Friday, June 23, 2017

Persiapan nak sambut raya.


Alhamdulillah..pejam celik sebulan berpuasa esok dah raya. Alahai rasa sekejap sangat. Dalam gembira nak sambut syawal, terselit rasa sedih dan sayu nak tinggalkan ramadan.

Bulan ramadan la bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu. Auranya berbeza dengan bulan lain. Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan untuk bertemu kembali ramadan pada tahun hadapan dan seterusnya.

Esok nak raya, maka hari ni mula lah sibuk nak buat persiapan juadah hari raya. Hari memasak kata orang.

Awal-awal pagi lagi sya dah mula gosok baju raya, tudung raya untuk sya, suami dan anak. Gosok baju awal-awal senang, sebab petang nanti dah mula sibuk didapur.

Tahun ni giliran beraya dirumah mertua. Jadi, petang nanti bersingsing lengan untuk masak rendang ayam, rendang daging dan sup tulang. Sebenarnya lagi dekat raya lagi sibuk. Tapi itula suasana yang meriah.

Sebelah malam pulak baru sya, suami dan mak mertua nak kemas rumah. Maklumlah cucu ramai..tak boleh kemas rumah awal hehe. Suami sya 5 beradik. Dia yang bongsu. Memang ramai la anak buah. 10 orang kesenuanya.

Apa menu raya korang tahun ni?

Ketupat lemang, rendang dan biskut raya tu menu wajib mesti ada kan. Kalau tak, bukan raya la jawapnye.

Tak sabar nak raya,
Syafia

Thursday, June 22, 2017

Maksud Malam Lailatul Qadar dan Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar.




Apabila tiba bulan ramadhan, 10 hari terakhir dibulan ramadhan rata-rata umat islam sibuk mencari malam Lailatul Qadar.

Malam lailatul qadar merupakan malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang mukmin yang bertaqwa. Kedatangannya sangatlah dinantikan dengan beberapa persiapan yang telah dilakukan. Malam inilah, para malaikat turun ke bumi karena perintah Allah SWT.

Apakah maksud malam Lailatul Qadar?

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar [97] : 3-5)

Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi SAW :

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)




Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

1.  Malam saat Lailatul Qadar langit tampak cerah. Langit tampak terang dan terlihat indah.
  • “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” 

2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
  • Pada malam Lailatul Qadar, tidak terjadi hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah. Angin bertiup lembut. Tidak sejuk juga tidak panas.

3. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar.  Rasulullah bersabda,
  • Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah

Kenapa salah satu tanda lailatul qadar ialah pagi yang mendung?

Kerana Allah nak hadiahkan rasa ketenangan bagi mereka yang telah menghidupkan malam lailatul qadar dengan penuh kusyuk dan bersungguh-sungguh melakukan amal kebaikan kerana Allah swt.

Apa yang berlaku pada malam Lailatul Qadar?

Pada malam tersebut Allah telah mengarahkan semua malaikat termasuk malaikat jibril untuk turun ke bumi melihat amalan yang kita semua lakukan ketika itu, mengaminkan apa yang kita minta kepada Allah.

Malaikat Jibril hanya turun kebumi untuk bertemu Nabi tetapi pada
malam lailatul qadar malaikat Jibril juga akan ikut turun sama untuk mengaminkan doa dan catit amalan
kita.

Selepas selesai menjalankan tugas semua malaikat akan naik semula ke langit beramai-ramai sehingga boleh melindung cahaya matahari tembus ke bumi. Sebab itulah cuaca keesokan pagi lailatul qadar kelihatan sejuk, tenang dan mendung.


"Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa'fu 'Anni"

Doa Malam Lailatul Qadar

Hikmah Allah menyembunyikan lailatul qadar adalah untuk kita ikhlas dan terus melakukan amal ibadah tanpa mengharapkan balasan daripada Allah swt. Hanya Allah swt maha mengetahui bila terjadinya malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Semoga Allah memudahkan kita untuk bertemu dengan malam lailatul qadar.



Resepi Udang Goreng Butter Creamy


Assalammualaikum..

Ketuk-ketuk ramadhan..alhamdulillah. amboi kemain lagi. Bertemu lagi didapur kecil sya untuk segmen resepi yang mudah tapi sedap haha. Gituu.

Sya suka makan udang atau ayam goreng butter tapi tak pernah buat sendiri. Hari ni terigin pulak nak masak sendiri. Buat banyak dapat makan sepuas hati. Malas cakap lelebih. Puasa ni perut lapar.  Jom lah tengok resepi.


Resepi Udang Goreng Butter Yang Sedap dan Mudah Disediakan.

Bahan-bahan untuk udang goreng butter.

12 ekor udang segar
Tepung goreng kfc atau tepung serbaguna.
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
4-5 biji cili padi (ikut pedas)
4-5 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
2-3 sudu buttercup
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
Secubit gula
Air

Cara-cara membuat udang goreng butter.

1. Goreng seketika udang yang telah disalut dengan tepung goreng kfc. Jangan goreng terlalu lama nanti udang keras.
2. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah diricik halus dengan butter sehingga kekuningan. 
3. Kemudian masukkan daun kari dan bawang holland. Tumis seketika sehingga naik bau. 
4. Masukkan susu cair dan sedikit air. Masak sehingga kuah mendidih. 
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. 
7. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk bagi kuah pekat. 
8. Gaul seketika sehingga kuah mendidih. 

Siap! Sedia dimakan bersama nasi panas bersama keluarga tercinta. 

Untuk pastikan masakan ini tak muak dimakan, jangan ubuh gula terlalu banyak. Cukup sekadar hujung sudu kecil je. Udang kan dah ada rasa manis semulajadi. Lebihkan sikit cili padi dan daun kari untuk dapatkan rasa yang secukup rasa. 

Selamat mencuba ye. 

Saya suka memasak,
Syafia .

Wednesday, June 21, 2017

Kenapa Cepat Letih Dan Badan Kurang Bertenaga


VIVIX MENJADIKAN BADAN LEBIH BERTENAGA

Jika anda seorang yang selalu mengalami masalah cepat penat dan kurang bertenaga, itu bukan sahaja petanda umur kian meningkat dan berusia tetapi juga anda disarankan untuk mengambil makanan tambahan untuk menutup kelompongan nutrisi tubuh badan.

Sebelum mengambil apa-apa suplemen, jika anda merasakan terdapat kelainan pada tubuh badan seperti sering sakit berulang-ulang, kurang selera makan, turun berat badan dan sebagainya anda disarankan membuat pemeriksaan dengan doktor terlebih dahulu.


Selalu penat dan badan kurang bertenaga?

Selepas dah buat pemeriksaan kesihatan dan disahkan tiada apa-apa penyakit boleh la amalkan suplemen untuk membantu badan lebih bertenaga, lebih sihat dan cergas.

Apabila makan suplemen yang berasaskan sumber semulajadi seperti Shaklee, anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana telah mendapat nutrisi yang cukup melalui suplemen yang diambil.

Apa kaitan suplemen dengan rasa selalu penat dan badan kurang bertenaga?

Sebenarnya kita rasa selalu penat dan kurang bertenaga disebabkan tidak cukup nutrisi didalam tubuh badan. Mungkin daripada corak pemakanan, faktor persekitaran dan sebagainya menyebabkan anda tidak dapat nutrisi yang secukupnya. Bila dah makan suplemen kita akan rasa lebih bertenaga.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengubah corak pemakanan dan gaya hidup yang lebih baik seperti yang disarankan didalam piramid makanan.

Jika sebelum ni kurang makan sayur dan buah, kena lebihkan makan sayur dan buah. Jika kurang bersenam dan selalu stress, anda perlu ubah diri menjadi lebih positif.

Jika tak cukup vitamin & zat makanan badan kita akan rasa cepat penat kerana sel-sel badan tak mampu bekerja kuat dan bertahan lama.

Antara mineral paling penting yang berkaitan dengan penat lesu ialah zat besi. Peranan zat besi adalah membantu mengangkut oksigen ke seluruh sel. Kekurangan oksigen menyebabkan kita rasa nak lemas.

Ada tak suplemen lengkap yang senang dimakan tapi hasilnya sangat baik untuk kesihatan?

Ada, anda boleh cuba Vivix.

Vivix adalah pilihan terbaik kerana ia bertindak melalui 4 mekanisme iaitu :
  • mempertahankan sel, 
  • memberi tenaga kepada sel, 
  • memperbaiki sel 
  • meningkatkan prestasi sel.

Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang tinggi anti-oksida dan terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :
  • Botani Polygonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Purple Carrot


Apa kata pengguna Vivix setelah mencuba minuman tinggi antioksida ni ;
" Vivix hebat! 

Senang bangun pagi walaupun tidur lewat.

Tetap bertenaga walau terasa penat dan mengantuk.

Jerawat dimuka dan kulit dah kurang oily. 

Sedap pulak tu sirap merah ni. 

Badan pun bertambah sihat dan cergas."

Bestkan Vivix ni dengan hanya satu sudu sehari, selain melambatkan proses penuaan, ia juga boleh memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap sellular.

Kalau berminat dengan sirap merah ni hubungi sya :

Syafia | 📲 012 5752 865

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak.

Disclaimer :
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*


Tuesday, June 20, 2017

Pencuci muka untuk menghilangkan blackhead dan whitehead secara berkesan.


Bagaimana blackhead dan whitehead terjadi? 

Selain jerawat dan jeragat, masalah whitehead dan blackhead dimuka juga merupakan jenis-jenis jerawat yang menyebabkan apabila kita bermekap, mekap nampak bercapuk dimuka. Mekap pun jadi tak sekata dan tak cantik.

Anda boleh baca jenis-jenis jerawat yang perlu anda tahu dientry sya sebelum ini disini. 

Bila kulit muka mengeluarkan sebum secara berlebihan, itu yang membuatkan kulit muka menjadi lebih berminyak.

Jenis kulit muka berminyak lebih berisiko untuk liang pori tersumbat sekaligus menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead.

Untuk penjagaan luaran kulit muka untuk menghilangkan masalah blackhead dan whitehead sya sarankan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka.

Makeup Remover dan Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee sesuai untuk kulit muka jenis normal dan sensitif serta direka khusus untuk orang Asia.

Pencuci muka Nutriwhite Shaklee telah melalui ujian saringan untuk mengenalpasti jika terdapat bahan tercemar didalam bahan mentahnya sebelum diproses menjadi pencuci muka yang selamat.


"Saya pakai Gentle Action Makeup Remover dan Deep Cleansing Nutriwhite memang best. Kulit rasa bersih dan lembut lepas cuci.
Makeup Remover tu kalau duduk rumah tak pakai mekap pun sental je muka keluar semua daki. 
Paling best sangat jimat dan tahan lama. Dekat setahun bertahan sebab pekat dan pakai sikit je sehari. "


Kelebihan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee.

  • Membersih sambil menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati
  • Menegangkan kulit, melambatkan kedutan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit
  • Strawberi Begonia mencerahkan kulit dan mengelak pigmentasi
  • Rumusan lembut dan menyegarkan kulit muka.
Testimoni 1 
" Dulu ada masalah kulit kering setiap kali cuci muka. Muka akan jadi berkeping-keping dan tegang. Whitehead mula muncul mungkin sebab tak dicuci bersih segala sebum. 
Tapi lepas guna Nutriwhite masalah whitehead dan kulit kering dah hilang! Jimat pulak tu pakai dekat setahun tapi tak habis-habis lagi. " 

Testimoni 2


" 2 bulan pakai Nutriwhite memang best. Mula-mula tak perasan blackhead makin kurang. Selepas kawan tegur muka makin bersih baru perasan blackhead yang degil sebelum ni macam dah tiada. 

Halus je bahagian hidung. Kalau tak terasa pedih je tepi hidung. "


Kelebihan Nutriwhite Action Makeup Remover Shaklee.
  • Menjadikan kulit licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan 
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan lembut dan tidak berminyak
  • Kulit kelihatan lembap dan berseri-seri.
Testimoni 1. 
" Tiada lagi masalah Whitehead dan Blackhead.
Syok sangat guna makeup remover ni. 
Sental-sental muka terus licin."

Testimoni 2.

" Cleanser Nutriwhite best sangat bau natural. Rasa segar je. 
Muka pun semakin licin, blackhead dan whitehead berkurangan."


Berminat dengan produk Nutriwhite Shaklee? Boleh hubungi sya di : 

Syafia | 012 5752865
Facebook | Syafia Mazlan
Instagram | Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan , Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 



Sunday, June 18, 2017

Resepi Biskut Sarang Semut. Sedap, Rangup dan Cair dimulut.



Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Assalammualaikum.

Bila tiba musim raya, pelbagai jenis biskut yang dijual. Semperit, almond london, sarang semut, cornflakes dan pelbagai lagi.

Kebiasaannya setiap tahun sya dan emak serta adik beradik perempuan mesti buat biskut raya sendiri. Kami lebih suka buat biskut raya sendiri berbanding beli. Biskut raya yang dibuat sendiri selalunya lebih sedap dan cukup rasa.

Salah satu biskut yang sya buat tahun ini adalah biskut sarang semut. Biskut sarang semut ni resepi istimewa daripada emak sya sendiri.

Jom tengok resepi biskut sarang semut yang sedap dan mudah disediakan.

Bahan-bahan biskut sarang semut :

1 ketul buttercup 250gm
1 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik, tambah tepung lagi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat urai (untuk hiasan)
Papercup


Cara-cara membuat doh biskut sarang semut :

1. Putar buttercup dan gula icing sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan sebiji kuning telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sehingga adunan menjadi doh.



Adunan yang telah menjadi doh

5. Simpan doh tadi yang telah siap dibungkus dengan kain bersih didalam peti ais semalaman.
6. Setelah disimpan semalaman, parut doh tersebut menggunakan pemarut.


Parut halus-halus. 

7. Sudukan doh yang diparut tadi kedalam papercup.


Penuhkan doh yang diparut didalam papercup

7. Taburkan coklat urai diatas parutan doh.

Sya guna coklat urai warna coklat. Nak guna coklat urai warna warni pun boleh. 

8. Bakar menggunakan api bawah selama 15 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.

Tips :

1. Nak tahu doh tersebut tidak lembik atau keras, doh tersebut mestilah tidak melekat ditangan.
2. Tujuan doh disimpan semalaman didalam peti ais adalah untuk memudahkan doh diparut halus.

Resepi biskut sarang semut ni mudah je disediakan. Cara penyediaan pun tak lama. Apa yang penting rasanya memang sedap, rangup dan lembut.

Belum pun raya lagi tapi biskut ni dah nak habis dimakan. Sedap, cair dimulut.

Selamat mencuba.

Saturday, June 17, 2017

Vitamin C Yang Terbaik, Murah, Jimat dan Lain Dari Yang Lain.




Kenapa Vitamin C Shaklee lain dari yang lain.

Semalam sya pergi hq Shaklee untuk restock barang yang customer order. Antara vitamin yang banyak sya borong adalah Vitamin C 500mg Shaklee. 1 tablet vitamin C Shaklee bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 

Vitamin C Shaklee ni jenis "Sustained Release" dan mudah larut dalam air. Khasiatnya dilepaskan 100mg setiap jam selama 5jam kedalam tubuh badan..tidak membebankan buah pinggang kerana akan keluar melalui urin. 

Vitamin C termasuk dalam set kecantikan kulit Shaklee. Ada yang tanya sya, kalau suplemen untuk kulit yang memberi kesan kulit yang cantik dan menguatkan sistem imun badan serta harga yang murah dan jimat nak makan suplemen apa? Mestilah sya sarankan Vitamin C Shaklee. 

Khasiat Sustained Release Vitamin C :

🍁menguatkan sistem imun
🍁memberi tenaga
🍁mengatasi masalah insomnia
🍁awet muda
🍁membentuk kolagen dalam badan
🍁mencerahkan kulit seluruh badan
🍁memudarkan parut
🍁mengecutkan jerawat
🍁mengecilkan pori muka
🍁membaiki masalah kulit kering dan berminyak
🍁 memudarkan blackhead, whitehead
🍁 membantu penyerapan iron
🍁 mengekalkan kolesterol sihat
🍁 meredakan demam selsema dengan cepat
🍁membaikpulih luka
🍁mengurangkan kesan sunburn
🍁menjadikan tona kulit lebih sekata
🍁mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan
🍁 kulit cerah kemerah-merahan semulajadi
🍁 mengelak ketarak mata

Banyakkk lagi laaa fungsi dan kelebihannya. Tak rugi beli. 1 botol ada 180 biji. Tahan 6 bulan lebih. Untung dan jimat. Berbaloi-baloi.


Vitamin C sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu-tisu otot dan merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Kolagen kurang dalam badan maka cepat kendur la kulit manusia. 


Haiwan seperti arnab boleh menghasilkan vitamin C sendiri tetapi manusia tak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. 
Pengambilan Vitamin C yang konsisten setiap hari membantu mencerahkan kulit seluruh badan dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah 100% semulajadi, tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan. Halal, selamat dan berkesan kerana kesemua produk Shaklee telah menjalani ujian klinikal oleh pakar-pakar yang terlibat untuk membuktikan keberkesanannya. 

Jika anda berminat untuk membeli Sustained Release Vitamin C Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan saya akan guide anda cara makan vitamin yang betul.

Order & konsultasi,
Syafia 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Atau membuat belian secara online dilink ini dan penghantaran terus kealamat anda. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c6f0e84244546454ed8686478fb01220

Disclaimer :
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Persiapan nak sambut raya.

Alhamdulillah..pejam celik sebulan berpuasa esok dah raya. Alahai rasa sekejap sangat. Dalam gembira nak sambut syawal, terselit rasa sedih...