Monday, July 3, 2017

Tips Untuk Demam Campak atau Chicken Pox.


Assalammualaikum.

Kisah raya sya tahun ni apabila anak sya terkena demam chicken pox atau cacar air pada hari raya kedua. Sesetengah orang panggil demam pelentung. Ini kali kedua anak sya kena dihari raya haha.

Pertama kali kena demam campak yang halus-halus tu ketika berumur setahun. Kena hari raya pertama pulak tu. Tahun ni pun kena lagi dimusim raya juga ketika berumur 4 tahun. Tak beraya la kita nak oii. 

Apa Itu Cacar Air atau Demam Pelentung atau Chicken Pox?

Merupakan sakit disebabkan virus varicella. Virus yang sama seperti kayap dan senang berjangkit. Boleh berlaku lebih daripada sekali dan kebiasaannya setiap orang mesti akan terkena demam pelentung ni tak kira ketika umur kecil atau dewasa.

Tanda Tanda Cacar air atau Demam pelentung atau Chicken Pox?

Apa yang sya perasan, sebelum keluar ruam merah tu anak sya : 
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih sebelum ruam timbul. 
  • Kurang selera makan. 
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki. 
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari). 
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk tempih beberapa hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. 

Kesan Demam Pelentung atau Cacar air atau Chicken Pox.
  • Lenguh-lenguh badan dan sendi
  • Badan dedar atau demam berpanjangan
  • Tiada selera makan
  • Gatal-gatal badan
  • Ruam bernanah yang tumbuh akan kering dan tinggalkan parut hitam. 

Apa rawatan untuk demam pelentung atau cacar air atau chicken pox?
  • Bagi Paracetomol untuk kurangkan demam dan sakit badan. Jangan bagi ubat antibiotic kerana nanti ruam tu tak habis keluar. 
  • Minum air kelapa muda untuk mempercepatkan demam ruam tu keluar dari badan. Air kelapa juga berfungsi untuk menyejukkan badan yang  panas. 
  • Mandi dengan air daun semambu untuk mengurangkan bisa dan gatal.
  • Mandi sekerap yang boleh.
  • Sapu Calamine lotion untuk menyejukkan badan dan mengurangkan gatal badan. 
  • Sentiasa basuh tangan dengan air atau sanitizer. 
  • Asingkan pakaian dan tempat tidur. Pakaian direndam dengan air suam/ panas terlebih dahulu sebelum basuh.
  • Elakkan makanan bergoreng. Elakkan juga makan telur untuk kurangkan rasa gatal.
  •  Jangan makan kicap supaya badan tidak berparut.
  • Jangan kena air hujan. Orang tua cakap kalau kena air hujan nanti parut tak boleh hilang selama-lamanya. 
  • Jangan garu dan kopek ruam yang kering. Nanti parut tak hilang. 


Daum semambu untuk mengurangkan gatal-gatal demam pelentung.


Calamine lotion untuk mengecutkan ruam dan mengurangkan rasa gatal badan. 


Bedak sejuk untuk menyejukkan badan yang panas dan mengurangkan ruam. 



Minum air kelapa untuk cepatkan ruam keluar dari badan. 

Dan semestinya sya sapu Multipurpose Herbal Blend Shaklee untuk memudarkan parut supaya tiada kesan parut demam pelentung dibadan anak sya. Risau tau badan anak sya berparut. Moga takde la kesan parut. 

Sekarang dah seminggu anak sya kena demam pelentung. Demam dah tiada. Tinggal parut-parut kering je. InsyaAllah semoga semua ikhtiar untuk anak sya ni membuahkan hasil. 

 
Herbal Blend Shaklee krim yang membantu memudarkan parut chicken pox atau demam campak. 

Demam pelentung ni boleh berjangkit. Jadi asingkan la diri dari berjumpa dengan orang ramai. Kalau orang tu dah kena demam pelentung takpe takkan berjangkit, tetapi kalau belum kena lebih berisiko berjangkit. 

Korang nak order Herbal Blend ni jangan lupa contact sya ye. 

Syafia | 012 5752865
Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 




8 comments:

  1. Tips yg bagus.tq for sharing ☺

    ReplyDelete
  2. First time dengar orang panggil demam pelentung hehe.. Sama la nasib anak saya dulu. Tahun 2008 umur sebulan dah kena cacar sebab jangkit dari umi dia. Time tu pun hari raya terpaksa kena kuarantin. Tahun lalu dia kena kayap pula. Sy rasa virus cacar dulu tu x hbs mati kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah org panggil demam cacar tu demam pelentung hihi..itulaa..memang kena kuarantin. Dah la musim raya pulak tu. Sabar jelah.

      Delete
  3. waah.. baru baru ni sy ada dengar lagi artis Sabah ada ambil Shaklee untuk hilangkan kesan chicken pox d muka.. ini pun boleh juga ni..

    ReplyDelete

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...