Saturday, March 11, 2017

5 Mitos berkaitan garam yang anda perlu tahu.



Dalam ilmu kimia garam adalah senyawa ionik yang terdiri daripada ion positif (kation) dan ion negatif (anion) sehingga membentuk senyawa netral.

Penggunaan garam didalam masakan tidak asing lagi kerana garam merupakan komponen utama yang perlu ada didalam setiap masakan.

Namun, penggunaan garam secara berlebihan tidak digalakkan kerana mengundang pelbagai penyakit merbahaya.




Ketahui 5 mitos berkaitan garam yang anda perlu tahu.

Soalan :

1. Adakah perlu mengelakkan penggunaan garam untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik?

Fakta : Garam merupakan nutrien penting yang mengawal tekanan darah dan diperlukan untuk memastikan saraf dan otot bekerja berfungsi dengan betul namun pengambilan garam itu perlulah diambil dalam jumlah yang sesuai.

Soalan :

2. Sea salt kurang mengandungi natrium berbanding table salt?

Fakta : Sea salt lebih digemari orang ramai namun tidak bermakna ia kurang masin. Seperti table salt, ia mengandungi 40% natrium.

Soalan :

3. Kandungan garam yang tinggi hanya terdapat pada makanan?

Fakta : Garam bukan hanya terdapat pada masakan sahaja tetapi garam juga terdapat didalam ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan yang dibeli di farmasi mengandungi paras natrium yang tinggi.

Soalan :

4. Kurang mengambil makanan masin adakah dikira tidak makan garam secara berlebihan?

Fakta : Makanan seperti daging, keju, roti, maggi mengandungi garam berlebihan yang boleh meninggikan risiko serangan jantung dan strok.

Soalan :

5. Paras tekanan darah normal adakah anda tidak perlu bimbang dan berasa selamat?

Fakta : Individu yang mempunyai paras tekanan darah yang normal, tabiat kurang mengamalkan garam berlebihan mengurangkan risiko terkena penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Hati-hati dengan penggunaan garam dalam masakan dan makanan yang kita ambil kerana seiring dengan peningkatan usia kita terdedah kepada risiko penyakit kronik. 

Salah satu punca penyakit kronik seperti buah pinggang adalah kerana tabiat mengambil garam secara berlebihan.


No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...