Tuesday, January 24, 2017

Perbezaan SR Vitamin C dan Chewable Vit C Plus

Ada 2 jenis Vitamin C dalam rangkaian produk Shaklee iaitu:

1. Chewable Vitamin-C Plus 100mg 1 tablet bersamaan dengan 1 1/2 biji buah oren. (Untuk kanak kanak sehingga dewasa)

2. Sustained Release Vitamin-C 500mg 1 tablet bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren (Untuk dewasa)



Apa perbezaan dua vitamin C ni?

🍊Sustained Released Vita-C 500mg
🔸membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.
🔸dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh.
🔸Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamin C setiap hari yang bersamaan dengan 7 1/2 biji oren.
🔸menguatkan imun badan untuk melawan penyakit dan virus seperti demam, batuk dan selsema
🔸anti kanser
🔸membentuk kolagen untuk mencantikkan kulit
🔸memudarkan parut luka, jerawat dan jeragat
🔸menjaga salur darah agar tidak mudah pecah


Kanak-kanak sangat digalakkan amalkan Chewable Vita-C Plus kerana mereka mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

🍊Chewable Vitamin-C Plus 100mg
🔹Rasa masam manis yang boleh dihisap, ditelan atau dikunyah
🔹Untuk mengelak dari mudah terkena serangan selsema, batuk, demam
🔹Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai eczema, resdung dan alergik
🔹Menguatkan imun badan untuk melawan penyakit dan virus
🔹Meningkatkan selera makan



Banyak sangat fungsi dan manfaat yang anda boleh perolehi dengan mengamalkan set adik beradik ni.

Nak beli set Sustained Release Vitamin C dan Chewable Vitamin C dengan harga lebih jimat? Hubungi :

Your SID | 1078101
Syafia | 012 5752865
Facebook | Syafia Mazlan
Instagram | Syafiasyazuan

#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim
#sayamknsayajual

Monday, January 23, 2017

Kisah inspirasi

Kisah inspirasi diri sendiri.
***********************

Dulu kerja makan gaji. Keluar sesudah subuh balik selepas maghrib. Tak jumpa matahari.

Berulang rutin yang sama setiap hari selama 2 tahun setengah. Dari anak dara sampai mak dara.

Tumpang tinggal rumah pak sedara di Subang. Banyak sangat jasa dia suami isteri. Takkan pernah lupa. Makan minum sama-sama. Pergi kerja, keluar jalan pun sama-sama.

Bila dah kahwin, mengandung pula. Duduk asing dengan suami atas faktor suami kerja di Nilai, saya di Shah Alam.

Nak berhenti kerja..tapi memikirkan nak bersalin banyak persediaan kena buat nak menyambut orang baru. Bersabar dulu.

Lepas bersalin, anak tinggal dengan mak di kampung sebab takda orang nak jaga. Sampai bila suami isteri nak duduk asing-asing. Anak umur 6 bulan saya nekad berhenti kerja.

Sekarang, bahagia dapat melihat anak membesar depan mata. Uruskan rumah tangga sendiri walaupun masih banyak perlu dibaiki.

Saya pilih bekerja dari rumah. Sambil mendidik anak, sambil buat kerja rumah pun masih boleh terima order dari customer. Adat berniaga ada pasang surutnya. Terpulang kepada kita bagaimana nak konsisten.

Rugi tak bekerja? Hidup takda masa depan? Belajar je tinggi-tinggi tapi duduk rumah?

Rezeki kita punyai bahagian masing-masing. Jika ini rezeki saya, saya redha. Bukan satu kerja hina. Rezeki ada dimana-mana.

Apa yang penting kita berusaha untuk terus berjaya. Berusaha untuk capai taraf hidup dan kewangan yang lebih selesa untuk jaminan masa depan.

Rezeki kita Allah yang beri bukan kerana kerja makan gaji.

Jangan mengeji,
Syafia

#piamenulis
#ibuzahrajourney
#tsunamishaklee

Friday, January 20, 2017

Resveratrol untuk kencing manis

Betul Ke Pesakit Kencing Manis Tak Boleh Makan Suplemen?

Saya arif benar pesakit2 kencing manis takut untuk ambil apa2 suplemen atas nasihat doktor. Sebab saya sendiri pun, bila orang

 tanya pasal apa2 suplemen, saya tak tau nak respond cemana. Biasanya play safe la, "Boleh kalau nak cuba, kalau rasa makin bagus tu ok. Tapi kami akan pantau, kalau gula masih tak terkawal, mungkin tak sesuaila.."

Tapi ada 1 produk yang saya yakin pula, bukan produk saya sendiri tapi produk yang saya sendiri amalkan, iaitu produk Shaklee. Sebabnya produk Shaklee disokong oleh kajian klinikal & bukan testimoni semata2.

Ada banyak research artikel berkaitan bahan2 aktif dalam produk Shaklee. Malah, Shaklee turut bekerjasama dengan profersor Universiti ternama untuk buat kajian produknya sendiri yang dinamakan Landmark Study.

Landmark Study I mengkaji produk multivitamin Shaklee, VitaLea yang boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik & selamat digunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Landmark Study II pula mengkaji produk paling hangat di pasaran iaitu Vivix yang dibuktikan boleh memanjang jangka hayat sel manusia, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik,



Salah satu artikel berkaitan kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol (active ingredient VIVIX) dalam membantu pesakit kencing manis mengawal gula & melambatkan komplikasi, saya akan kongsikan dengan anda.

<Brasnyo P, Molnar GA, Mohas M, et al. Resveratrol improves insulin sensitivity, reduces oxidative stress and activates the Akt pathway in type 2 diabetic patients. Br J Nutr. 2011;106(3):383-389.  (PubMed)>

Tapi untuk kesekian kalinya saya ingatkan supplemen dan ubat fungsinya berbeza. Supplements seperti VIVIX, walaupun banyak kajian membuktikan bahan aktif dalam
Vivix, iaitu resveratrol boleh mengawal penyakit kronik, tapi Vivix bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Tetapi lebih kepada menyokong rawatan & pencegahan penyakit. Kalau mencegah tu, Vivix sangat sesuai diambil oleh orang yang sihat la. Tapi tak boleh nafikan juga sel-sel orang sakit juga perlukan nutrisi yang secukupnya, sama seperti yang diperlukan oleh orang yang tiada penyakit.

Satu kajian ramdomized, double blind, placebo-controlled study yang dijalankan kepada 70 orang penghidap kencing manis, membuktikan bahawa pengambilan RESVERATROL 1g setiap hari selama 45 hari boleh:

🛑Menurunkan paras gula semasa puasa (fasting glucose)

Bacaan gula semasa berpuasa yang normal menunjukkan badan berupaya memproses gula dengan baik.

🛑Menurunkan kepekatan insulin.

Kepekatan insulin menurun pula maksudnya, insulin yang sebelum tu mengalami kerintangan dah boleh digunakan. Dalam ertikata lain, resveratrol mengurangkan kerintangan insulin atau meningkatkan tahap sensitiviti insulin dalam mengurangkan paras gula.

🛑Menurunkan HbA1C - yang merupakan parameter untuk menentukan tahap pengawalan gula seseorang.

HbA1c ialah satu bentuk hemoglobin yang bergabung dengan gula. Ya, hemoglobin yang bawa oksigen ke tisu tu. Hemoglobin yang sama lah.

Hemoglobin ni memang akan bergabung dengan gula, dalam orang normal pun. Tapi untuk orang normal, nilainya dibawah 6.5%.

Kalau dah lebih tu, maksudnya pengawalan gula tak berapa bagus, walaupun orang tu mesti bebas daripada anemia sebab kekurangan zat besi. Sebab kita tahu hemoglobin kurang bila zat besi kurang.

HbA1c ialah parameter untuk tengok pengawalan darah 3 bulan sebelum tu. Maksudnya kalau HbA1 tinggi, paras gula biasanya tak terkawal walaupun bacaan gula pada hari tersebut rendah atau bagus.

Sebab ramai mengelat, sebelum jumpa doktor bukan main dia puasa, pantang semua makanan. Sebenarnya hari2 biasa makan dia mengalahkan orang takde penyakit pula.

Jadi, bacaan gula & HbA1c adalah dua parameter penting untuk menentukan pengawalan gula seseorang.

🛑Menurunkan tekanan darah sistolik

Sistolik ialah bacaan tekanan darah bahagian atas yang bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh jantung untuk pam darah ke seluruh badan.

Tekanan darah yang tinggi maksudnya ada masalah pada jantung sendiri yang memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat.

🔴 Menaikkan bacaan kolesterol HDL

HDL dikenali sebagai kolesterol yang baik kerana fungsinya untuk mengangkut kolesterol dari sel ke hati & mengurangkan kolesterol dalam sel.

RESVERATROL ialah salah 1 bahan aktif yang terdapat dalam VIVIX. Secara tak langsung Vivix juga salah 1 suplemen yang bagus sangat untuk membantu mengawal penyakit kencing manis & melambatkan komplikasi.

Saya sangat sarankan setiap orang dewasa cubalah amalkan Vivix & bantu ibu bapa juga untuk jaga kesihatan.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan resveratrol untuk kesihatan. Kalau perlu info lanjut, boleh je hubungi saya ya..

Whatsapp : 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : syafiazyazuan

Sumber : Dr Fyda Noh


Tuesday, January 17, 2017

GLA merawat senggugut

Setiap pasangan berumahtangga pasti mengimpikan kehadiran zuriat.

Senggugut yang teruk, hormon tak stabil, period tak teratur, obesiti merupakan salah satu punca sukar hamil.

Gamma Linolenik Asid (GLA)Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yg terdiri drpd minyak bunga matahari, Vitamin E, GLA dan Asid Linolenik (LA) yang berfungsi :

📗Merawat senggugut/period pain
📗Membaiki masalah hormon
📗Menyuburkan rahim
📗Merawat cyst, fibroid
📗Perbaiki kitaran haid
📗Perbaiki simptom monopaus

Jika anda tercari-cari produk untuk hamil, cubalah ikhtiar dengan GLA Shaklee.

             

Moga dengan izin Allah dapat membantu wanita-wanita diluar sana untuk hamil.



Your SID,
Syafia | 012 5752865
Facebook | Syafia mazlan
Instagram | Syafiasyazuan

#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim
#sayamknsayajual

Wednesday, January 11, 2017

ESP pengganti Nescafe

Sarapan pagi dengan ESP.

                       

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Setengah orang sarapan pagi mesti nak minum nescafe, milo, teh tarik etc. minum nescafe untuk elak mengantuk dan minum milo untuk bagi tenaga katanya. Salah tu. Nescafe tu penuh dengan kafein, milo dan teh tarik tu tinggi gula.

Sya pun kadang-kadang minum juga. Tapi sya lebih suka bancuh ESP dengan apa-apa minuman yang kita suka. Nak bancuh suam-suam boleh, sejuk pun boleh.

Minum ESP akan buat sya bertenaga. Tak cepat letih dan mengantuk. Kurang sikit rasa lapar dan nak makan macam-macam sebab ESP ni mengenyangkan.

Yang sya perasan, masalah gastrik dah sembuh. Dulu kalau lambat makan je perut ni cepat lapar dan pedih ulu hati. Mula la rasa nak muntah dan sendawa je.

Kulit pun makin lembut. Sya ni jenis kulit kering. Pakai losyen pun tak jalan. Sekarang ni kulit semakin lembut dan halus. Pori-pori muka semakin tertutup, jerawat jarang naik dan blackhead semakin pudar.

Rambut gugur pun makin kurang. Kalau tak, bila sikat je penuh rambut. Tapak kaki tak kasar dan merekah dah. Otot dan sendi semakin kuat.

Ini semua kesan yang sya rasai sendiri.

Korang pun harus cuba ESP ni. Salah satu produk hot dalam Shaklee untuk kesihatan yang menyeluruh.


Nak cuba ESP? Hubungi syafia di :

Your SID- 1078101
Whatsapp | 012 5752865
Instagram | Syafiasyazuan
Facebook | Syafia Mazlan

#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim
#sayamknsayajual
#espshaklee
#sayajuashaklee

Wednesday, January 4, 2017

Nutriferon Shaklee kuatkan sistem imun

Assalammualaikum dan semoga ceria-ceria selalu.

Jika anda kerap demam, selsema, batuk dan kerap sangat tak sihat..itu tandanya antibodi anda tak cukup kuat melawan virus dan penyakit.

Untuk atasi masalah ni, anda boleh cuba Nutriferon Shaklee.



Nutriferon membantu menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan Interferon dalam badan untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit.

Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga saffflower.

Siapa yang perlukan Nutriferon?
🍁orang yang kerap jatuh sakit
🍁orang yang sentiasa sibuk dan aktif
🍁orang yang pentingkan kesihatan

Fungsi Nutriferon :
🍁menguatkan sistem imun badan
🍁melindungi influenza
🍁menentang jangkitan kuman dan virus
🍁melawan kanser dan tumor
🍁mengurangkan risiko jangkitan hepatitis B dan C
🍁melambatkan penuaan
🍁mengurangkan simptom menapous dan haid wanita

Nutriferon telah dipatenkan hanya hak milik Shaklee sahaja.

Melalui ujian klinikal yang dijalankan formula dalam pembuatan Nutriferon terbukti selamat, berkesan dan 100% semulajadi untuk digunakan.

#tsunamishaklee
#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim
#sayamakansayajual


Monday, January 2, 2017

Telomere dan Vivix


Apa itu telomere?

Telomere merupakan unit kecil DNA yang terletak dikedua-dua hujung DNA.

Telomere adalah bahagian paling hujung kromosom manusia.

Telomere mengandungi KOD usia manusia berdasarkan tahap usia sel kita.

Telomere berfungsi melindungi DNA daripada rosak.



Apakah kesan apabila telomere memendek?

Semasa lahir, telomere kita panjang. Namun, telomere ini akan memendek dan semakin pendek dengan pertambahan usia.

Kajian sains mendapati apabila telomere pendek munculnya pelbagai penyakit seperti kanser, strok, penyakit kardiovaskular, obesiti, osteoporosis dan diabetes.

Kemungkinan penyakit itu menyebabkan saiz telomere menjadi pendek.

Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan supplemen yang konsisten seperti Vivix setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan telomere sebanyak 40% !

Vivix membantu menghalang telomere dengan cepat, melambatkan proses penuaan serta membantu mencegah kanser.

Resveratrol yang terdapat didalam Vivix membantu memperlahankan proses penuaan dan merencatkan sel-sel yang tidak baik didalam tubuh manusia.


Berminat dengan Vivix? Hubungi saya : 

Whatsapp : Syafia 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : SyafiaSyazuan

Jangan lepaskan peluang promosi Vivix bulan Januari 2017 iaitu beli 6 percuma 1 dan beli 2 diskaun 5%. 

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...