Friday, March 31, 2017

Cara Mencegah Dehidrasi Dengan Minuman Isotonik



Jika kita berada dibawah cuaca panas yang melampau akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi. Dehidrasi berlaku apabila kekurangan air didalam tubuh badan.

Dehidrasi menyebabkan gangguan keseimbangan cairan dan elektrolit dalam tubuh.


Mencegah dehidrasi dengan minuman isotonik Performance Drink Shaklee.

Seseorang itu boleh mengalami penurunan berat badan, komplikasi saraf otak, organ dalam badan, koma seterusnya menyebabkan kematian.

Dehidrasi terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dehidrasi ringan, sedang dan berat.

1. Dehidrasi ringan
- Penurunan cecair tubuh seperti berasa haus, bibir kering, dan lemas.

2. Dehidrasi sedang
- Penurunan cecair tubuh yang menyebabkan kehausan dan buang air kecil mulai berkurang. Mata kelihatan cengkung, kulit dan bibir kering.

3. Dehidrasi berat
- Penurunan cairan tubuh yang menyebabkan nafas laju dan dalam, kekenyalan kulit menurun dan denyutan nadi menjadi cepat.


Jenis-jenis Dehidrasi :
  • Dehidrasi hipertonik. Ketika tubuh kehilangan banyak air sehingga kadar sodium tubuh meningkat. Jenis dehidrasi ini biasanya disebabkan kurang minum air, diabetes, atau mengalami muntah-muntah. Pada umumnya, bayi dan kanak-kanak lebih sering mengalami dehidrasi hipertonik dibanding orang dewasa.
  • Dehidrasi hipotonik (hiponatremia). Keadaan dehidrasi di mana kadar natrium dalam pembuluh darah berkurang lebih banyak daripada kadar air.
  • Dehidrasi isotonik. Air dan natrium tubuh berkurang dengan kadar yang sama. Dehidrasi isotonik sering kali disebabkan oleh cirit birit atau muntah biasa.

Jika anda terpaksa keluar dalam cuaca yang panas terik anda boleh mencuba tips ini :

1. Hadkan aktiviti luar anda hanya pada waktu pagi dan petang.

2. Elakkan aktiviti luar pada waktu tengahhari dan ketika cuaca panas terik.

3. Kurangkan aktiviti senaman dan beriadah diluar.

4. Ketika berehat cuba cari kawasan yang redup.

5. Pakai topi, payung, cermin mata hitam, baju tidak tebal apabila keluar.

6. Pakai losyen atau sunblock yang mempunyai SPF15.

7. Minum minuman isotonik kerana minuman isotonik menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh.

Salah satu produk yang sangat membantu mencegah dehidrasi adalah minuman isotonik Performance Drink Shaklee. Merupakan minuman pertama bagi para atlet dan angkasawan NASA.


Minuman Isotonik Performance Drink Shaklee

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif Opticarb yng telah dipatenkan ini meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara bendalir dalam tubuh.

Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.


Keunikan Performance Drink :
  • Membantu tubuh badan menjaga kestabilan bendalir agar tidak kering. 
  • Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).
  • Meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu berpeluh.
  • Membekalkan tenaga dan ketahanan fizikal.
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh.
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium,magnesium dan chloride.
  • Mencegah dehidrasi- mengurangkan haus.
  • Melembapkan kulit.
  • Mengekalkan paras gula.
  • Mencepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.


Performance Drink sesuai untuk :
  • Para atlet
  • Orang yang aktif bersukan
  • Orang yang berpuasa
  • Orang yang sebelum dan selepas melakukan pembedahan
  • Orang yang sering tidur lewat malam
  • Orang yang selalu letih
  • Orang yang bekerja dalam cuaca panas terik
  • Orang yang kerja tak kira masa
  • Lemah akibat cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula

Performance Drink minuman isotonik berperisa oren yang kurang gula dan tidak bergas. Sesuai diminum pada bila-bila masa disamping menyihatkan dan menyegarkan badan yang keletihan. 

Bagaimana cara untuk membeli Performance Drink?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee (1078101) :

Whatsapp/sms :
 Syafia www.wasap.my/60125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Thursday, March 30, 2017

Strok haba membahayakan kesihatan.


Assalammualaikum.

Sekarang ni musim panas terik dan hujan lebat tak kira masa. Cuaca tak menentu. Ramai yang jatuh sakit demam, batuk, selsema tak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Fenomena El Nino menyebabkan ancaman gelombang haba. Jika terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari akan menyebabkan timbulnya pelbagai komplikasi.

Strok haba berlaku apabila kita terdedah kepada cuaca panas secara berterusan. Ini akan menyebabkan kita mengalami kenaikan suhu mendadak dan gagal berpeluh.


Stroke haba membahayakan kesihatan

Suhu normal tubuh badan manusia adalah 37 celsius, strok haba akan mula menyerang apabila suhu badan melebihi 40.5 celsius atau lebih.

Jika kita berada dibawah cuaca panas yang melampau akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi.

Dehidrasi berlaku apabila kekurangan air didalam tubuh badan. Seseorang itu boleh mengalami komplikasi saraf otak, organ dalam badan, koma seterusnya menyebabkan kematian.


Tanda-tanda awal strok haba :

1. Suhu badan tinggi melebihi 40 celsius.

2. Sakit kepala.

3. Loya dan muntah.

4. Denyutan nadi menjadi pantas.

5. Kulit menjadi kering dan kemerahan.

6. Kekejangan otot.

7. Sawan.

8. Pitam. Tekanan darah rendah.

9. Mengalami kekeliruan.



Cara mencegah strok haba :

1. Banyakkan minum air 3 liter sehari.

2. Minum air isotonik seperti Performance Drink Shaklee.

3. Kerap mandi.

4. Hadkan aktiviti diluar terutama pada waktu tengahhari.

5. Pakai topi atau payung ketika keluar.

6. Pakai pakaian longgar dan tidak tebal.

7. Duduk ditempat suhu yang sejuk dan berangin.

8. Pakai losyen/sunblock yang mempunyai SPF15.

9. Segera berjumpa doktor jika mengalami simptom strok haba.

Bagi individu yang tidak biasa terdedah kepada cuaca panas matahari, risiko untuk mengalami strok haba lebih tinggi berbanding orang yang biasa terdedah dengan panas matahari.

Semoga bermanfaat.

Tulus,
Syafia 

Wednesday, March 29, 2017

Gejala dan kaedah rawatan kanser ovari





Gejala dan kaedah rawatan kanser ovari.

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari iaitu organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan wanita berumur kurang atau lebih 20 tahun.

Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer). Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan.

Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan). Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat serta wanita yang mempunyai kumpulan darah ‘A’ juga dikaitkan dengan kanser ovari.


Diagnosis
Diagnosis dibuat dengan membuat pemeriksaan pesakit serta beberapa ujian yang mudah.

1. Secara klinikal pemeriksaan pesakit akan memberi tumpaan terhadap ketumbuhan yang keras di dalam pelvis atau kadang-kadang ketumbuhan berupa sista (cyst) air atau campuran cecair dan ketumbuhan yang keras.

2. Secara radiologikal selalunya menggunakan ultrasound. Saiz ketumbuhan ciri-ciri tertentu dapat membantu doktor untuk mengenalpasti adakah ketumbuhan itu normal atau tidak.

3. Secara ujian makmal ujian tumor antigen CA125 boleh dijalankan. Ianya merupakan sejenis protin yang dihasilkan oleh kanser ovari. Malangnya protein CA125 ini juga dihasilkan juga oleh keadaan lain seperti endometriosis, fibroid serta keadaan radang pada dinding peritoneum. Bezanya adalah pada keadaan kanser ovari bacaannya selalu sangat tinggi kadang-kadang menghampiri atau jauh melebihi 1000 iu.

4. Secara pembedahan merupakan kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ianya hanya akan dilakukan setelah ujian-ujian di atas dilakukan serta pesakit sudah dipastikan dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan. Tahap penyakit akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak yang mungkin.
 
Cara Kanser Ovari Merebak

Kanser ovari boleh merebak keseluruh ruang peritoneum (ruang antara pelvis ke dasar paru-paru). Ianya merebak mengikut aliran cecair peritoneum. Perebakan juga selalu berlaku mengikut sesalur limfa.

Kira-kira 60 ke 70 peratus kanser tahap III akan mempunyai perebakan hingga ke kelenjar pelvis dan para-aortik. Perebakan melalui aliran darah adalah sangat jarang. Walau bagaimanapun ianya boleh berlaku pada peringkat lewat, terutamanya setelah pesakit menjalani pelbagai rawatan. Perebakan ini boleh menular ke tulang belakang, otak dan paru-paru.

Kaedah Rawatan Kanser Ovari

Rawatan Pembedahan
Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut (omenta). Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi.

Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah menjalani pembedahan secepat mungkin. Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting untuk memastikan (confirm) diagnosis, mengetahui tahap penyakit (staging) serta membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak dengan nyata.

Untuk wanita yang masih remaja atau masih inginkan mendapat anak, jenis pembedahan mungkin berbeza seperti diatas. Rahim dan ovari sebelah yang pecah tersebut mungkin tidak perlu dibuang.


Pembedahan laparotami untuk membuang kanser ovari.


Rawatan Kemoterapi
Setelah selesai menjalani pembedahan, pesakit akan diberikan suntikan ubat kemoterapi. Tujuan ubat ini diberi adalah untuk membunuh sel-sel kanser ovari yang masih tertinggal di dalam tubuh pesakit. Kemoterapi boleh juga diberi sebelum pembedahan. Kemoterapi boleh diberi secara single agen atau secara multi agen (campuran). Campuran agen-agen kemoterapi selalunya di gunakan untuk kes kanser agresif, tahap yang lanjut (advanced), tiada response kepada platinum atau untuk kumpulan kes kanser yang berulang.

Rawatan Radioterapi
Rawatan radioterapi ada digunakan bagi merawat kanser ovari jenis sel-sel germa (germ cell) di peringkat awal. Tetapi ia tidak digunakan dengan meluas dalam kanser ovari yang lain kerana kurang berkesan serta kesan sampingan yang teruk, merosakkan organ-organ penting seperti hati, buah pinggang serta usus kecil dan usus besar.

Pertubuhan Sokongan
Rawatan penyakit kanser selalunya memerlukan kos yang tinggi. Bagi pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan biasanya mereka akan dirujuk kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Sokongan keluarga

Sokongan Emosi Selain daripada kesihatan fizikal, kesihatan dari segi psikologi hendaklah juga dititik beratkan. Ahli keluarga serta pasangan masing-masing hendaklah dibawa berbincang tentang kaedah rawatan serta sokongan moral yang perlu diberikan.

Rawatan Alternatif dengan minuman kesihatan yang tinggi antioksida seperti Vivix Shaklee.

Kajian menunjukkan resveratrol dalam Vivix bukan sahaja menghalang kanser, tetapi juga dicadangkan sebagai rawatan tambahan kepada kanser. Ini kerana resveratrol terbukti memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. Vivix juga berfungsi membaikpulih sel-sel dan DNA yang rosak dari akar umbinya. 


Proses kimoterapi berkurang dari 12 kali menjadi 6 kali selepas minum Vivix. 

"Harini mak jumpa pakar. Tahu tak doktor pakar cakap apa? Sekarang mak dah buat kimo 3 kali. Mak hanya perlu lakukan kimoterapi lagi 3 kali saja. Sepatutnya mak perlu lakukan kimo 12 kali. Tapi selepas amalkan Vivix, mak hanya perlu buat kimo 6 kali saja. Mak pun sihat dan cergas. Siap boleh pergi kenduri."



Tak perlu kemoterapi lagi. Cuma perlu buat ct scan setiap 3 bulan selepas amalkan Vivix.

"Alhamdulillah puan. Semalam mak saya periksa doctor, doctor cakap tak perlu kemoterapi lagi. Cuma perlu buat ct scan setiap 3 bulan. Su nak monitor perkembangan sel mak. Su nak pastikan mak konsisten makan Vivix dan Nutriferon Shaklee"


Alhamdulillah..asbab Vivix Allah izinkan mak beliau semakin sihat dan menunjukkan perkembangan positif. 

Berminat dengan Vivix? Saya bantu anda untuk ikhtiar. Hubungi saya di : 

Syafia Mazlan : 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shakler (1078101) kawasan Nilai Negeri Sembilan. Slim River dan Tg Malim Perak. 







Tuesday, March 28, 2017

Bagaimana Vivix berfungsi menolong penyakit kanser


Artikel semalam saya telah berkongsi maklumat mengenai kanser ovari.

Apakah Kanser Ovari?

Kanser Ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel diluar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita.

Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dikalangan wanita. Tidak diketahui punca sebenar terjadinya penyakit ini. Namun, semua wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari.

Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut.

Untuk artikel hari ini, saya berkongsi pula bagaimana Vivix berfungsi merawat kanser.

Bagaimana Vivix berfungsi untuk merawat kanser Ovari?

Kebolehan resveratrol didalam Vivix mampu menghalang radikal bebas, mengaktifkan atau menyahaktif enzim penting gen, hormon dan kimia tubuh.

Kajian menunjukkan resveratrol memberi kesan yang ketara kepada kanser yang berkaitan gen.


Antara kesan lain, resveratrol mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia. Ia juga menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain.

Kajian menunjukkan resveratrol bukan sahaja menghalang kanser, tetapi juga dicadangkan sebagai rawatan tambahan kepada kanser. Ini kerana resveratrol terbukti memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. 

Resveratrol boleh menghalang kanser melalui beberapa cara:

1. Ia boleh menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kira sel kanser itu mempunyai reseptor negatif atau positif) 

2. Ia boleh memodulasi ekspresi gen 

3. Ia boleh menyebabkan sel kanser mati sehingga akar umbi.


Testimoni Kanser Ovari

Testimoni 1






Doktor sahkan kanser ovari yang dihidapinya selama ini sudah clear. Customer ni konsisten amalkan Vivix, Vitalea dan Vitamin C. Sekarang, beliau berusaha untuk hamil pula setelah bebas daripada ksnser ovari. Moga ada rezeki beliau untuk menimang cahayamata.


 Testimoni 2



Sebelum amalkan Vivix, setiap bulan isteri beliau mengalami period yang teruk. Selepas amalkan Vivix isteri beliau dah tak senggugut seperti sebelum ni. Pada awal minum Vivix isteri beliau alami sedikit healing crisis seperti pening kepala tetapi hanya seketika. Komplikasi selepas kemoterapi juga semakin berkurang. 


Alhamdulillah..dengan izinNya mereka semakin pulih dan beransur sihat serta sembuh daripada penyakit yang dialami.

Testimoni ini bukan rekaan, tetapi pengakuan sebenar daripada pesakit kanser.

Bagaimana cara untuk membeli Vivix?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee (1078101) di :

Whatsapp/sms : Syafia 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.




Monday, March 27, 2017

Cegah Kanser Ovari sebelum parah


Ovari ialah rumah utama dalam peranakan wanita. Ia mempunyai tugas penting iaitu mengeluarkan telur atau benih setiap bulan untuk kesuburan wanita dan mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang penting untuk sifat-sifat kewanitaan dan keghairan seks wanita.

Kanser Ovari boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya setiap wanita rajin menjalankan rutin pemeriksaan doktor.
Ovari yang normal dan Ovari abnormal


Apakah Kanser Ovari?
Kanser Ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel diluar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita.

Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dikalangan wanita. Tidak diketahui punca sebenar terjadinya penyakit ini. Namun, semua wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser ovari.

Faktor-faktor penyebab kanser ovari :
1. Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser.

2. Mempunyai kanser payudara atau rahim.

3. Tidak pernah melahirkan anak.

4. Pertengahan umur 40 tahun ke atas.


Gejala-gejala kanser ovari :

1. Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut tak kira masa.

2. Perut semakin membesar atau terasa ada ketulan diperut.

3. Senggugut yang teruk.

4. Perut membesar tetapi tidak hamil

5. Putus haid awal

6. Gangguan kencing atau air besar.

7. Sakit ulu hati dan kerap kencing.

8. Mandul atau kurang subur

9. Kerap gugur

10. Pusingan haid tidak teratur atau datang haid sedikit tetapi berpanjangan.


Simptom-simptom kanser ovari 

Kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom sehingga la kanser tersebut merebak yang menyebabkan kesakitan dibahagian bawah abdomen atau pengumpulan air didalam ruang abdomen diikuti perut semakin membesar.

Simptom yang paling ketara diperingkat lewat dikesan, pesakit :

1. Hilang selera makan.


2. Berat badan turun mendadak.

3. Perut kembung.

4. Sakit pinggang keterlaluan

5. Mudah letih dan lesu.

Kanser ovari sukar dikesan. Ia boleh diketahui dengan melakukan ujian ultrasound dibahagian pelvik dan abdomen.

Kanser ovari boleh dikesan dan dirawat diperingkat awal. Oleh itu setiap wanita perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada diri mereka.

Selepas anda mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor, anda juga boleh cuba ikhtiar dengan minuman tinggi antioksida iaitu Vivix Shaklee.


Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang tinggi anti-oksida dan terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :

🍇Botani Polygonum Cuspidatum
🍇Anggur Muscadine
🍇Elderberi Eropah 
🍇Purple Carrot

Fungsi Vivix :
  • Membaiki kerosakan DNA yang diserang oleh sel-sel perosak.
  • Mengaktifkan pengawalan genetik yang melambatkan penuaan. 
  • Meningkatkan tahap tenaga didalam sel
  • Melambatkan pembentukan protin AGE
  • Anggur muscadine didalam ramuan Vivix mempunyai 20 kromosom membantu menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.
  • Polifenol dan Resveratrol membantu menigkatkan kesihatan yang menyeluruh. 

Feedback positif daripada seorang pengguna Vivix : 


Doktor sahkan kanser ovari clear selepas amalkan Vivix 


Berminat dengan Vivix? Hubungi saya (SID 1078101) di : 

Syafia : 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia


fa6c3d0bdf9ad7f29094d15c8b054e85


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.


Saturday, March 25, 2017

Resepi Mee Rebus Tulang Daging


Assalammualaikum, selamat berhujung minggu.

Tekak sya ni dah beberapa hari terigin sangat nak makan ree rebus. Terbayang-bayang je kuah mee rebus yang pekat tu.

Kebetulan hari khamis lepas sya ada urusan bank..selesai urusan tersebut sya pun singgah la makan di satu kedai ni.

Belek-belek menu ada jual mee rebus. Sya pun apa lagi laju je order mee rebus tu. Tapi hampa. Kuah cair dan takde rasa apa. Rasa manis ubi keledek takde..masin takde..pendek kata tak sedap ditekak sya.

Disebabkan rasa tak puas makan..sya sanggup masak sendiri mee rebus resepi istimewa daripada mak sya. Masak sendiri puas hati. Boleh ulang makan banyak kali. 

Ok, jom lihat resepi.

Mee Rebus Tulang Daging 


Bahan-bahan untuk kuah mee rebus :

1. Tulang daging beserta isi daging

2. Udang basah (yang besar)

3. Udang basah ( yang kecil)

4. Ubi keledek oren

5. 4 biji bawang merah

6. 4 ulas bawang putih

7. Cili kering

8. Kacang tanah

9. Garam

10. Gula


Nota :

1. Rebus tulang daging sehingga empuk.

2. Kemudian, hiris nipis isi daging yang ada melekat ditulang.

3. Fungsi udang basah besar dan daging adalah untuk dijadikan rencah utama.


Tulang daging dan udang basah sebagai rencah utama


Bahan-bahan untuk dikisar :

1. Ubi keledek oren

2. Udang basah (yang kecil)

3. 4 biji bawang merah

4. 4 ulas bawang putih

5. Cili kering

6. Kacang tanah

Nota :

1.Rebus ubi keledek sehingga lembut dan rebus sebentar udang basah kecil terlebih dahulu sebelum dikisar.

2. Goreng kacang terlebih dahulu sebelum dikisar.


Bahan-bahan yang telah siap dikisar


Bahan-bahan hiasan :

1. Sayur sawi

2. Taugeh

3. Daun sup

4. Tauhu

5. Telur

6. Cili hijau

7. Mee kuning

Nota :

1. Rebus telur sehingga masak.

2. Celur sebentar sayur sawi dan taugeh.

3. Celur sebentar mee kuning.

4. Goreng tauhu sehingga kekuningan.


                 

Bahan-bahan hiasan untuk dimakan bersama mee rebus.

Cara memasak : 

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sesenduk minyak sehingga kekuningan.

2. Tumis cili kering sehingga garing. (Ikut pedas yang anda suka)

3. Tumis udang basah yang telah dikisar sehingga naik bau.

4. Tumis ubi keledek sehingga sebati dengan bawang, cili kisar dan udang kisar tadi. 

5. Masukkan air ikut tahap kepekatan yang anda suka. 

6. Masukkan lebihan air tulang daging yang direbus sehingga empuk tadi bersama daging yang telah dihiris nipis.

7. Apabila kuah mendidih, masukkan segenggam kacang tanah dan kesemua udang basah. 

8. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila kuah tersebut secukup rasa tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Tips :

1. Ubi keledek oren lebih sedap dan manis berbanding ubi keledek kuning. Kuah pun akan lebih cantik warnanya.

2. Fungsi kacang adalah untuk memekatkan kuah

3. Udang segar lebih sedap, manis rasanya dan kurang berbau berbanding udang kering. Air udang itulah yang membuatkan kuah mee rebus bertambah lazat.

4. Air rebusan tulang jangan dibuang. Guna air rebusan tulang untuk buat kuah mee rebus. Inilah rahsia utama untuk memastikan kuah mee rebus sedap.

Selamat mencuba. 


Friday, March 24, 2017

Kenapa perlu makan vitamin


Assalammualaikum.

Ada banyak perbezaan pendapat mengenai kepentingan makan vitamin untuk tubuh badan. Ada yang menyokong ada juga menolak mentah-mentah untuk makan vitamin.


Kenapa kita perlu makan vitamin untuk keperluan tubuh badan?

Ada yang kata,

1. Jangan makan vitamin nanti rosak buah pinggang.

2. Tak perlu makan vitamin, makan je sayur dan buah sekilo sehari.

3. Amalkan je gaya hidup sihat.

4. Tak penting pun. Mengarut je lebih.

5. Oksigen yang ada dah cukup.

Akan tetapi tabiat pemakanan seperti :

Pagi ➡️ makan roti canai 2 keping, teh tarik secawan

Tengahhari ➡️ makan nasi, gulai lemak, ikan goreng, sayur kangkung belacan.

Petang ➡️ pisang goreng, cekodok, kopi/nescafe

Malam ➡️ nasi mamak/ kfc/ mcd

Tengah malam ➡️ meggi, fast food


Jumlah kalori makanan yang kita ambil


Itu tak rosak buah pinggang ke?

Dekat mana tersimpan segala lelemak, kolesterol, garam, gula, toksin tu?

Hakikatnya,

Sayur apabila dah masak menjadi layu, kurang khasiat dan vitamin.

Buah pulak belum tentu makan sebiji sehari. Jika makan pun dalam buah terdapat baja kimia yang disembur demgan racun perosak.

Dah kenyang, balik office duduk dalam ekon hadap komputer. Balik rumah duduk depan tv, tangan pegang handphone.

Nak exercise...hujan pulak. Tak larat, letih.

Udara sekarang pun banyak sangat pencemarannya..asap kilang, asap kenderaan, asap "orang", radikal bebas dan sebagainya.



Yang mana menyumbang kepada penyakit..sebab makan vitamin ke tak payah makan vitamin.

Badan kita macam kereta jugak..ada masa meragam..ada masa kena servis..supaya sihat dan tiptop selalu.

Bukan la maksud makan vitamin sentiasa sihat tak pernah jatuh sakit..itu macam melawan hukum alam pulak..cuma..dalam keadaan terkawal dan kurang risiko untuk menghidap penyakit.

Nak makan vitamin pilih yang semulajadi, selamat dan tidak memudaratkan seperti Shaklee.



Jika anda berminat dengan produk Shaklee hubungi saya di nombor ini : 

Syafia : www.wasap.my/60125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 


Thursday, March 23, 2017

Produk pemutih kulit yang selamat.


Assalammualaikum.

Sekarang ni sudah menjadi trend semua orang berebut-rebut nak putihkan kulit muka dan badan dengan cepat. Seolah-olah berkulit putih lebih nampak cantik berbanding kulit gelap. Salah tu. Sebenarnya, asas kulit yang cantik bermula dari kulit yang sihat.

Ramai wanita menggunakan produk yang mengandungi Glutathione samada makan pil pemutih atau mengambil suntikan cucuk kedalam badan untuk mencerahkan kulit dengan cepat.

Tetapi, mereka tidak menyedari risiko buruk yang akan dialami kemudian hari.

Apa itu gluta?

Glutathione adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh hati dan ia juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging.

Sumber utama Glutathione adalah bahan alami organic seperti asparagus, brokoli, alpukat, dan bayam. 

Selain itu semua buah-buahan mentah dan sayuran segar sangat baik untuk meningkatkan tingkat Glutathione, khususnya sayuran seperti kembang kol, kubis, dan taoge.

Sumber Glutathione lainnya antara lain telur, daging segar, bawang putih, dan kunyit.

Glutathione banyak terlibat dalam proses di dalam badan, termasuk pembinaan dan pembaikan tisu, membuat bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan, dan sistem imun.
Kesan sampingan Gluta :

🔸Orang yang menggunakan gluta untuk mencerahkan kulit boleh mengalami kejang perut, loya dan muntah-muntah. Ini adalah kerana mereka memerlukan dos yang tinggi untuk merangsang proses pencerahan itu.

🔸Pil Gluta : Akan menyebabkan gatal-gatal kulit, ruam, dan kulit gatal atau bengkak.Kesan sampingan seperti masalah bernafas atau sesak di tekak atau dada dan juga sakit dada.

🔸Suntikan Gluta : Akan mempunyai kesan sampingan jangka panjang dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat kanser kulit dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh gluta sintetik.

Nasihat saya, sebelum beli dan guna sesuatu produk lihat label dan isi kandungan bahan yang digunakan didalam produk tersebut. Jangan la kerana nak putih dan cantik dengan cepat anda mengambil jalan singkat yang akan memudaratkan diri dikemudian hari.

Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk beralih kepada produk semulajadi yang lebih selamat dan berkesan seperti Shaklee yang mempunyai landmark study dan terbukti selamat dan berkesan secara klinikal.
Jika tercari-cari produk memutihkan kulit muka dan seluruh badan yang selamat sya sarankan ESP, Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder dan Vivix Shaklee.


                    

Rahsia kulit kekal cantik dengan produk pemutih kulit yang selamat. 



Mencerahkan kulit dengan ESP Shaklee 



Kulit makin licin putih gebu dengan Vitamin C Shaklee


Awet muda, kulit berseri dengan Vitamin E Shaklee


Kulit cerah dalam masa 7 hari dengan Collagen Powder Shaklee



Kerana Vivix Shaklee kulit lebih cerah dan berseri



Kulit lebih cerah dan flawless

Anda pasti teruja akan hasilnya.

Apa yang penting produk Shaklee selamat, berkesan, tanpa pewarna, bahan kimia dan pemanis tiruan.

Nak cerahkan kulit?

Hubungi saya Pengedar sah Shaklee (1078101): 

Whatsapp/Sms : Syafia 012 5752865.
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia


Wednesday, March 22, 2017

Pengalaman makan vitamin Shaklee


Assalammualaikum. 

Rupa-rupanya dah 5 tahun sya berShaklee. Start 2012 sampai la sekarang 2017. Macam-macam supplemen yg sya dah makan. Supplemen Shaklee pertama sya cuba adalah Vitamin C.

Masa tu kulit kering sangat sampai muka dan bibir pon mengelupas. Jerawat pon kemain bersuka ria tumbuh bak cendawan. Faktor hormon barangkali. 

Selain tu kerja dalam office beraircond 24jam. Kerja juga diluar office utk cek barang, pallet dan sebagainya. Berhabuk berdebu, berhujan panas..lagi la kulit cepat kering, rosak dan sensitif.

Dah la nak bertunang dan kahwin masa tu..kulit pulak bermasalah. Risau la tak cantik kan. Nama pun raja sehari haha. Mesti la nak cantik-cantik 😂😂. Terus sebok cari produk yg selamat dan berkesan. Terjumpa lah Shaklee.

Sya cuba dulu set kecantikan kulit seperti Vitamin C, ESP dan Vitamin E. Walaupun perubahan tak nampak seminggu dua..tapi sya tetap consume sampai la betul-betul puas hati.

Hasilnya kulit makin lama makin cerah, bersih dan sehat. Gebu-gebu gitu 😊😊. Memang betul-betul terasa perubahan pada diri sendiri lepas berShaklee.

Terus jatuh cinta dengan Shaklee sampai sekarang. Dari zaman anak dara,berkahwin,mengandung,berpantang dan sampai lah jadi mak-mak ni tetap setia dengan Shaklee. 

Macam-macam supplemen sya dah cuba. Hasilnya memang berkesan dan selamat. Lagipun sebelum beli barang kita mesti periksa kandungannye kan. Halal ke selamat ke, ada bahan kimia ke lulus kkm ke. Shaklee bebas daripada bahan kimia, perasa dan pewarna tiruan ye. Yang penting halal toyiban.

Sekarang ni..selain sya, anak,suami,mak ayah,adik beradik dan family pon consume Vitamin Shaklee. Memang family Shaklee sungguh.

Sya bukan saje pengguna tegar barangan Shaklee..tetapi sekarang sya bergelar pengedar Shaklee sah kawasan Nilai N.Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi sya 012 5752865.

Monday, March 20, 2017

Petua yang boleh diamalkan untuk anak kecil


Assalammualaikum semua.

Ok,arini nak share petua tradisional untuk anak-anak kecil yang sya pernah buat untuk anak sya iaitu Zahra 👶

1. Sendu bayi 😥

🍓 Mesti pernah dengar kan, bila baby sendu basahkan kertas kecik letak atas dahi. Tak tahu lah kenapa..tp memang betul la. Terus hilang sendu tu.

2. Kembung perut bayi 😓

🍇Selain tuam, sapu minyak telon dari tapak kaki, lutut dan belakang lutut, perut dan belakang badan. Kalau bayi banyak kentut tu..kira ok la. InsyaAllah tak kembung perut.

3. Jaundise/kuning bayi 😇

🍀 Yang ni sya tak pernah alami sebab alhamdulillah Zahra tak kena kuning lepas lahir. Salah satu petuanya si ibu minum susu kambing dan menyusukan anak sekerap mungkin untuk turunkan jaundise bayi dengan cepat. Selain itu mandikan bayi dengan daun kucai.

4. Anak demam panas 🤒

🍋Sya selalu lap-lap badan zahra dengan rendaman air lemon. Badan anak pon wangi je. Selain itu, lumurkan anak dengan air asam jawa dan bunga raya untuk redakan suhu panas.

5. Anak batuk dan selsema 😤

🍊 Sya calit hidung zahra dengan kunyit hidup. Apabila batuk, bakar bawang putih dan gaul dengan minyak zaitun. Sapu pada tapak kaki dan dada.

Untuk menguatkan imun zahra, sya bagi zahra minum mealshake yang dibancuh dengan susu dia. Selain tu, sya bagi vitalea for children. ''Shedaapp" kata zahra hehe 😎

Petua orang dulu-dulu memang tak lapuk dihujan, tak lekang dek panas. Samada kita percaya atau tidak terpulang kepada persepsi masing-masing. Yang baik kita ikut, yang pelik dan bertentangan dengan agama jangan diikut.

Oh ya, kalau mommy diluar sana nak belikan suplemen terbaik untuk si manja anda..boleh hubungi sya ye.

Sya pengedar sah Shaklee (1078101)  kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim perak. 

Untuk belian dan konsultasi hubungi Syafia 012-5752865. Sya akan guide anda cara makan yang betul. 



Thursday, March 16, 2017

Tempat makan sedap di Nilai Negeri Sembilan.



Assalammualaikum.

Rakyat Malaysia dengan nasi kandar berpisah tiada haha..

Sebelum berkahwin sya bukan la penggemar nasi kandar. Kalau boleh elak, sya elak makan ke kedai mamak. Sya sanggup pergi makan ke tempat lain. Sya kalau makan kedai mamak mesti sakit perut. Ntah kenapa perut ni.

Tapi, sejak berkahwin dengan orang utara ni..paham-paham aje laa..orang utara dengan kari berpisah tiada. Kalau boleh hari-hari pun takpa kot. Lauk wajib bagi orang utara..

Dalam tak suka tu..lelama sya pun dah suka makan kedai mamak..nasi kandaq kata orang utagha. 

Nasi kandar yang sedapnya bila kuah tu dicampur dengan pelbagai jenis kuah lain. Yang paling sya suka ayam goreng dan sayur bendi atau sayur kobis tumis kuning.

Kalau korang datang ke Nilai Negeri Sembilan, jangan lupa singgah ke restoran Nasi Kandar Lawood. 

Jangan tak tahu, nasi kandar sini sedap. Banyak lauk. Ini bukan restoran mamak tetapi restoran nasi kandar orang melayu yang berasal dari Kelantan rasanya sebab loghat yang sya dengar lebih ke pantai timur-siam gitu.



Nasi Kandar Lawood
Desa Cempaka (Bandar Baru Nilai), Nilai, Negeri Sembilan 71800


Kedai ni sentiasa penuh. Ramai orang. Beratur panjang. Nak makan kena datang awal-awal. Datang lambat, tempat duduk pun susah nak dapat. Parking pun terhad.

Korang boleh beratur untuk ambil makanan sendiri atau boleh duduk dimeja tunggu pelayan restoran datang ambil order dan hidangkan terus kepada anda.


Ayam goreng, telur ikan, sayur taugeh, sotong dan gulai kari.

Itu sebahagian menu yang ada. Banyak lagi menu lain sebenarnya. Yang pasti semua sedap-sedap berbaloi la dengan harganya. 

So, korang kalau datang ke Nilai jangan lupa singgah Nasi Kandar Lawood okay. 

Tuesday, March 14, 2017

Apakah penyakit Vertigo dan cara mengatasinya dengan berkesan.




Penyakit Vertigo merupakan keadaan dimana seseorang merasa dirinya atau keadaan disekelilingnya seolah-olah berputar. Penyakit Vertigo disebabkan adanya gangguan saraf dibahagian telinga dalam atau gangguan dibahagian otak.

Vertigo adakalanya seperti migrain. Akan tetapi jika gejala tersebut berlanjutan lama anda perlu melakukan pemeriksaan di hospital kerana adakalanya ia bukan migrain tetapi lebih cenderung menjadi stroke.

                         

Penyebab terjadinya Vertigo 

Gejala yang muncul tidak hanya tertumpu seperti rasa berputar ketika baring, berdiri atau melakukan sesuatu kerja sahaja malah diikuti rasa mual, muntah, telinga berdengung , gerakan pada bola mata, hilang pendengaran dan demam tinggi.

Perasaan ini disebabkan oleh virus, penurunan aliran darah ke otak, trauma, kesan selepas pengambilan ubat-ubatan, alkohol, migrain, anemia dan beberapa sebab lain.

Namun begitu, Vertigo mungkin berlaku beberapa ketika sahaja. Seharian didalam kereta didalam perjalanan yang jauh berliku-liku, stress dan penat yang keterlaluan juga penyumbang kepada Vertigo.

Jenis-jenis penyakit Vertigo


1. Vertigo Peripheral
- Gangguan pada sistem pendengaran iaitu saluran Kanalis Semisirkularis yang berfungsi mengawal keseimbangan tubuh badan manusia sehingga pandangan menjadi gelap dan otak terasa sakit.

2. Vertigo Sentral
- Terjadi pada ketidakseimbangan otak sentral seperti penglihatan menjadi berganda, sukar menelan makanan, sakit kepala keterlaluan dan mual/muntah.

3. Vertigo Vestibuler
- Menyerang organ dan saraf Vestibuler sehingga penghidap Vertigo melihat benda seperti turun naik.

4. Vertigo Non-Vestibuler
- Disebabkan oleh sistem regulator, kesalahan pada sistem saraf pusat seperti kepala terasa berpusing, kepala menjadi keras dan mata menjadi gelap.


Cara mencegah dan menghindari penyakit Vertigo :

1. Hindari gerakan secara tiba-tiba

2. Posisi kepala biar lebih tinggi ketika tidur

3. Tidak minum minuman beralkohol

4. Jalani gaya hidup sihat.

5. Elakkan stress keterlaluan

6. Minum lebih air kosong

7. Berehat. Elak melakukan kerja berat.


Cara mengatasi penyakit Vertigo

1. Madu
- Minum air suam yang dibancuh dengan madu.

2. Susu
- Minum susu setiap pagi selepas bangun tidur dan minum susu sebelum tidur malam.

3. Minyak zaitun
- Minum sesudu minyak zaitun setiap hari

Namun, cara alami saja tidak mampu mengatasi penyakit Vertigo dengan sendirinya. Penyakit Vertigo perlu dirawat dengan segera untuk mengelak terjadinya stroke atau penyakit kronik lain.

Setelah berjumpa doktor, anda boleh ikhtiar dengan mengamalkan minuman tinggi antioksida yang diperkaya dengan resveratrol seperti Vivix untuk mengurangkan penyakit Vertigo.

Bagaimana Vivix membantu mengatasi masalah penyakit Vertigo?

Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang tinggi anti-oksida dan terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :

🍇Botani Polygonum Cuspidatum
🍇Anggur Muscadine
🍇Elderberi Eropah 
🍇Purple Carrot

Vivix merupakan suplemen untuk kesihatan yang menyeluruh.

  • Anggur Muscadine yang terdapat dalam ramuan utama Vivix merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom untuk memberi faedah kesihatan yang lebih baik, fungsi imun yang lebih tinggi. 
  • Ederberry membantu peningkatan tenaga selular, menyokong kesihatan kardiovaskular, melawan jangkitan virus, meredakan batuk, sesak hidung dan sesak dada. 
  • Purple Carrot tinggi antioksida yang mustajab mengurangkan anti-radang untuk mengelak salur darah dijangkiti kuman.
  • Polygonum Cuspidatum tinggi resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol dan memberi manfaat kesihatan menyeluruh.

Bagaimana pesakit Vertigo pulih selepas amalkan Vivix?

Testimoni 1 


Penyakit Vertigo yang dialami oleh beliau sebelum ni kembali pulih dan normal selepas amalkan Vivix. Disebabkan seronok dengan perubahan diri yang semakin sihat beliau terus repeat order dan terus mengamalkan Vivix sehingga sekarang.


Testimoni 2 



Puan Zarina kembali pulih dan sihat daripada penyakit Vertigo setelah amalkan Vivix. Jika tak, sebelum ini apabila bangun dari tidur mesti kepala beliau terasa berpusing dan melayang. 

Alhamdulillah mereka semakin sihat dan sembuh dengan izinNya. Semoga asbab Vivix mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sihat. 


Berminat dengan Vivix? Hubungi saya (SID 1078101) di : 

Syafia : 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5ce9e5e89c326160e2908b5c477ebba6

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.

Monday, March 13, 2017

Apakah penyakit Gerd dan cara mengatasinya dengan berkesan.

Apakah maksud penyakit GERD? 

Gastro Esophageal Reflux Disease merupakan penyakit saluran pencernaan akibat asam lambung yang naik ke esofagus (refluks). 

Penyakit GERD adalah singkatan Gastro Esophageal Reflux Disesase (GERD).


Penyakit GERD lebih kurang gastrik tetapi lebih teruk lagi sehingga menyebabkan pedih ulu hati yang keterlaluan sehingga dada menjadi sempit, pedih dan melukakan saluran pernafasan.

Hal ini akan membuat pesakit merasa mual dan mahu muntah. Pesakit juga merasa sakit dijantung dan nyeri dada sehingga seringkali dianggap sakit jantung.


Apakah ciri-ciri atau gejala penyakit GERD?
1. Perut dan dada terasa nyeri seperti terbakar. Sakit sampai ke tengkuk.

2. Perut terasa kembung, mual disertai muntah, pedih ulu hati yang keterlaluan.

3. Sering sendawa.

4. Mulut terasa pahit, ada juga yang sampai tersedak.

5. Susah untuk menelan makanan.

6. Meningkatnya jumlah pengeluaran air liur.

7. Batuk kering dan suara menjadi serak.


   

Pesakit merasa pedih ulu hati keterlaluan, sakit perut dan dada seperti terbakar.

Faktor-faktor penyebab GERD adalah: 
  • Obesiti atau kegemukan 
  • Penyakit Diabetes 
  • Penyakit Asma 
  • Kehamilan 
  • Merokok 
  • Mulut kering 
  • Perut selalu kosong

Bagaimana Vivix membantu mengatasi masalah penyakit GERD?

Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang tinggi anti-oksida dan terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :

🍇Botani Polygonum Cuspidatum
🍇Anggur Muscadine
🍇Elderberi Eropah 
🍇Purple Carrot

Vivix merupakan suplemen untuk kesihatan yang menyeluruh.


  • Anggur Muscadine yang terdapat dalam ramuan utama Vivix merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom untuk memberi faedah kesihatan yang lebih baik, fungsi imun yang lebih tinggi.
  • Ederberry membantu peningkatan tenaga selular, menyokong kesihatan kardiovaskular, melawan jangkitan virus, meredakan batuk, sesak hidung dan sesak dada. 
  • Purple Carrot tinggi antioksida yang mustajab mengurangkan anti-radang untuk mengelak salur darah dijangkiti kuman.
  • Polygonum Cuspidatum tinggi resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol dan memberi manfaat kesihatan menyeluruh.

Apa kata pengguna Vivix yang sembuh daripada penyakit GERD.

Testimoni daripada seorang customer yang belikan Vivix untuk suaminya yang menghidap Gerd. Gerd suaminya berpunca daripada tabiat kuat merokok.




Selepas consume Vivix 2 botol, alhamdulillah dengan izinNya, penyakit Gerd suami beliau sudah sembuh. 

Suami beliau juga sudah boleh makan makanan pedas sedikit. Kalau tidak sebelum ni cili sos pun suami beliau tak boleh makan. 

Moga suami beliau bertambah sihat asbab amalkan Vivix.

Anda ada masalah yang sama? Cuba la ikhtiar dengan Vivix moga ikhtiar anda diizinkan sembuh oleh tuhan.

Bagaimana cara untuk membeli Vivix?

Shaklee Independent Distributor (1078101)
Hubungi saya di : 

Syafia 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b8feabbdf1bb072c97d569682ffe8514

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.


Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...