Tuesday, July 11, 2017

Resipi Pengat Labu Gula Melaka


Assalammualaikum

Dah selesai puasa 6 ke korang semua?

Alhamdulillah, semalam sya dah selesai puasa 6 dan puasa ganti.

Orang berpuasa ni selera dia macam-macam. Tekak ni teringin pengat labu. Maka, laju-laju lah sya ke pasar dan beli labu.

Sya memang suka makan makanan kegemaran Rasulullah ni. Samada buat pengat labu, buat gulai lemak labu atau kuih lepat labu. Semua suka.



Resepi Pengat Labu

Sya kongsikan resepi pengat labu yang mudah disediakan tapi sedap secukup rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan.

1 1/2 biji labu
Santan
Gula melaka
Gula putih
Secubit garam
Daun pandan
Biji sagu

Cara-cara membuat pengat labu.

1. Potong labu seperti kiub ais.
2. Kemudian, masukkan labu kedalam periuk bersama daun pandan.
3. Masukkan santan. Ikut pekat yang anda gemari.
4. Masukkan 1 ketul gula melaka dan beberapa sudu gula pasir. Ikut manis yang anda gemari. Jangan manis sangat ye.
5. Masukkan secubit garam.
6. Masak sehingga kuah betul-betul mendidih.
7. Masukkan biji sagu. Masak sampai sagu menjadi kembang dan labu menjadi lembut. Tutup api. Siap!

Tips : 

1. Tujuan daun pandan dimasukkan kedalam pengat adalah untuk menghasilkan aroma yang wangi untuk pengat tersebut. Rasa pengat pun bertambah sedap.
2. Tujuan masukkan secubit garam kedalam pengat adalah untuk melemakkan lagi pengat tersebut.

Pengat labu ni sesuai dihidangkan ketika minum petang. Rasa manis-manis labu dan gula melaka tu memang serasi bersama sungguh.

Selamat mencuba resipi ringkas pengat labu ni ye.




Monday, July 3, 2017

Tips Untuk Demam Campak atau Chicken Pox.


Assalammualaikum.

Kisah raya sya tahun ni apabila anak sya terkena demam chicken pox atau cacar air pada hari raya kedua. Sesetengah orang panggil demam pelentung. Ini kali kedua anak sya kena dihari raya haha.

Pertama kali kena demam campak yang halus-halus tu ketika berumur setahun. Kena hari raya pertama pulak tu. Tahun ni pun kena lagi dimusim raya juga ketika berumur 4 tahun. Tak beraya la kita nak oii. 

Apa Itu Cacar Air atau Demam Pelentung atau Chicken Pox?

Merupakan sakit disebabkan virus varicella. Virus yang sama seperti kayap dan senang berjangkit. Boleh berlaku lebih daripada sekali dan kebiasaannya setiap orang mesti akan terkena demam pelentung ni tak kira ketika umur kecil atau dewasa.

Tanda Tanda Cacar air atau Demam pelentung atau Chicken Pox?

Apa yang sya perasan, sebelum keluar ruam merah tu anak sya : 
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih sebelum ruam timbul. 
  • Kurang selera makan. 
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk tempih beberapa hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 

Kesan Demam Pelentung atau Cacar air atau Chicken Pox.
  • Lenguh-lenguh badan dan sendi
  • Badan dedar atau demam berpanjangan
  • Tiada selera makan
  • Gatal-gatal badan
  • Ruam bernanah yang tumbuh akan kering dan tinggalkan parut hitam. 

Apa rawatan untuk demam pelentung atau cacar air atau chicken pox?
  • Bagi Paracetomol untuk kurangkan demam dan sakit badan. Jangan bagi ubat antibiotic kerana nanti ruam tu tak habis keluar. 
  • Minum air kelapa muda untuk mempercepatkan demam ruam tu keluar dari badan. Air kelapa juga berfungsi untuk menyejukkan badan yang  panas. 
  • Mandi dengan air daun semambu untuk mengurangkan bisa dan gatal.
  • Mandi sekerap yang boleh.
  • Sapu Calamine lotion untuk menyejukkan badan dan mengurangkan gatal badan. 
  • Sentiasa basuh tangan dengan air atau sanitizer. 
  • Asingkan pakaian dan tempat tidur. Pakaian direndam dengan air suam/ panas terlebih dahulu sebelum basuh.
  • Elakkan makanan bergoreng. Elakkan juga makan telur untuk kurangkan rasa gatal.
  •  Jangan makan kicap supaya badan tidak berparut.
  • Jangan kena air hujan. Orang tua cakap kalau kena air hujan nanti parut tak boleh hilang selama-lamanya. 
  • Jangan garu dan kopek ruam yang kering. Nanti parut tak hilang. 


Daum semambu untuk mengurangkan gatal-gatal demam pelentung.


Calamine lotion untuk mengecutkan ruam dan mengurangkan rasa gatal badan. 


Bedak sejuk untuk menyejukkan badan yang panas dan mengurangkan ruam. 



Minum air kelapa untuk cepatkan ruam keluar dari badan. 

Dan semestinya sya sapu Multipurpose Herbal Blend Shaklee untuk memudarkan parut supaya tiada kesan parut demam pelentung dibadan anak sya. Risau tau badan anak sya berparut. Moga takde la kesan parut. 

Sekarang dah seminggu anak sya kena demam pelentung. Demam dah tiada. Tinggal parut-parut kering je. InsyaAllah semoga semua ikhtiar untuk anak sya ni membuahkan hasil. 

 
Herbal Blend Shaklee krim yang membantu memudarkan parut chicken pox atau demam campak. 

Demam pelentung ni boleh berjangkit. Jadi asingkan la diri dari berjumpa dengan orang ramai. Kalau orang tu dah kena demam pelentung takpe takkan berjangkit, tetapi kalau belum kena lebih berisiko berjangkit. 

Korang nak order Herbal Blend ni jangan lupa contact sya ye. 

Syafia | 012 5752865
Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 




Sunday, July 2, 2017

Memudarkan Jeragat Dengan Kacang Soya.


ESP MEMBANTU MEMUDARKAN JERAGAT MAK SAYA. 

Umur macam mak sya 50-an, masalah jeragat memang biasa ada. Tenyeh la krim ke bedak seinci pun tetap nampak jeragat. Jeragat bila dah ada memang susah nak hilang ye.

Mak sya dah consume ESP selama 7bulan. Konsisten minum setiap pagi. 

Apa yang sya perasan, jeragat dimuka mak sya memang dah pudar. Kulit pun semakin tegang, bersih dan cerah.
Amboii kemain lagi mak kite tu. Mak kite makin gojes.


ESP membantu menghilangkan jeragat. 

Korang yang ada masalah jeragat, cubalah ESP Shaklee yang membantu merawat dari dalam kulit. Pakai krim muka je tak jalan laa. Kita rawat luar dalam sama.

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee : 
1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.

3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya.

5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.

6. Rendah lemak, tanpa kolestrol.

7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.

Esp lover-konsultasi & order,
Syafia | www.wasap.my/60125752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

#sayamakansayajual
#sayajualshaklee

Saturday, July 1, 2017

Tips Elak Sakit Perut Ketika Musim Perayaan.



Musim perayaan ni nak tak nak memang susah nak elak dari makan macam-macam makanan. Semuanya nampak sedap. Almaklumlah raya kan sebulan. 

Dah makan macam-macam tu perut pun mulalah meragam. Sakit perut lah, cirit birit lah, perut berangin sampai nak muntah dan macan-macam lagi. 

Tips nak elak untuk sakit perut dimusim perayaan adalah dengan : 

1. Kawal pemakanan
2. Elak atau kurangkan dari minum air bikarbonat
3. Kurangkan makan makanan berangin seperti lemang, ketupat dan kuah kacang. 
4. Kunyah makanan sehingga hancur supaya tak sembelit.
5. Kurangkan makan makanan berlemak, berminyak dan pedas sekaligus untuk mengelak dari cirit birit. 

Selain itu, untuk mengurangkan sebu perut, angin perut, loya dan muntah anda boleh amalkan Peppermint Ginger Shaklee yang bertindak membuang angin dan asid dalam badan. 

Sya suka dengan rasa daun pudina peppermint ginger ni. Rasa nyaman je masuk tekak. Badan pun terasa ringan dan segar bila angin keluar dari badan. 

Untuk melawaskan pembuangan jika mengalami sembelit atau tidak membuang dalam tempoh beberapa hari, anda boleh cuba Herb-lax Shaklee yang bertindak sebagai detox usus. 

Herb-lax bertindak mencuci usus yang kotor dengan mengeluarkan sisa toksin dalam badan. Sembelit tiada, perut kempis, berat turun dan proses pembuangan pun berjalan lancar.

Untuk mengelak berat naik mendadak dibulan raya ni, anda boleh membakar dan memecah lemak serta kolesterol dengan Lecithin Shaklee. 

Apa yang anda makan, segala lemak dan kolesterol boleh dikawal dengan Lecithin. Lecithin juga membantu melawaskan pembuangan dengan cara melembutkan najis supaya tidak sembelit. 


Tenangkan perut. Lawaskan pembuangan dengan Peppermint Ginger, Herb-lax dan Lecithin Shaklee.

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi saya, Syafia 012 5752865. Konsultasi percuma untuk anda. 

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak.



Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...