badan. 

Syukur alhamdulillah. Inilah Shaklee effect yang suami sya rasai. Setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya. Maka, carilah penawar itu. Penyakit yang diturunkan oleh Allah swt pun sebenarnya sebagai kifarah diatas segala dosa-dosa kita. Kan penyakit itu penghapus dosa. Barulah kita lebih menghargai nikmat kesihatan yang tak terperi. Semoga suami sya dan sya seisi keluarga dikurniakan nikmat kesihatan yang lebih baik. Ameen. 

Ehh..panjang pulak membebel dientry kali ni. Takpe laa niat sya bercerita untuk manfaat bersama. Moga entry sya ini membantu orang yang sedang tercari-cari ikhtiar untuk penyakit asthma/ semput atau lelah. Berminat dengan vitamin Shaklee boleh hubungi sya ye.




Salam sayang, 
Pengedar Shaklee Nilai, Slim River dan Tg Malim | 1078101
Syafia | 012-5752865






Tuesday, July 11, 2017

Resipi Pengat Labu Gula Melaka


Assalammualaikum

Dah selesai puasa 6 ke korang semua?

Alhamdulillah, semalam sya dah selesai puasa 6 dan puasa ganti.

Orang berpuasa ni selera dia macam-macam. Tekak ni teringin pengat labu. Maka, laju-laju lah sya ke pasar dan beli labu.

Sya memang suka makan makanan kegemaran Rasulullah ni. Samada buat pengat labu, buat gulai lemak labu atau kuih lepat labu. Semua suka.



Resepi Pengat Labu

Sya kongsikan resepi pengat labu yang mudah disediakan tapi sedap secukup rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan.

1 1/2 biji labu
Santan
Gula melaka
Gula putih
Secubit garam
Daun pandan
Biji sagu

Cara-cara membuat pengat labu.

1. Potong labu seperti kiub ais.
2. Kemudian, masukkan labu kedalam periuk bersama daun pandan.
3. Masukkan santan. Ikut pekat yang anda gemari.
4. Masukkan 1 ketul gula melaka dan beberapa sudu gula pasir. Ikut manis yang anda gemari. Jangan manis sangat ye.
5. Masukkan secubit garam.
6. Masak sehingga kuah betul-betul mendidih.
7. Masukkan biji sagu. Masak sampai sagu menjadi kembang dan labu menjadi lembut. Tutup api. Siap!

Tips : 

1. Tujuan daun pandan dimasukkan kedalam pengat adalah untuk menghasilkan aroma yang wangi untuk pengat tersebut. Rasa pengat pun bertambah sedap.
2. Tujuan masukkan secubit garam kedalam pengat adalah untuk melemakkan lagi pengat tersebut.

Pengat labu ni sesuai dihidangkan ketika minum petang. Rasa manis-manis labu dan gula melaka tu memang serasi bersama sungguh.

Selamat mencuba resipi ringkas pengat labu ni ye.




Monday, July 3, 2017

Tips Untuk Demam Campak atau Chicken Pox.


Assalammualaikum.

Kisah raya sya tahun ni apabila anak sya terkena demam chicken pox atau cacar air pada hari raya kedua. Sesetengah orang panggil demam pelentung. Ini kali kedua anak sya kena dihari raya haha.

Pertama kali kena demam campak yang halus-halus tu ketika berumur setahun. Kena hari raya pertama pulak tu. Tahun ni pun kena lagi dimusim raya juga ketika berumur 4 tahun. Tak beraya la kita nak oii. 

Apa Itu Cacar Air atau Demam Pelentung atau Chicken Pox?

Merupakan sakit disebabkan virus varicella. Virus yang sama seperti kayap dan senang berjangkit. Boleh berlaku lebih daripada sekali dan kebiasaannya setiap orang mesti akan terkena demam pelentung ni tak kira ketika umur kecil atau dewasa.

Tanda Tanda Cacar air atau Demam pelentung atau Chicken Pox?

Apa yang sya perasan, sebelum keluar ruam merah tu anak sya : 
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih sebelum ruam timbul. 
  • Kurang selera makan. 
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk tempih beberapa hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 

Kesan Demam Pelentung atau Cacar air atau Chicken Pox.
  • Lenguh-lenguh badan dan sendi
  • Badan dedar atau demam berpanjangan
  • Tiada selera makan
  • Gatal-gatal badan
  • Ruam bernanah yang tumbuh akan kering dan tinggalkan parut hitam. 

Apa rawatan untuk demam pelentung atau cacar air atau chicken pox?
  • Bagi Paracetomol untuk kurangkan demam dan sakit badan. Jangan bagi ubat antibiotic kerana nanti ruam tu tak habis keluar. 
  • Minum air kelapa muda untuk mempercepatkan demam ruam tu keluar dari badan. Air kelapa juga berfungsi untuk menyejukkan badan yang  panas. 
  • Mandi dengan air daun semambu untuk mengurangkan bisa dan gatal.
  • Mandi sekerap yang boleh.
  • Sapu Calamine lotion untuk menyejukkan badan dan mengurangkan gatal badan. 
  • Sentiasa basuh tangan dengan air atau sanitizer. 
  • Asingkan pakaian dan tempat tidur. Pakaian direndam dengan air suam/ panas terlebih dahulu sebelum basuh.
  • Elakkan makanan bergoreng. Elakkan juga makan telur untuk kurangkan rasa gatal.
  •  Jangan makan kicap supaya badan tidak berparut.
  • Jangan kena air hujan. Orang tua cakap kalau kena air hujan nanti parut tak boleh hilang selama-lamanya. 
  • Jangan garu dan kopek ruam yang kering. Nanti parut tak hilang. 


Daum semambu untuk mengurangkan gatal-gatal demam pelentung.


Calamine lotion untuk mengecutkan ruam dan mengurangkan rasa gatal badan. 


Bedak sejuk untuk menyejukkan badan yang panas dan mengurangkan ruam. 



Minum air kelapa untuk cepatkan ruam keluar dari badan. 

Dan semestinya sya sapu Multipurpose Herbal Blend Shaklee untuk memudarkan parut supaya tiada kesan parut demam pelentung dibadan anak sya. Risau tau badan anak sya berparut. Moga takde la kesan parut. 

Sekarang dah seminggu anak sya kena demam pelentung. Demam dah tiada. Tinggal parut-parut kering je. InsyaAllah semoga semua ikhtiar untuk anak sya ni membuahkan hasil. 

 
Herbal Blend Shaklee krim yang membantu memudarkan parut chicken pox atau demam campak. 

Demam pelentung ni boleh berjangkit. Jadi asingkan la diri dari berjumpa dengan orang ramai. Kalau orang tu dah kena demam pelentung takpe takkan berjangkit, tetapi kalau belum kena lebih berisiko berjangkit. 

Korang nak order Herbal Blend ni jangan lupa contact sya ye. 

Syafia | 012 5752865
Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 




Sunday, July 2, 2017

Memudarkan Jeragat Dengan Kacang Soya.


ESP MEMBANTU MEMUDARKAN JERAGAT MAK SAYA. 

Umur macam mak sya 50-an, masalah jeragat memang biasa ada. Tenyeh la krim ke bedak seinci pun tetap nampak jeragat. Jeragat bila dah ada memang susah nak hilang ye.

Mak sya dah consume ESP selama 7bulan. Konsisten minum setiap pagi. 

Apa yang sya perasan, jeragat dimuka mak sya memang dah pudar. Kulit pun semakin tegang, bersih dan cerah.
Amboii kemain lagi mak kite tu. Mak kite makin gojes.


ESP membantu menghilangkan jeragat. 

Korang yang ada masalah jeragat, cubalah ESP Shaklee yang membantu merawat dari dalam kulit. Pakai krim muka je tak jalan laa. Kita rawat luar dalam sama.

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee : 
1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.

3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya.

5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.

6. Rendah lemak, tanpa kolestrol.

7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.

Esp lover-konsultasi & order,
Syafia | www.wasap.my/60125752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

#sayamakansayajual
#sayajualshaklee

Saturday, July 1, 2017

Tips Elak Sakit Perut Ketika Musim Perayaan.



Musim perayaan ni nak tak nak memang susah nak elak dari makan macam-macam makanan. Semuanya nampak sedap. Almaklumlah raya kan sebulan. 

Dah makan macam-macam tu perut pun mulalah meragam. Sakit perut lah, cirit birit lah, perut berangin sampai nak muntah dan macan-macam lagi. 

Tips nak elak untuk sakit perut dimusim perayaan adalah dengan : 

1. Kawal pemakanan
2. Elak atau kurangkan dari minum air bikarbonat
3. Kurangkan makan makanan berangin seperti lemang, ketupat dan kuah kacang. 
4. Kunyah makanan sehingga hancur supaya tak sembelit.
5. Kurangkan makan makanan berlemak, berminyak dan pedas sekaligus untuk mengelak dari cirit birit. 

Selain itu, untuk mengurangkan sebu perut, angin perut, loya dan muntah anda boleh amalkan Peppermint Ginger Shaklee yang bertindak membuang angin dan asid dalam badan. 

Sya suka dengan rasa daun pudina peppermint ginger ni. Rasa nyaman je masuk tekak. Badan pun terasa ringan dan segar bila angin keluar dari badan. 

Untuk melawaskan pembuangan jika mengalami sembelit atau tidak membuang dalam tempoh beberapa hari, anda boleh cuba Herb-lax Shaklee yang bertindak sebagai detox usus. 

Herb-lax bertindak mencuci usus yang kotor dengan mengeluarkan sisa toksin dalam badan. Sembelit tiada, perut kempis, berat turun dan proses pembuangan pun berjalan lancar.

Untuk mengelak berat naik mendadak dibulan raya ni, anda boleh membakar dan memecah lemak serta kolesterol dengan Lecithin Shaklee. 

Apa yang anda makan, segala lemak dan kolesterol boleh dikawal dengan Lecithin. Lecithin juga membantu melawaskan pembuangan dengan cara melembutkan najis supaya tidak sembelit. 


Tenangkan perut. Lawaskan pembuangan dengan Peppermint Ginger, Herb-lax dan Lecithin Shaklee.

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya, Syafia 012 5752865. Konsultasi percuma untuk anda. 

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak.



Friday, June 30, 2017

Rawatan Alternatif Untuk Penyakit Stroke


Assalammualaikum.

Harini sya nak berkongsi kisah benar pesakit stroke yang semakin beransur pulih asbab ikhtiar dengan Vivix.

DISEMBER 2015
TESTIMONI : HAFZA AEIN

▪ (BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
▪ (AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Assalammualaikum..
Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.
Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pagi.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat siapa dia dan ahli keluarga.
2- boleh mengingat tapi cepat lupa.
3- masalah pertuturan.
.
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.


Bagaimana Vivix bertindak untuk pesakit stroke?

Vivix adalah pilihan terbaik membantu mengatasi stroke kerana ia bertindak melalui 4 mekanisme iaitu mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel, memperbaiki sel dan meningkatkan prestasi sel.

Vivix juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. 

Ikhtiar dengan Vivix?

Hubungi sya di :
Syafia | 0125752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai, Pengedar Shaklee Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Disclaimer :

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday, June 29, 2017

Tips Supaya Udang Sentiasa Segar


Udang salah satu makanan seafood yang sya suka makan. Tak kisah la udang galah ke atau udang biasa..semua sya suka. Nasib baik la sya takde masalah alahan seafood. Boleh je makan macam biasa. 

Tapi dari proses membeli, basuh sehingga simpan udang tu semuanya perlu dititikberatkan untuk memastikan udang sentiasa segar dan kekal rasa manis semulajadinya. 


Petua Udang Sentiasa Segar

Disini sya kongsikan petua dan tips udang sentiasa segar yang anda boleh amalkan. 

1. Ketika membeli udang
  • Semasa kita memilih udang, rasa kepala udang samada lembik atau keras. Kemudian baru rasa bahagian badan udang.  Pilih kepala udang yang masih keras kerana itu tandanya udang tersebut segar dan tidak busuk.
  • Perhatikan juga bau udang samada busuk atau tidak. 
2. Ketika mencuci udang
  •  Cuci udang dengan air paip. 
  • Buang taik udang berwarna kuning keorengan diatas kepala udang sehingga bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita sakit perut atau cirit birit. 
  • Rendam udang yang telah siap dicuci dengan air garam untuk menghilangkan bau dan mematikan kuman yang terdapat diudang. 
3. Ketika menyimpan udang
  • Simpan udang didalam bekas kedap udara. 
  • Tabur sedikit gula didalam udang tersebut untuk memastikan udang tahan lama dan kekal segar. 
4. Ketika memasak udang
  • Jangan masukkan udang terlalu awal didalam masakan untuk mengelak udang menjadi terlalu keras. 
  • Udang yang dimasak terlalu lama juga akan hilang rasa manis semulajadinya. 

Udang boleh dimasak pelbagai menu. Rendang udang, sambal tumis udang, udang masak lemak, udang goreng butter, mee udang dan sebagainya. 

Semoga tips diatas ni memberi manfaat kepada anda semua. 


Anda juga boleh lihat resepi udang goreng butter creamy di link ini.

Tuesday, June 27, 2017

Vitamin Untuk Tulang Yang Kuat dan Sihat


Assalammualaikum. Selamat pagi.

Sebenarnya banyak supplemen kegemaran sya seperti Vitamin C, Omega, GLA, ESP. Produk Shaklee semuanya best.

Jika ditanya supplemen apa yang banyak memberi kesan pada diri mestilah Ostematrik. Setia dari dulu sampai sekarang tak pernah tinggal.


Ostematrix Shaklee suplemen wajib setiap hari. 

Sya makan ostematrik ni start dari mengandungkan Zahra. Biasa la kan time mengandung, sakit-sakit badan, sakit pinggang sampai tak boleh berjalan.

Tengah-tengah malam buta tengah syok tidur tiba-tiba datang cramp atau simpul biawak. Sakit oii. Terus tak boleh tidur sampai ke pagi.

Lepas consume Ostematrik ni..dalam seminggu sya dapat rasa perubahan. Kurang sakit pinggang,sakit kaki dan sakit badan. Masalah cramp atau simpul biawak pon tak kena dah.

Membuang pon sangat lawas dan tak sembelit. Masa berpantang pon sama sya tetap makan Ostematrik sebab takut sembelit. Masalah utama dlm berpantang mesti org pompuan takot sembelit kan. Alhamdulillah sya tak sembelit. Hari-hari membuang dengan lancar.

Sebelum tidur malam sya wajib makan Ostematrik setiap hari. Tidur malam pun lena. Esok pagi bangun senang dan rasa ringan je badan. Badan pon kurang rasa lenguh, kurang sakit badan, sakit pinggang. Gigi dan tulang pun kuat. Yang best takda masalah sembelit.


Kalau tengah period sya suka makan Ostematrik. InsyaAllah takda kena senggugut. Period lancar je.

Semakin berusia, kalsium didalam badan manusia semakin berkurangan. Sebab itula sya setia dengan Ostematrik untuk mencegah penyakit tulang rapuh atau osteoporosis dikemudian hari.

Kalau anda sayang tulang dan takut Osteoporosis dan berminat untuk membeli Ostematrix boleh hubungi sya.

Syafia | 012 5752 865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Monday, June 26, 2017

Ikan Goreng Pekasam



Ikan Goreng Pekasam 

Walaupun semasa menggoreng ikan pekasam ni baunya bisa menggetarkan hati seisi rumah..

Tapi, bila masuk ke mulut..aduhh nikmatnya.

Ada geng suka ikan pekasam disini?

Sya cukup suka makan ikan pekasam. Nasib baik suami sya pun suka makan. Ada la geng makan sesama. Lagipun cara masak ikan pekasam pun senang dan menjimatkan masa.

Cara mengoreng ikan pekasam

1. Goreng ikan pekasam sehingga garing.
2. Masukkan bawang merah dan cili hijau yang telah dihiris.
3. Gaul seketika dengan ikan pekasam. Siap. Tak perlu goreng bawang dan cili terlalu lama nanti tak rangup.

Ikan pekasam ni menu simple je. Makan dengan nasi panas pun dah cukup sedap. Bertambah-tambah nasi tau.

Selamat menjamu selera.

#piamemasak

Selamat hari raya-2017 (Part 2)


Assalammualaikum

Masih lagi berkisar tentang raya haha..ehh raya kan sebulan. Hari ni baru raya kedua. Suasana raya pun masih meriah lagi.

Hari ni turn balik kampung sya pulak di Bota Perak. Di Bota ni kampung tempat mak sya dilahirkan. Opah pun masih ada lagi alhamdulillah..cuma ini tahun ketiga arwah tok meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Malam ni insyaAllah kami buatkan kenduri tahlil untuk arwah tok.

Sedih dan sebak bila terkenangkan arwah tok sebab menu wajib dia setiap kali raya adalah kuah lontong dan nasi impit. Kemain suka dia makan. Sya la cucu dia yang dia selalu mintak isikan lontong dan nasi impit dia nak makan..moga arwah tok ditempatkan dikalangan orang beriman.

Ehh..lupa tanya..apa menu raya korang?

Hari ni baru sempat sya nak kongsikan menu raya pertama dirumah mak mertua. Menu kami biasa-biasa je. Alhamdulillah. Habis semuanya tak membazir.

Sya dan mak mertua masak bihun sup utara, rendang ayam dan daging masak padang. Selebihnya seperti lemang, ketupat, kek dan biskut beli je. Tempah awal sebelum raya.


Bihun Sup Utara


 Kek Carrot Cheese


Ketupat, lemang, rendang ayam dan daging masak padang


 Biskut raya

Juadah raya ni memang sedap dimakan. Tapi kena beringat sama. Makan berpada-pada. Jangan sampai memudaratkan diri. Bulan puasa berat turun, bulan raya kemain lagi berat naik berkilo-kilo.

Sya dah sediakan awal-awal suplemen Lecithin dan Omega untuk memecah dan membakar segala lemak dan kolesterol dari makanan yang dimakan. Tak lupa juga Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Untuk kulit flawless dihari raya Vitamin C dan B-Complex tak dilupakan. 

Salam lebaran kedua uols,
Syafia. 





Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya-2017


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..hari ini hari raya. Syukur alhamdulillah diizinkan Allah swt untuk menyambut lebaran bersama anak, suami dan keluarga tercinta.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog syapiaa.blogspot.com

Giliran raya tahun ini disebelah suami di Parit Buntar Perak. Sya dan suami takde masalah atau bermasam muka bab giliran raya ni. Sama-sama adil beraya dengan keluarga masing-masing. Lagipun kami memang berasal dari Perak.

Program raya seperti biasa bermaafan dipagi raya, bagi duit raya, bergsmbar raya, makan-makan raya..haha..amboii semua raya. Selepas tu berkunjung ke rumah jiran untuk beraya.

Sebelah petang kami sekeluarga balik kampung sebelah mertua di Kuala Kangsar sampai la malam. Program wajib setiap tahun. Kalau tak pergi kira tak lengkap beraya gitu.

Oo ya..tema raya sya sekeluarga tahun ni warna purple. Tema raya korang warna apa?


Selamat hari raya aidilfitri semua. Maaf zahir batin. Mintak maaf andai penulisan sya selama ini ada terkasar bahasa dan sebagainya. Kosong-kosong ye.

Friday, June 23, 2017

Persiapan nak sambut raya.


Alhamdulillah..pejam celik sebulan berpuasa esok dah raya. Alahai rasa sekejap sangat. Dalam gembira nak sambut syawal, terselit rasa sedih dan sayu nak tinggalkan ramadan.

Bulan ramadan la bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu. Auranya berbeza dengan bulan lain. Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan untuk bertemu kembali ramadan pada tahun hadapan dan seterusnya.

Esok nak raya, maka hari ni mula lah sibuk nak buat persiapan juadah hari raya. Hari memasak kata orang.

Awal-awal pagi lagi sya dah mula gosok baju raya, tudung raya untuk sya, suami dan anak. Gosok baju awal-awal senang, sebab petang nanti dah mula sibuk didapur.

Tahun ni giliran beraya dirumah mertua. Jadi, petang nanti bersingsing lengan untuk masak rendang ayam, rendang daging dan sup tulang. Sebenarnya lagi dekat raya lagi sibuk. Tapi itula suasana yang meriah.

Sebelah malam pulak baru sya, suami dan mak mertua nak kemas rumah. Maklumlah cucu ramai..tak boleh kemas rumah awal hehe. Suami sya 5 beradik. Dia yang bongsu. Memang ramai la anak buah. 10 orang kesenuanya.

Apa menu raya korang tahun ni?

Ketupat lemang, rendang dan biskut raya tu menu wajib mesti ada kan. Kalau tak, bukan raya la jawapnye.

Tak sabar nak raya,
Syafia

Thursday, June 22, 2017

Maksud Malam Lailatul Qadar dan Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar.




Apabila tiba bulan ramadhan, 10 hari terakhir dibulan ramadhan rata-rata umat islam sibuk mencari malam Lailatul Qadar.

Malam lailatul qadar merupakan malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang mukmin yang bertaqwa. Kedatangannya sangatlah dinantikan dengan beberapa persiapan yang telah dilakukan. Malam inilah, para malaikat turun ke bumi karena perintah Allah SWT.

Apakah maksud malam Lailatul Qadar?

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar [97] : 3-5)

Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi SAW :

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)




Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

1.  Malam saat Lailatul Qadar langit tampak cerah. Langit tampak terang dan terlihat indah.
  • “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” 

2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
  • Pada malam Lailatul Qadar, tidak terjadi hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah. Angin bertiup lembut. Tidak sejuk juga tidak panas.

3. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar.  Rasulullah bersabda,
  • Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah

Kenapa salah satu tanda lailatul qadar ialah pagi yang mendung?

Kerana Allah nak hadiahkan rasa ketenangan bagi mereka yang telah menghidupkan malam lailatul qadar dengan penuh kusyuk dan bersungguh-sungguh melakukan amal kebaikan kerana Allah swt.

Apa yang berlaku pada malam Lailatul Qadar?

Pada malam tersebut Allah telah mengarahkan semua malaikat termasuk malaikat jibril untuk turun ke bumi melihat amalan yang kita semua lakukan ketika itu, mengaminkan apa yang kita minta kepada Allah.

Malaikat Jibril hanya turun kebumi untuk bertemu Nabi tetapi pada
malam lailatul qadar malaikat Jibril juga akan ikut turun sama untuk mengaminkan doa dan catit amalan
kita.

Selepas selesai menjalankan tugas semua malaikat akan naik semula ke langit beramai-ramai sehingga boleh melindung cahaya matahari tembus ke bumi. Sebab itulah cuaca keesokan pagi lailatul qadar kelihatan sejuk, tenang dan mendung.


"Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa'fu 'Anni"

Doa Malam Lailatul Qadar

Hikmah Allah menyembunyikan lailatul qadar adalah untuk kita ikhlas dan terus melakukan amal ibadah tanpa mengharapkan balasan daripada Allah swt. Hanya Allah swt maha mengetahui bila terjadinya malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk bertemu dengan malam lailatul qadar.



Resepi Udang Goreng Butter Creamy


Assalammualaikum..

Ketuk-ketuk ramadhan..alhamdulillah. amboi kemain lagi. Bertemu lagi didapur kecil sya untuk segmen resepi yang mudah tapi sedap haha. Gituu.

Sya suka makan udang atau ayam goreng butter tapi tak pernah buat sendiri. Hari ni terigin pulak nak masak sendiri. Buat banyak dapat makan sepuas hati. Malas cakap lelebih. Puasa ni perut lapar.  Jom lah tengok resepi.


Resepi Udang Goreng Butter Yang Sedap dan Mudah Disediakan.

Bahan-bahan untuk udang goreng butter.

12 ekor udang segar
Tepung goreng kfc atau tepung serbaguna.
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
4-5 biji cili padi (ikut pedas)
4-5 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
2-3 sudu buttercup
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
Secubit gula
Air

Cara-cara membuat udang goreng butter.

1. Goreng seketika udang yang telah disalut dengan tepung goreng kfc. Jangan goreng terlalu lama nanti udang keras.
2. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah diricik halus dengan butter sehingga kekuningan. 
3. Kemudian masukkan daun kari dan bawang holland. Tumis seketika sehingga naik bau. 
4. Masukkan susu cair dan sedikit air. Masak sehingga kuah mendidih. 
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. 
7. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk bagi kuah pekat. 
8. Gaul seketika sehingga kuah mendidih. 

Siap! Sedia dimakan bersama nasi panas bersama keluarga tercinta. 

Untuk pastikan masakan ini tak muak dimakan, jangan ubuh gula terlalu banyak. Cukup sekadar hujung sudu kecil je. Udang kan dah ada rasa manis semulajadi. Lebihkan sikit cili padi dan daun kari untuk dapatkan rasa yang secukup rasa. 

Selamat mencuba ye. 

Saya suka memasak,
Syafia .

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...