Tuesday, February 28, 2017

Bentan didalam pantang



Orang perempuan dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak..tapi hanya acah-acah berpantang je..kunun zaman dah moden..

Merana badan nanti..Bukan sekarang, tapi tunggu sikit-sikit lagi.

Belum tua lagi, tapi badan dah rasa sakit sana sini.

Salah makan sikit pun berangin lah 1 badan.

Kenapa orang perempuan kena berpantang betul-betul ketika dalam tempoh berpantang adalah untuk mengelak daripada berlakunya masalah bentan.


Bentan didalam pantang

Bentan akan menyebabkan seluruh badan terasa lemah longlai, bisa bisa sendi, menggigil kesejukan walaupun cuaca panas. Pakai baju tebal pun tak jalan.

Ada juga sampai terkancing gigi dan tak boleh berjalan kerana mengalami kekejangan otot.

Selain daripada untuk mengelak bentan, tujuan berpantang betul-betul supaya luka jahitan selepas melahirkan anak samada secara normal atau pembedahan pulih dengan cepat.

Luka jahitan jika tidak dijaga dengan baik akan mudah terbuka kembali dan mendatangkan risiko dijangkiti kuman.

Tips Mengelak Bentan.

1. Banyakkan berehat. Jangan terlalu aktif /lasak

2. Jaga pemakanan. Elakkan makanan yang gatal, berangin dan bersifat sejuk.

3. Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal. 

4. Kurangkan berjalan. Jangan berjalan laju.

5. Mandi dengan air suam dan daun herba untuk elakkan badan menjadi sejuk dan sakit urat 

6. Sentiasa bertungku untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.

Dalam produk Shaklee terdapat vitamin yang boleh membantu melegakan keradangan otot dan membaikpulih luka jahitan dari dalam dengan cepat.

Vivix membantu melegakan keradangan otot dan sendi. Salah satu ramuan Vivix adalah Purple Carrot yang berfungsi menyokong kesihatan sendi, anti radang dan menggalakkan kesihatan yang lebih baik.


Vitamin untuk bentan ketika berpantang. 




Vitamin untuk membaik pulih luka bersalin dengan cepat

Berminat dengan produk Shaklee?


Hubungi saya untuk belian dan konsultasi 

Syafia | 012 5752865

Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.

Sunday, February 26, 2017

Tips keselamatan ketika berlaku kebakaran


Malang tidak berbau.

Api, tatkala kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan.


Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka dan mencemaskan, kita cepat panik. Secara automatik kita tidak boleh berfikir dengan betul.

Apabila berlaku kebakaran langkah yang paling penting adalah mencari jalan keluar. Kita perlu mengenalpasti jalan keluar yang berada dirumah, dipejabat atau tempat kita berada.

Apa yang kita boleh lakukan apabila berlaku kebakaran?

Patuhi langkah-langkah berikut :

1. Jangan panik. Bunyikan penggera untuk memberi isyarat. Selamatkan diri anda dan keluarga dengan segera melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.

2. Hubungi balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai kebakaran.

3. Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api atau air.


Cara menyelamatkan diri dengan berkesan

1. Elakkan penggunaan jeriji.


- Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah. Jika terpaksa, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka dengan mudah.

2. Jalan keluar tidak dihalang

- Pastikan jalan keluar dirumah atau dipejabat mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

3. Memasang alat pengesan asap


- Alat pengesan asap berfungsi memberi isyarat bermulanya kebakaran.



Pastikan peralatan elektrik dan api didapur sentiasa ditutup sebelum keluar rumah.

Jauhi peralatan mudah terbakar daripada api atau gas.

Semoga tips dan panduan ini memberi manfaat kepada anda semua ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.



Friday, February 24, 2017

Atasi sembelit semasa berpantang



Selepas melahirkan anak samada secara normal atau pembedahan ibu-ibu biasanya akan membuang air besar dengan banyak dan luar biasa daripada selalu.

Perkara yang paling ngeri bagi orang perempuan ialah takut sembelit semasa berpantang.

Sembelit adalah keadaan dimana proses membuang air besar memakan masa yang lama kerana najis yang kering dan keras sehingga susah dikeluarkan dan menimbulkan rasa sakit ketika membuang air besar.


Sembelit ketika berpantang


Punca sembelit : 

1. Diet yang tak seimbang semasa. Masa berpantang mana boleh makan sebarangan. Ada sayur, buah dan ikan tertentu je boleh makan.

2. Kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman.

3. Kurang minum air, kurang makan makanan berserat.

4. Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.

Sembelit yang berlanjutan boleh menyebabkan buasir.

Nak elak sembelit?

1. Banyakkan minum air

2. Makan makanan berserat tinggi

Selain banyakkan minum air dan makan makanan tinggi serat, ibu-ibu boleh amalkan vitamin kalsium Ostematrix Shaklee yang membantu mengurangkan sembelit dan melembutkan najis kerana mengandungi Vitamin D dan magnesium.


Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D dan Magnesium yang membantu mengelak sembelit

Setiap hari proses membuang pun lancar.

Takda la episod termenung berjam-jam dalam jamban..

Kurang la risiko terbuka luka jahitan yang menakutkan.

InsyaAllah buasir pun tak datang menyinggah.


Sembelit waktu berpantang tiada lagi dengan Ostematrix Shaklee

Berminat dengan Ostematrix atau produk Shaklee yang lain?



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=737e6e42f8a0c420edf0d2889f18a361

Disclaimer : Suplemen Shaklee adalah makanan tambahan untuk menampung nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Bukan ubat untuk merawat.



Hikmah apabila diuji


Kualiti diri seseorang itu terserlah saat dia diuji.


Dalam hidup ini, tiada seorang pun terlepas daripada ujian dan dugaan.

Yang beza adalah bentuk ujian dan dugaan yang menimpa seseorang.

Samada diuji dengan ujian yang kecil atau ujian yang besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya, ada yang berpanjangan. Ada juga ujiannya bertimpa-timpa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Apabila diri diuji dengan masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah kehidupan dan sebagainya barulah kita tahu langit tinggi dan rendah. Barulah kita lebih menghargai diri. Apa yang penting berbaliklah kepada Allah swt kerana Dia lah sebaik-baik tempat untuk mengadu.

Disebalik ujian terdapat hikmah yang tersembunyi. Terdapat kemanisan dihujungnya.


Apakah hikmah disebalik ujian?

1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan.

Apa juga musibah dan ujian yang Allah datangkan dan izinkan berlaku adalah untuk meningkatkan keimanan dan darjat seseorang disisiNya. Yakinlah bahawa tidak akan berlaku ujian tersebut kecuali dengan izinNya.

2. Allah tarik nikmat sedikit untuk diberikan nikmat yang lebih besar.

Allah menguji untuk melihat tahap kesabaran dan keimanan kita sebagai hambanya. Sekiranya kita sabar dan redha, Allah akan tambah dengan nikmat yang berkali ganda.

3. Allah berikan satu musibah untuk mengalihkan musibah yang lagi besar.

Ada ketikanya Allah berikan musibah kecil untuk menghalang satu musibah besar yang lain berlaku yang lebih berat dan hebat dugaannya.

4. Sebagai penghapus dosa dan tanda Dia sayang akan kita.

Tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan samada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Allah turunkan ujian kerana Dia sayangkan kita supaya kita bertaubat tidak terus hanyut dan leka melakukan dosa dan maksiat.

5. Memberikan kesedaran dan iktibar

Ujian dan musibah yang diturunkan kepada kita sebagai peringatan kepada hambanya yang lemah dan leka agar tidak terus lalai, sombong, riak dan takbur dengan nikmat yang diberi. Setiap musibah yang berlaku kita jadikan iktibar dan ambil pengajaran daripada musibah tersebut.




Sebagai seorang mukmin, kita perlu redha dengan Qada dan Qadarnya. Tiada siapa pun yang boleh lari daripada ujian Allah swt.

Jika Allah tidak sayangkan kita, pasti Allah biarkan saja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.

Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu bertenang disaat berlakunya ujian dan musibah yang menimpa.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang dilakukannya dan dia mendapat seksaan daripada kejahatan yang dilakukannya." Surah Al-baqarah : 286

Thursday, February 23, 2017

Cara melegakan senggugut dengan pil kalsium

Saya sakit perut.



Orang perempuan kalau sebut sakit perut ada 2 sebab.

1. Senak perut
- perut masuk angin
- salah makan apa-apa, cerry berry jadinya.

2. Senggugut/period pain
- Mula la sakit kepala, sakit perut, sakit pinggang dan loya.

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat seperti rahim, ovari (kilang telur), saluran folopio dan pundi kencing berada.

Yang ni drama sikit.

Masa ni sakit macam nak beranak. Mood swing. Pantang ada silap sikit memang menyinga la jadinya. Ini disebabkan perubahan hormon dan otot uterus mengeras.

Abang sado kena la paham bila perangai adik manis begitu. Sabar bebanyak ok.

Ada setengah orang perempuan bernasib baik takda senggugut. Tapi sakit kepala atau pinggang.

Orang perempuan bila period, otot uterus mengeras dan menegang. Sebab itula terasa sakit mencengkam dibahagian ari-ari.

Fungsi kalsium seperti Ostematrik Shaklee adalah menarik kalsium dari dalam darah untuk meregang dan mengendurkan otot-otot.

Bila otot dah kendur, barulah akan hilang rasa period pain yang sakit menggila tadi tu disebabkan otot uterus dah meregang dengan sangat kuat.

Senggugut/period pain lega..period pun keluar dengan lancar..mood swing pun berterbangan keluar dari tubuh badan..muka pun mula la ada sinyum..




Bestkan fungsi kalsium Ostematrik ni? Sebab tu sya sukaaa sangat Ostematrik ni.

Ostematrik bukan sekadar kalsium biasa.

Pengguna tegar Ostematrik,
012 5752865

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia.

#sayajualshaklee
#sayamknsayajual

Tuesday, February 21, 2017

Cara menghilangkan sakit epidural


Pengalaman melahirkan anak bagi setiap wanita merupakan pengalaman yang sangat berharga.

Ada wanita yang ditakdirkan mudah dan boleh bersalin secara normal. Ada pula yang ditakdirkan bersalin secara pembedahan.

Sakit bersalin tetap sama. Tetapi ada setengah wanita mengambil suntikan epidural atas kehendak diri sendiri atau ikut nasihat doktor kerana sebab tertentu.

Apakah suntikan epidural?


Suntikan epidural dilakukan dibahagian belakang badan.

Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.

Suntikan epidural bius tempatan akan melegakan kesakitan di bahagian badan tertentu sahaja.

Epidural menghalang saraf impuls dari segmen tulang belakang yang lebih rendah, ia akan menurunkan deria rasa pada bahagian separuh bawah badan.

Ubat epidural dikelaskan dalam ubat-ubatan yang dikenali sebagai anestetik tempatan, seperti bupivacaine, chloroprocaine, atau lidocaine.

Epidural analgesia adalah satu teknik memasukkan ubat bius yang disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang.


Suntikan ini biasanya akan menyebabkan hilang deria rasa seperti menjadi kebas dan hilang rasa sakit ketika melahirkan.

Kebaikan epidural : 

1. Tidak memberi kesan mengantuk kepada si ibu.

2. Ubat bius yang berkesan untuk kelahiran secara forceps atau vakkum, jahitan episiotomi dan menjalani pembedahan caesarean.

3. Kurang risiko bayi lemas kerana epidural menyebabkan salur darah berkembang, melancarkan perjalanan darah kepada bayi.

4. Ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan untuk ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi yang tidak boleh menerima stress.
Walaupun suntikan ini selamat dan berkesan, namun terdapat kesan jangka panjang yang akan dialami.

Keburukan epidural :

1. Hypotension
- Tekanan darah systolic kurang 100 mm hg

2. Urinary retention
- Sukar buang air kecil

3. Sakit kepala
- Sakit kepala yang teruk yang disebabkan oleh kebocoran cecair tulang belakang.

4. Sakit pinggang, sakit belakang badan, loya dan badan mengigil.
- Kadangkala kesakitan ini hanya sementara atau kekal seumur hidup.

Kesakitan akibat epidural boleh diatasi dengan mengambil ubat penahan sakit. Tetapi ianya tidak digalakkan kerana ubat penahan sakit hanya berupaya menghilangkan kesakitan sementara sahaja dan akan memberi kesan yang tidak elok keatas buah pinggang jika diambil dalam tempoh yang lama.

Suplemen seperti Ostematrik dan Vivix Shaklee boleh membantu mengurangkan kesan seperti sakit belakang badan akibat epidural.

Testimoni Ostematrik

"Aku rasa Ostematrik tu ok sekali. Dulu kalau bangun tidur mesti sakit belakang. Sekarang ni dah ok"


Ostematrik membantu mengurangkan sakit belakang kerana Ostematrik mengandungi kalsium, magnesium, Vitamin D, zinc dan fosforus untuk menguatkan sendi dan tulang.

Testimoni Vivix :

"Wana amik Vivix sebab nak hilangkan sakit pinggang akibat epidural. Selepas 3 hari terasa lenguh-lenguh ditempat sakit beransur hilang. Sekarang, boleh basuh baju dan buat kerja dengan cergas"


Vivix untuk mengurangkan sakit akibat epidural

Testimoni Vivix :

"Harini Kakju cuba buat kerja, menyapu, mengemas bilik..alhamdulillah dah tak terasa sakit pinggang dan sakit belakang selepas minum Vivix"


Sakit belakang hilang dengan Vivix

Untuk belian dan konsultasi hubungi : 

Syafia | 012 5752865


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=890b79afd491c5448a12afa41458c240


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.






Monday, February 20, 2017

Merawat kitaran haid tidak teratur.



Setiap bulan semua wanita akan mengalami haid. Bendera jepun bahasa mudahnya. Tetapi ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Lewat sehari dua itu perkara normal. Yang tak normalnya apabila kitaran haid tidak datang berminggu-minggu, berbulan-bulan dan paling kronik bertahun lamanya.





Masalah kitaran haid tidak teratur

Masalah kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda bahawa wanita tersebut mengalami masalah kesuburan.

Kitaran haid dipengaruhi oleh hormon kewanitaan seperti estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan.

Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid.

Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari hingga 35 hari.


MMm

Kitaran haid yang teratur memainkan peranan utama untuk wanita yang merancang hamil atau untuk menjarakkan kehamilan.

Wanita yang kitaran haidnya datang tepat setiap bulan lebih mudah mengetahui tempoh subur berbanding wanita yang kitaran haidnya tidak tetap setiap bulan.

Faktor kitaran haid tidak teratur

1. Stress/tekanan

- Kita memang tak boleh lari dari stress, tetapi apabila hampir dengan tempoh haid..cuba elakkan dari stress. Fikiran tenang baru hormon stabil dan haid datang tepat pada waktunya.

2. Berat badan tidak ideal

- Kawal berat badan dengan bersukan dan amalkan makanan seimbang.

3. Ketidakseimbangan hormon

- Hormon estrogen dan progesteron tidak stabil mengganggu kitaran haid

4. Faktor pengambilan ubat-ubatan, pil hormon

- Mempunyai penyakit tertentu yang memerlukan makan ubat atau mengambil pil perancang kehamilan

5. Menyusukan anak

- Selalunya wanita menyusukan anak tidak datang haid dalam tempoh masa tertentu.

Cara mengatasi :

1. Bertuam atau bertungku dibahagian perut atau rahim dengan tungku atau uncang psnas.

2. Banyakkan minum air suam, air air kayu atau air herba

3. Berurut

Dari segi suplemen, anda boleh cuba ikhtiar dengan produk Shaklee iaitu :

1. GLA Shaklee

- Diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

- Borage juga 3kali lebih berkesan daripada EPO

- Digabungkan dengan minyak sunflower dari Vitamin E.

Fungsi GLA :

- Mengawal hormon estrogen dan testosteron

- Mengawal hormon lelaki dan wanita.

- Melegakan simptom PMS seperti kesakitan, senggugut, mood swing, sakit payudara, senggugut/period pain




2. Vivix Shaklee

- Terdiri daripada Muscadine grape, Purple carrot, Elderberry dan Knotweed jepun.

- Minuman tinggi anti oksida untuk melawan penuaan, penyakit, menyokong kesihatan kardiovaskular dan menggalakkan kesihatan yang lebih baik.

Fungsi Vivix :

- Vivix membantu wanita khususnya yang mempunyai masalah dalaman termasuk proses haid.

- Vivix tinggi antioxidant yang menstabilkan hormon wanita.

- Vivix mengurangkan tekanan oksidasi dalam badan yang selalu menyumbang masalah hormon.

- Elderberry yang merupakan salah satu ramuan Vivix membantu mengurangkan rasa stress/tekanan yang menyebabkan punca haid tidak teratur.

Apa kata mereka?



Darah period keluar berketul-ketul macam daging dan period kembali lancar selepas minum Vivix



Period teratur, badan lebih bertenaga selepas minum Vivix


Untuk belian dan pertanyaan boleh hubungi saya di :

Syafia | 012 5752865



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9688c999c6508777280b6e8074ad82fa


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.


Saturday, February 18, 2017

Resepi cucur jagung ikan bilis



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.

Hujung minggu macam ni, kalau tak keluar berjalan-jalan, duduk rumah pun seronok.

Mula la pikir nak masak apa, nak makan apa.

Hari tu ada beli jagung manis. Sedap, lemak-lemak manis. Isi pun kuning elok je.

Beli beberapa tongkol, setengah tu rebus. Lagi setongkol sya buat cucur jagung ikan bilis.

Sya kalau masak tak reti sukat-sukat. Campak-campak je secukup rasa.

Moh ler tengok resepi yang simple ni.

Bahan-bahan :

- Tepung gandum

- Setongkol jagung

- Segenggam ikan bilis

- Sebiji bawang merah

- Garam secukup rasa

- Air untuk membancuh adunan.


Bahan-bahan untuk cucur jagung.

Cucur jagung ni tambah cili kering yang ditumbuk pun sedap. Terasa pedas-pedas sikit. Tapi, sya ada anak kecik..itu yang tak letak tu. Pedas pulak dia makan nanti.

Oh ye, tambah sikit daun sup lagi wangi baunya. Sya tak letak sebab dah habis dalam peti ais hehe..

Cara-cara :

1. Hiris bawang merah halus-halus

2. Tumbuk kasar ikan bilis

3. Parut jagung

4. Campur semua bahan tersebut dalam tepung gandum.


5. Gaul adunan dengan air sampai sebati. Seeloknya tak cair dan tak pekat sangat.

6. Perasakan dengan garam. Jangan letak banyak sangat sebab ikan bilis tu pun dah ada rasa masin.


Bancuhan cucur jagung 

7. Goreng adunan tersebut dengan api yang perlahan untuk elak cucur cepat garing diluar, tetapi mentah lagi didalam.


Tips : Apabila menggoreng dengan minyak yang banyak tetapi api yang perlahan cucur jagung akan jadi lebih sedap dan rangup diluar,tetapi lembut didalam.


Cucur jagung ikan bilis. 

Siap sudah cucur jagung sya. Habis licin kami 3 beranak makan panas-panas tau. Hihihi..

So, kalau korang takda idea nak makan kudap-kudap apa untuk sarapan pagi atau minum petang..boleh la cuba resepi yang senang ni.

Makanan yang simple pun tapi kalau masak dengan air tangan sendiri, makan pulak bersama keluarga tercinta akan menjadi sangat sedap. Nikmat yang tak terkata.

Friday, February 17, 2017

Penjual Shaklee kawasan Nilai, Slim River dan Tanjung Malim Perak

Esok pagi, insyaAllah sya nak ke branch Shaklee.

Terima kasey incik suami, jadi driver setia.

Malam ni gigih list order utk esok.



Esp dan Ostematrik kesukaan ramai tu ramai yg merisik. Kena pergi meminang lah esok 😍

Nak restock sesetengah barang yang laku mcm pisang goreng panas.

Ada yang nak selit order?

Cecepat pm/wasup sya ye. Senang sikit nak listkan. Takut tercicir.

Kalau sempat esok juga sya pos.

Saja nak ingatkan promosi Alfalfa dan Lecithin buy 1 free 1, Ostematrik dan Vitalea for Children tinggal 12 hari saje lagi.

Cecepat rebut sementara tengah offer.

Kalau taknak beli utk diri sendiri, belilah untuk orang yang tersayang. 😘😘

Syafia | 012 5752865

#sayajualshaklee
#sayamknsayajual
#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim

Tarikh luput suplemen dan cara penyimpanan suplemen yang betul



Baru-baru ni sya belajar tentang tarikh luput suplemen dan cara penyimpanan suplemen yang betul oleh leader Shaklee.



Suplemen dah expired boleh makan lagi ke tak? Bagaimana cara simpan suplemen yang betul?

Kebiasaannya, bila sampai tarikh luput produk terutamanya makanan kita mesti terus buang. Tetapi berbeza dengan produk Shaklee terutamanya suplemen.

Fakta yang perlu anda ketahui, produk Shaklee dihasilkan 100% daripada sumber semulajadi. 

Vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik.

Kesemua produk Shaklee tiada bahan perasa, pemanis atau pewarna tiruan. Tiada bahan kimia dan mesra alam.



Sebenarnya setengah suplemen tidak wajib letak tarikh luput. Terpulang kepada pengeluar nak letak atau tidak. Tetapi, di negara kita prosedurnya perlu ada tarikh luput.

Perbezaan best before (elok sebelum) dan use before (guna sebelum)

Use before (guna sebelum)

- Produk tersebut selepas tarikh luput mestilah dibuang dan tidak boleh dimakan.

Best before (elok sebelum)

- Produk tersebut selamat dimakan selepas tarikh luput selagi tidak berubah warna, bentuk dan bau.

Suplemen yang sudah sampai tarikh luput bukan bermakna tidak boleh makan, boleh makan lagi cuma keberkesanannya lambat sikit dan menurun.

Dalam suplemen, tarikh luput bermaksud potensi atau keberkesanan sesuatu suplemen itu dah mula menurun.

Contoh, kalau makan Vitamin C untuk kurangkan jerawat dimuka, kesan boleh nampak dalam masa seminggu, tetapi bila dah expired kesannya boleh nampak dalam masa 2 minggu.

Jelas tak?

Akan tetapi, kalau tidak simpan suplemen tu elok-elok pun boleh menyumbang kepada penurunan keberkesanan suplemen tersebut.

Cara simpan suplemen yang betul.

1. Baca label pada botol suplemen bagaimana cara penyimpanannya kerana setiap suplemen mempunyai cara penyimpanan yang berbeza-beza.

2. Cara penyimpanan suplemen memainkan peranan yang penting untuk tempoh jangka hayat produk.

3. Elakkan simpan suplemen ditempat yang panas seperti didapur dan lembap seperti dibilik air kerana suplemen cepat rosak.

4. Seeloknya simpan suplemen ditempat kering dan sejuk atau suhu bilik.

5. Elak simpan suplemen berbentuk gel didalam peti sejuk. Tetapi, jika suplemen tersebut berbentuk serbuk seperti Meal Shake, Performance Drink dan ESP boleh simpan didalam peti sejuk untuk mengekalkan kualitinya.

Jika suplemen tersebut telah berubah warna, rasa dan bau..barulah suplemen tersebut tidak boleh dimakan lagi. Harus dibuang segera.

Untuk elakkan pembaziran, makan suplemen secara konsisten dan makan ikut jadual yang disarankan.

Ibu hamil tidak digalakkan makan suplemen yang tamat tempoh kerana ibu hamil memerlukan keperluan vitamin yang lebih tinggi dan banyak berbanding orang biasa.


Perlu diingatkan juga bahawa suplemen bukan ubat. Suplemen adalah makanan tambahan untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.


Berbeza dengan ubat, kita mesti tengok tarikh luput bila. Ubat bila dah sampai tarikh luput, mesti dibuang. Tak boleh makan lagi dah. Kalau makan ada kesan buruk.


Semoga perkongsian saya ini meleraikan tanda tanya anda selama ini dan memberi manfaat kepada semua.

Gunakan Suplemen Shaklee tanpa was-was kerana Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi Syafia :

Whatsapp : 012 5752865

Facebook : Syafia Mazlan

Instagram : Syafia Syazuan















Thursday, February 16, 2017

Merawat fibroid dan cyst dengan selamat.



Selain kanser payudara, penyakit cyst dan fibroid merupakan antara penyakit yang digeruni oleh semua golongan wanita. Penyakit ini boleh menyerang tanpa mengira golongan usia.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.



Rumah wanita yang perlu dilindungi dengan baik

Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri daripada :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Apa itu Cyst?

Cyst adalah sejenis ketumbuhan dalam kilang ovari wanita. Ketumbuhan ini mengandungi cecair samada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak dan lendir. Ianya juga boleh disertai dengan ketumbuhan daging yang mungkin kanser, rambut, tulang, gigi atau lain-lain.

Ovarian Cyst selalunya dihadapi oleh wanita muda. Ianya hanya boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan ultrasound atau pelvic diklinik atau hospital.

Ovarian Cyst bukan suatu penyakit dan tidak merbahaya tetapi perlu pemeriksaan rapi oleh doktor kerana ianya boleh memudaratkan sessorang wanita jika tidak dirawat segera.

Ovarian Cyst boleh berulang dan tumbuh semula walaupun selepas dibedah jika seseorang wanita itu tidak menjaga pemakanan atau faktor-faktor lain yang menjadi punca cyst tersebut aktif kembali.

Apa itu Fibroid?

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan jenis benign (ketumbuhan bukan kanser) yang terdapat di dalam rahim atau sekitarnya.

Saiz fibroid adalah berbeza-beza. Saiznya boleh jadi sangat kecil dan boleh juga menjadi sangat besar hingga mengubah saiz rahim, sehingga adakalanya wanita kelihatan seperti mengandung akibat kawasan abdomen yang membesar.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal
- kerap buang air kecil
- sembelit
- sakit belakang atau kaki
- kandungan kerap gugur
- sukar hamil
- senggugut yang teruk

4 faktor utama penyebab fibroid atau cyst :

- hormon estrogen yang berlebihan (hormon tidak seimbang dalam badan)

- genetik (sejarah keluarga yang pernah alami penyakit ini)

- obesiti/ berat berlebihan. (Berat badan naik 5kg dari berat asal menyebabkan risiko kematian bayi pramatang)

- lambakan xenoestrogen (estrogen palsu dalam badan)

Bagaimana mengatasi Fibroid atau Cyst dari merebak?


1. Vivix

Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :

🍇Botani Polygonum Cuspidatum

- merendahkan kolesterol dan tekanan darah

🍇Anggur Muscadine

- menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan penuaan.

🍇Elderberi Eropah

- mengubati virus seperti influenza, sakit otot, menguatkan sistem imun, penyakit jantung dan stroke


🍇Lobak ungu yang kaya dengan polife

- anti oksida yang tinggi mengurangkan sakit jantung.


Fungsi Vivix :


Kerosakan DNA

-Melindungi dan membaiki selular DNA


Pengawalan genetik

- Membantu melawan penuaan pada tahap selular.

Pengeluaran tenaga kian menurun oleh sel

- Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel

Penimbunan Protin AGE (advanced glycation end product)

- Vivix 10x lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protin AGE.


Testimoni 1.



Perut yang keras jadi lembut selepas amalkan Vivix dalam seminggu.


Testimoni 2






Cyst hilang dan disahkan hamil selepas ikhtiar hamil dengan Vivix


Testimoni 3



Fibroid mengecut dari 7cm ke 3cm selepas amalkan Vivix


2. GLA Complex

Diekstrak dari borage yang ditanam secara organik yang lebih 2x ganda GLA dalam EPO.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA iaitu sumber terbaik Omega-6

digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk menstabilkan hormon.


Fungsi GLA :

Mengawal estrogen dan testosteron

- memperbaiki simptom PMS seperti senggugut, mood swing, sakit payudara

Melambatkan menopaus

- pengambilan dalam jangka panjang melambatkan penuaan


Menentang kanser

- Anti oksida yang tinggi menghalang sel tumor dan kanser

Pelangsingan

- mengawal berat badan, merendahkan kolesterol


Testimoni 1




GLA membaiki hormon. Senggugut hilang dan disahkan hamil




Testimoni 2







Cyst mengecut dari 4cm ke 3.6cm. Period semakin lancar selepas amalkan GLA selama 2 bulan.

Sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya. Kita sebagai manusia hanya berikhtiar untuk sihat, Allah jua menyembuhkan.


Berminat dengan Vivix dan GLA Shaklee?



Boleh hubungi saya melalui :


Whatsapp/sms : 012 5752865


Facebook : Syafia Mazlan


Instagram : Syafia Syazuan


Atau klik untuk belian secara online :





https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=04fae60fb65ed1515d4d9baa61e73adb


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak.


Disclaimer : Vivix dan GLA adalah suplemen berasaskan sumber semulajadi, mesra alam dan menyihatkan bukan ubat untuk merawat.





















Tuesday, February 14, 2017

Rahsia untuk kekal awet muda




Bila sebut awet muda, mesti semua orang nak sentiasa kelihatan awet muda tak dimamah usia.

Proses penuaan pasti berlaku seiring peningkatan usia, tapi bagaimana kita nak kawal agar tak nampak tua sebelum waktu.

Proses penuaan bermula seawal umur 25 tahun dimana tubuh mula berhenti menghasilkan kolagen secara semulajadi dan sel-sel penting dalam badan semakin rosak dan menurun tahun demi tahun seiring dengan peningkatan usia.


Antara faktor yang menggalakkan penuaan ialah:

1. Sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari

Cahaya matahari memang bagus kerana mengandungi Vitamin D semulajadi, tetapi lama kelamaan kulit cepat kering dan terbakar. Akibatnya, garis-garis halus mula timbul diwajah menyebabkan kulit muka berkedut dan berjeragat.

2. Kurang minum air kosong

Kita digalakkan untuk minum air kosong 2 liter atau 8 gelas air sehari, tetapi kebiasaannya kita kurang minum air yang mencukupi dalam sehari. Hal ini menyebabkan kulit kehilangan kelembapan dan kulit kelihatan kering serta bersisik.

3. Stress

Bebanan dan gaya hidup sekarang menyebabkan manusia semakin rasa stress dan tertekan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan dipikirkan dalam sesuatu masa. Maka, proses penuaan semakin cepat berlaku kerana fungsi sel-sel manusia semakin menurun.

4. Kurang rehat dan tidur

Kita disyorkan tidur selama 6-8 jam sehari. Akibat kurang masa rehat dan tidur, kulit wajah cepat nampak kendur berbanding usia.

Banyak lagi faktor yang menyebabkan penuaan berlaku dengan cepat.

Selain perbanyakkan minum air kosong, amalkan pemakan seimbang mengikut piramed makanan, bersukan dan sebagainya..anda perlu mengambil suplemen yang selamat dan semulajadi untuk melambatkan proses penuaan.

Selain memelihara kesihatan tubuh badan yang menyeluruh seperti kesihatan otak, kesihatan jantung, kesihatan sendi boleh rujuk artikal terdahulu disini http://syapiaa.blogspot.my/2017/02/suplemen-untuk-kesihatan-yang-menyeluruh.html?m=1VIvix juga membantu melambatkan proses penuaan daripada berlaku dengan cepat.

           

Rahsia awet muda tanpa perlu mekap tebal

Bagaimana Vivix boleh membantu?

           

Resveratrol yang terdapat didalam Vivix membantu memperlahankan proses penuaan dan merencatkan sel-sel yang tidak baik didalam tubuh manusia.

Vivix merupakan suplemen anti penuaan yang terbaik didunia. Bertahun-tahun penyelidikan telah dilakukan oleh pihak Shaklee untuk menguji keberkesanannya untuk melawan penuaan pada tahap selular.

Testimoni 1 : 

             

Testimoni 2 : 


Testimoni 3 



Vivix terhasil daripada 4 gabungan ramuan semulajadi seperti Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Knotweed Jepun turut dikenali sebagai minuman tinggi anti oksida.

Vivix menghalang pembentukan AGE (Adv glycation end-products) yang mempercepatkan proses penuaan kerana Vivix 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine).

Dengan mengamalkan Vivix 1 sudu setiap hari anda mampu kelihatan lebih muda berbanding usia.

                     

Bagaimana untuk dapatkan Vivix?

Boleh hubungi saya untuk belian dan konsultasi. Saya akan guide anda cara makan Vivix dengan betul.

Whatsapp/Sms : Syafia 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Syafia Syazuan

Atau sila klik link https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=21d60b7b1e00ab1732ee88f3baa63cbb untuk pembelian secara online.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse atau approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik kerana Vivix adalah suplemen yang menyihatkan bukan ubat untuk merawat.











Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...