Thursday, April 20, 2017

Resepi Gulai Taucu Ikan Jenahak. Sedap dan Mudah Disediakan.




Resepi Gulai Taucu Yang Sedap Dan Mudah Disediakan. 

Assalammualaikum. 

Hari ni terigin pula nak makan gulai taucu. Gulai taucu ni mudah je nak disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak. 

Jom tengok resepi. 


Bahan-Bahan Gulai Taucu Ikan Jenahak
  • Taucu
  • Ikan Jenahak (ikan apa-apa pun boleh)
  • Sebiji bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • Air Asam Jawa
  • Timun setengah biji
  • Cili hijau
  • Bawang besar
  • Garam
  • Gula


Bahan-bahan Untuk Membuat Gulai Taucu


Cara Memasak Gulai Taucu

1. Goreng ikan terlebih dahulu. Tak perlu terlalu garing.

2. Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Tumis dengan sedikit minyak hingga garing.

3. Masukkan pula 1 sudu besar taucu. Tumis sebentar.

4. Masukkan air panas. Kalau nak kuah banyak lebihkan air. Biarkan kuah mendidih.

5. Masukkan sedikit air asam jawa.

6. Masukkan timun, cili hijau yang telah dibelah dua dan bawang besar yang telah dibelah empat.

7. Perasakan dengan garam dan gula. 


Sedia dihidangkan. 

Ada setengah orang suka kuah rasa pedas-pedas sikit..boleh la masukkan beberapa biji cili padi. 

Makan dengan nasi panas..sedapnya. 

Selamat mencuba.


Wednesday, April 19, 2017

Cara merawat senggugut tanpa makan ubat tahan sakit.

Senggugut merupakan masalah yang sering dialami oleh sesetengah wanita ketika haid atau sebelum haid.

Macammana nak hilangkan atau nak kurangkan senggugut?

Jawapannya kena la kahwin!

Amboiii..hehe 😂😂

Senggugut bila menyerang sakit sangat sampai nak.pitam. Sakit dibahagian ari-ari, sakit perut seperti kembung perut, sakit pinggang, sakit kepala dan sakit belakang badan. Masa tu mula la mood swing.

               

Kalau korang ada senggugut, cubalah ikhtiar dengan set senggugut Shaklee yang terdiri daripada :

1. GLA
👜 menstabilkan hormon
👜 membaiki kitaran haid wanita

2. Ostematrik
👜 pengambilan 1000mg kalsium dalam sehari membantu mengurangkan sakit senggugut ketika haid
👜 melegakan cramp (kekejangan), sakit pinggang dan sakit belakang

3. B-Complex
👜 berfungsi untuk mengurangkan stress dan rasa sakit ketika haid.
👜 berperanan mengawal emosi wanita agar lebih tenang, kurang marah dan tidak keselesaan ketika haid.

4. Vivix
👜 Minuman antioksida yang berfungsi untuk kesihatan menyeluruh.
👜 Vivix membantu melancarkan peredaran darah dengan mengeluarkan darah-darah beku yang tersangkut dirahim.


Set senggugut ni berkesan membantu melegakan simptom-simptom senggugut samada sebelum atau ketika haid.

Korang yang selalu alami senggugut yang teruk setiap bulan cubalah ikhtiar dengan produk Shaklee.

Jangan biasakan makan ubat tahan sakit setiap kali period kerana mempunyai kesan sampingan dikemudian hari.

Berminat dengan produk Shaklee? Hubungi saya di : 

           - Syafia | 012 5752865 -
           - SID : 1078101 -
           - Facebook | Syafia Mazlan
           - Instagram | Syafia Syazuan

#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim
#sayamknsayajual
#setsenggugut

Tuesday, April 18, 2017

Petua Awet Muda Dengan Buah Anggur



Baik lelaki atau wanita..kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Masing-masing mahu kelihatan cantik dan bergaya. 

Proses penuaan boleh bermula seawal umur 25 tahun dimana tubuh mula berhenti menghasilkan kolagen secara semulajadi dan merosot tahun demi tahun. Prestasi sel-sel turut rosak dan mula hilang fungsinya. 

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik perlukan penjagaan yang rapi.

Antara faktor utama yang menggalakkan penuaan ialah:
  • Faktor persekitaran seperti cuaca, asap, debu.
  • Faktor pemakanan seperti makanan berminyak
  • Penggunaan alat kosmetik berlebihan menyebabkan kulit semakin lama semakin hilang fungsi selnya.

Jalani cara hidup lebih sihat, banyakkan minum air masak, elakkan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi bahan kimia, makan suplemen yang membantu meremajakan dan mencantikkan kulit dari dalam.

Minuman tinggi antioksida seperti Vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polifenol yang terbukti berkesan untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan secara menyeluruh.


Petua awet muda dengan buah anggur



Nak sentiasa kelihatan muda sebelum waktu..minumlah Vivix .



Vivix meremajakan. Rahsia awet muda wanita. 

Bestkan VIVIX ni hanya satu sudu sehari, selain melambatkan proses penuaan, ia juga boleh memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap sellular.


Hubungi saya : 

Syafia Mazlan | 012.5752865


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Derita Buasir Berakhir. Ikhtiar Dengan Rawatan Semulajadi.




Buasir selalunya terjadi disebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

Buasir biasanya terjadi kerana masalah sembelit dan sukar membuang air besar. Buasir akan menyebabkan kawasan dubur terasa pedih dan terasa seperti ada lebihan daging yang terjulur keluar. 

Ada seorang pesakit buasir yang cuba ikhtiar dengan Vivix untuk mengurangkan masalah buasir yang dialaminya. Ikuti kisah lanjut beliau. 



Sebelum amalkan Vivix, beliau mengalami masalah sembelit, sukar membuang dan lama-kelamaan menjadi buasir. Pelbagai cara dan kaedah beliau cuba untuk merawat buasir tetapi keadaan masih sama. 

Buasir yang beliau alami sehingga keluar lebihan daging dari dubur. Akibat tak tahan dengan derita yang dialami, beliau ikhtiar dengan Vivix untuk mengurangkan masalah buasir tersebut. 

Alhamdulillah..dalam masa 2 minggu masalah buasir beliau sudah sembuh dan pulih dengan izin Allah. Beliau pun semakin ceria dan gembira kerana derita buasir yang dialami selama ini telah berakhir dengan mengamalkan Vivix. 


Serat yang terdapat didalam Vivix sangat membantu sistem penghadaman dan membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan cepat.

Jika anda punyai masalah buasir, saya sarankan anda ikhtiar dengan Vivix untuk membantu pemulihan dengan cepat, selamat dan berkesan


Berminat dengan Vivix?
Hubungi saya : 

Syafia Mazlan | 012.5752865

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, 



Sunday, April 16, 2017

Masalah buasir, Jenis-Jenis Buasir dan Cara Alternatif Mengatasi Buasir



Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi disebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.


SIMPTOM-SIMPTOM BUASIR
  • Pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas) 
  • Gatal-gatal atau radang 
  • Sakit atau rasa tidak selesa.
  • Bengkak pada sekeliling anus.
  • Ketulan yang menyakitkan disekitar dubur

JENIS-JENIS BUASIR

1. Buasir dalaman (internal hemorrhoid) :
  • Didalam kawasan rektum.
  • Tidak dapat dilihat dan dirasa 
  • Tidak menyebabkan rasa tidak selesa 
  • Jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan radang
2. Buasir luaran (external hemorrhoid) :
  • Bawah lapisan kulit di sekitar anus 
  • Berdarah atau gatal jika dirangsang 
  • Kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darah beku yang menyumbat salur darah). Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang.



CARA MENCEGAH BUASIR

1. Makan makanan tinggi fiber. 
-Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar. 

2. Minum air yang banyak.
- Minum air 6-8 gelas air setiap hari . Elakkan alkohol. 

3. Makanan tambahan berasaskan fiber 
- Membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir serta melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. 

4. Jangan meneran.
- Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum. 

5. Jangan bertangguh untuk membuang air besar.
- Jika anda melengah-lengahkannya, tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit. 

6. Bersenam.
- Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan. 

7. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.
- Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.


RAWATAN UNTUK BUASIR

1. Ubat-ubatan
2. Menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation).
3. Suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus. 
4. Teknik pembekuan.Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba. 
5. Pembedahan
6. Suplemen/ makanan tambahan - Vivix Shaklee

Bagaimana Vivix membantu mengurangkan buasir?

Anggur Muscadine ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kaliri dan 7 gram serat. Sangat baik untuk penghadaman.

Anggur muscadine tinggi kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis.

Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa.

Serat yang terdapat didalam Vivix sangat membantu sistem penghadaman dan membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan cepat.


Derita buasir selepas melahirkan anak berakhir dengan Vivix



Lawas membuang dengan Vivix. 


Bagaimana cara membeli Vivix?

Harga sebotol Vivix adalah Rm475. Tetapi dengan pembelian twinpack Vivix, harga Vivix jauh lebih murah dan lebih untung. Setiap pembelian twinpack Vivix anda akan dapat keahlian percuma, cash bonus bulan berikutnya Rm38, postage percuma, paper bag percuma dan semestinya penjimatan berganda untuk belian seterusnya dengan harga ahli.


Untuk pembelian Vivix dan produk Shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya : 

Whatsapp/sms : Syafia | 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_Syafia



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c1d29f0df3a9eba77951cd8222b08a0


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, 


Saturday, April 15, 2017

Resepi Kek Gula Perang. Sedap dan Mudah Disediakan.



Resepi Kek Gula Perang. Sedap dan mudah disediakan.


Assalammualaikum.

Bersiaran lagi kita dari dapur cikpia..amboii kemain lagi. Macam siaran tv je hihi.

Harini sya nak berkongsi resepi kek gula perang.

Kek gula perang yang sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.

Resepi kek gula perang ni mak sya yang ajar. Memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Sya bukan la peminat kek. Nak buat kek pun tak berapa mahir. Resepi kek yang senang dan tak banyak bahan boleh la sya buat. Lagipun sya memang tak berapa gemar kek yang ada krim atau bertopeng ni. Kek planta, kek marble atau kek coklat je sya suka.

Seperti biasa, resepi sya semuanya mudah dan simple je.


Resepi Kek Gula Perang.

Bahan-bahan :
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan tepung kek


Bahan-bahan untuk buat kek gula perang. 


Cara-cara buat Kek Gula Perang

1. Putar gula perang dan merjerin sehingga kembang.

2. Masukkan esen vanila, ovalette dan susu pekat. Putar lagi sehingga adunan kembang.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi.

4. Masukkan tepung kek sikit demi sikit sehingga habis.

5. Masukkan adunan kedalam loyang.

6. Bakar kek kedalam oven sehingga masak.


Tips :

- Adunan menjadi kembang maksudnya adunan bertukar menjadi putih gebu.

- Sapu loyang dengan marjerin dan tabur tepung sikit sekeliling loyang terlebih dahulu sebelum masukkan adunan supaya kek tidak melekat.

- Nak tahu kek dah masak elok atau belum..cucuk kek dengan lidi. Jika kek tidak melekat di lidi maknanya kek dah masak sempurna.


Kek gula perang ni akan berbau wangi semerbak satu rumah. Rasanya pun tidak terlalu manis dan tidak muak dimakan. Tekstur kek pun akan menjadi lembut dan gebu.

Percaya la..sekali makan mesti anda nak lagi.

Selamat mencuba.

Tulus,
Syafia.

Resepi ESP Yang Sedap dan Cara Minum ESP Yang Betul.






Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ESP Shaklee antara produk hot dalam rangkaian suplemen Shaklee. Punya la ramai peminat sampai stock asyik habis je dekat branch. I tong ESP beratnya 850gm. Jimat dan tahan sehingga 2 bulan. Setanding la dengan harga.

Sesetengah orang sangkakan ESP ni susu tepung macam susu dipasaran. Bukan..ESP adalah sumber protein dari kacang soya non-gmo. Kacang soya ni pula diproses menggunakan air untuk mengekalkan kualitinya.

Jangan tak tahu, kebanyakan soya dipasaran luar diproses menggunakan alkohol. Kacang soya yang digunakan pula adalah kacang soya gmo.

Bagaimana cara minum dan bancuh ESP?

  • ESP sesuai diminum samada sejuk atau suam.
  • ESP boleh dibancuh dengan apa-apa saja air kegemaran yang anda sukai.
  • Kalau taknak campur dengan air lain, bancuh je ESP dengan air sejuk atau air suam. 
  • Elakkan membancuh ESP dengan air panas kerana akan menjejaskan fungsi dan khasiat protein tersebut. 
  • ESP tidak boleh dibancuh dengan air teh, kopi atau nescafe. Ini kerana air tersebut mengandungi kafein. 
  • Cadangan yang disarankan adalah 1 hingga 3 sudu untuk setiap bancuhan. Jangan lebih 3 sudu ye. 
  • Memadai la minum ESP sehari atau 2 hari sekali kerana pengambilan protin yang berlebihan akan membebankan ginjal untuk berfungsi dengan baik. 

Kebiasaannya, sya hanya guna 1 atau 2 sudu ESP sahaja sebab ESP ni berbentuk serbuk macam susu tepung. Bila bancuh dengan apa-apa air dah jadi pekat. 

ESP ni rasa soya berperisa vanila yang tidak manis. Rendah lemak, tiada kolesterol dan pemanis tambahan. Sangat elok untuk kesihatan tubuh badan lelaki dan wanita.

ESP ni juga boleh diminum mengikut kreativiti kita sendiri. Pelbagai resepi boleh dibuat. Seeloknya, bancuh ESP dengan shaker atau botol minuman supaya ESP cepat larut dan tidak berketul-ketul.




Resepi ESP yang mudah, sedap dan cepat disediakan.

1. ESP + Air suam atau air sejuk
2. ESP + Fresh Milk
3. ESP + Susu kambing
4. ESP + Susu tepung
5. ESP + Milo/Tamar Coco/Horlick/Coklat
6. ESP + Air Yogurt
7. ESP + Air Buah-buahan
8. ESP + Sunquick
9. ESP + Rebina
10. ESP + Buah-buahan Segar
11. ESP + Oat/Nestum
12. ESP + Kurma/Badam/Delima/Madu
13. ESP + Meal Shake/ Performance Drink



ESP + Madu + Jus Delima



ESP + Sunquick



ESP + Fresh Milk

Resepi yang paling mudah dan cepat yang sya selalu sediakan adalah bancuh 2 sudu ESP dengan fresh milk atau susu kambing. Bak kata orang, shake-shake je uols. 

Sarapan pantas dengan ESP adalah pilihan sya setiap hari. Bancuh je ESP minum ketika perut kosong, alhamdulillah kenyang. Badan bertenaga, kulit semakin cerah dan lembut dan paling best masalah gastrik sya semakin berkurangan. 



Nak tahu kelebihan ESP yang lain boleh baca dientry sya sebelum ini disini. 

Moga perkongsian sya memberi manfaat buat semua. Untuk belian dan konsultasi ESP dan produk Shaklee yang lain boleh hubungi sya pengedar sah Shaklee (1078101).

Syafia | 012 5752865

Pengedar Shaklee Nilai, Pengedar Shaklee Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Thursday, April 13, 2017

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee




ESP Shaklee Sedap dan Berkhasiat

ESP Shaklee merupakan salah satu hot selling produk Shaklee. Ramai sungguh penggemar ESP. Stock pun cepat sangat habis. Produk bagus dan bermutu tinggi, banyak pulak khasiat semestinya mendapat sambutan tinggi. 

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Kacang soya tu pula bukan kacang soya biasa tetapi kacang soya yang digunakan adalah jenis organik, non-gmo (non genetically modified organism) yang diproses pada suhu yang rendah. 

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. 

Bagaimana ESP dihasilkan?

Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan tahan lama. 

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia bertujuan untuk memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan Isoflavones Genistein dan Daidzein untuk memelihara kebaikan soya. 


ESP Shaklee diperbuat daripada kacang soya non-gmo.

ESP terdiri daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

Apa itu Asid Amino?
  • Protin terdiri lebih daripada 20 jenis Asid Amino yang setiap satunya menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim yang diperlukan tubuh manusia.
  • Sesetengah asid amino dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai - asid amino tak perlu. 
  • Asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh dari sumber makanan dikenali sebagai - asid amino perlu. 

Siapa yang perlukan ESP?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu bayi
  • Pelajar
  • Remaja
  • Wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan.
  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit tinggi kolesterol

Orang yang ada kencing manis boleh minum ESP ke? 

Boleh. Kerana Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 sesuai untuk pengidap kencing manis. 

Apa itu Indeks Glisemik (G.I)?
  • G.I menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.
  • Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai G.I yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos kedalam sistem badan.
  • Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat penting dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang. 

Apakah fungsi ESP?
  • Awet muda-anti penuaan. 
  • Memperbaiki hormon wanita
  • Merendahkan paras kolesterol
  • Mencegah risiko osteoporosis
  • Mencegah sakit jantung
  • Baik untuk prostat
  • Mencegah kanser-mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  • Memelihara fungsi uterus dan ovari
  • Meremajakan kulit-elak kulit berkedut
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memudarkan parut/stretchmark
  • Membekalkan tenaga segera dan berpanjangan
  • Mengenyangkan-elak mudah lapar (terutama untuk berdiet dan ketika berpuasa)
  • Mencegah migrain, imsomnia 
  • Mengurangkan gastrik, pedih ulu hati
  • Mengurangkan rambut gugur dan beruban
  • Membaiki memori-menguatkan ingatan
  • Mencantikkan, mencerahkan dan mengebukan kulit
  • Milkbooster
  • Mengencangkan aset wanita
  • Menyuburkan rahim-ikhtiar hamil.

Apakah kepentingan Protin Untuk Tubuh badan?
  • Protin bahan utana dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
  • Merangsang fungsi psikologi
  • Kekurangan protin menyebabkan kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, rambut cepat beruban, pertumbuhan tembantut, masalah penghadaman, masalah darah dan hormon.
  • Kekurangan protin membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya membawa maut. 
Jadi, pastikan kita mendapat protin yang mencukupi untuk tubuh badan. 


Gastrik hilang, Parut pudar dengan ESP



1001 sebab kenapa mesti pilih ESP


Berminat dengan ESP? 

Hubungi saya : 

Syafia | 012. 5752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Wednesday, April 12, 2017

GDM/Diabetes ketika hamil ikhtiar dengan ESP Shaklee


GDM/ Diabetes ketika hamil.
***************************



Diabetes ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Milletus. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal paras gula didalam darah ketika mengandung. Kesannya, paras gula di dalam darah meningkat.

Kebiasaannya GDM terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Selepas bersalin, ada yang GDM hilang. Ada yang kekal. 

Bahaya ke GDM/Diabetes ketika hamil?

Risiko GDM ketika hamil :

- Kebarangkalian size anak besar (4kg)

- Dipaksa bersalin antara tempoh 38-40w secara normal atau pembedahan

- Risiko anak lambat bercakap

- Risiko anak bertubuh besar setelah dewasa

- Risiko anak juga menghidap diabetes

Wanita yang mempunyai GDM/Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 didalam 3 menghidapi Diabetes Type 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya.

Apakah maksud Diabetes Type 2?

Badan boleh menghasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Dilema yang sering terjadi kepada ibu hamil mesti rasa takut nak makan berlebihan terutamanya karbohidrat dan minuman/makanan manis.

Bagaimana cara untuk mengatasi diabetes ketika mengandung? 

Anda disarankan mengawal corak pemakanan yang seimbang dan mengawal berat badan.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengawal paras gula adalah Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee. ESP terdiri daripada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan vitamin dan mineral.


Protein soya non-gmo dalam ESP Shaklee diproses pada suhu yang rendah membantu menstabilkan tahap gula dalam darah kerana mempunyai indeks glisemik (gi) yang rendah iaitu 39.

Apa itu Indeks Glisemik (GI)?
Indeks glisemik (GI) ialah pengukur berapa cepat paras gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah selepas anda makan.

Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan membantu mengawal penyakit kencing manis sebab GI yang rendah memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos kedalam badan.

ESP Shaklee menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. Hypo terjadi apabila gula dalam darah kurang dari 3.3mmol.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat penting untuk proses menurunkan berat badan dan penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang. 



Kenapa ESP bagus untuk ibu hamil


ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes ketika hamil kerana:

  • Rendah karbohidrat iaitu hanya mengandungi sebanyak 5%-10% karbohidrat.
  • Rendah lemak.
  • Bebas kolestrol.
  • Tiada asid uric.
  • Mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Membekal tenaga segera.

Ada masalah GDM/Diabetes ketika hamil? Ikhtiar la dengan ESP. Mak dan anak sama-sama sihat dan mendapat kebaikan nutrisi bersama. 


Your trusted seller (1078101),

Syafia | 0125752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Tuesday, April 11, 2017

Pengalaman Pesakit Stroke Semakin Pulih Asbab Vivix.


Assalammualaikum.

Baru-baru ni sya dapat mesej dari seorang kawan baik sendiri. Kawan sya mesej nak belikan Vivix untuk pak mertua nya yang tiba-tiba kena minor stroke sehingga tak boleh bercakap. Nak bukak mulut pun tak boleh. Fikiran pun menjadi bercelaru.

Sebelum ni kawan sya pernah tengok sya share pasal Vivix membantu membaikpulih pesakit stroke di dalam facebook. Jadi, apabila pak mertua dia tiba-tiba terkena stroke, dia terus mesej sya untuk beli Vivix dengan cepat kerana ketika itu pak mertua beliau berada didalam wad kecemasan hospital.

Setelah berbincang dan sya beri penerangan mengenai fungsi dan kebaikan Vivix untuk pesakit stroke, kawan sya terus bersetuju untuk beli twin pack Vivix. Alhamdulillah. Secara automatik, kawan sya mendapat keahlian percuma ahli Shaklee kerana pembeliannya melebihi 150uv.

Seminggu selepas pak mertua beliau amalkan Vivix, sya mesej bertanyakan khabar dan perkembangan pak mertua beliau. Alhamdulillah. Kawan sya bagitahu yang pak mertua dia dah boleh buka mulut dan bagi tindak balas untuk bercakap.

Selang dua minggu selepas itu, sya bertanyakan khabar lagi perkembangan pak mertua beliau, apa yang mengharukan sya pak mertua beliau dah boleh bercakap sikit-sikit. Dah boleh tersenyum balik. Syukur alhamdulillah asbab Vivix memberi sinar baru kepada pak mertua beliau dan seluruh ahli keluarganya. 

Melihat perkembangan positif pak mertua beliau, kawan sya berminat nak belikan Vivix untuk bapa dia sendiri yang menghidap penyakit Diabetes kronik.

Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh

Vivix adalah pilihan terbaik membantu mengatasi stroke kerana ia bertindak melalui 4 mekanisme iaitu mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel, memperbaiki sel dan meningkatkan prestasi sel.

Vivix juga membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. 

Banyak lagi khasiat Vivix ni antaranya : 

  • membantu mengembalikan keremajaan.
  • untuk awet muda dan anti penuaan
  • menurunkan risiko penyakit jantung 
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan komplikasi kencing manis, darah tinggi, stroke
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf
  • memelihara buah pinggang, hati

Harga sebotol Vivix adalah Rm475. Tetapi dengan pembelian twinpack Vivix, harga Vivix jauh lebih murah dan lebih untung. Setiap pembelian twinpack Vivix anda akan dapat keahlian percuma, cash bonus bulan berikutnya Rm38, postage percuma, paper bag percuma dan semestinya penjimatan berganda untuk belian seterusnya dengan harga ahli.



Walaupun harganya agak mahal..tapi khasiat dan kesan Vivix setanding dengan harganya.

Jika dibandingkan dengan penyakit..sakit itu lagi mahal kalau nak dibandingkan dengan harga Vivix.

Kos perubatan yang perlu ditanggung setiap bulan lagi mahal, lagi tinggi jika nak dibandingkan dengan harga Vivix. 

Apabila kita ditimpa penyakit, kita sedaya upaya berikhtiar pelbagai cara untuk sembuh dan sihat seperti sediakala. Jangan putus asa. Sokongan keluarga amatlah penting sepanjang proses baikpulih sesuatu penyakit. 

Untuk pembelian Vivix dan produk Shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya : 

Whatsapp/sms : Syafia | 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan

Instagram : Vitaminshopby_Syafia


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, 


Jenis-Jenis Stroke dan Cara Alternatif Mengatasinya.



Strok berpunca daripada serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.

Sebaik sahaja strok menyerang, ia akan menyebabkan otak kita mengalami kehilangan fungsi disebabkan terhentinya aliran darah ke otak.

Jenis-jenis Stroke

1. Stroke Iskemik


Stroke iskemik terjadi apabila pembuluh darah yang memasuki darah ke otak tersumbat. Hal ini menyebabkan darah sukar mengalir dengan baik dan menyebabkan bekuan darah (trombus). Jenis stroke ini yang paling umum (hampir 90% stroke adalah iskemik).Stroke iskemik disebabkan oleh sumbatan arteri.

Dua jenis stroke Iskemik :
  • Stroke trombotik. Sumbatan disebabkan trombus yang berkembang di dalam arteri otak yang sangat sempit.
  • Stroke embolik. Sumbatan disebabkan trombus, gelembung udara atau pecahan lemak (emboli) yang terbentuk dibahagian tubuh lain seperti jantung, dada dan leher. 

2. Stroke hemoragik.


Stroke hemoragik disebabkan oleh pembuluh darah yang bocor atau pecah di dalam atau di sekitar otak sehingga menghentikan peredaran darah ke jaringan otak yang dituju. 

Dua jenis stroke hemoragik :

  • Pendarahan intraserebral. Pendarahan intraserebral adalah pendarahan di dalam otak yang disebabkan oleh trauma (cedera otak) atau kelainan pembuluh darah (aneurisma atau angioma). Stroke ini selalunya disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang kronik. Pendarahan intraserebral menyumbang sekitar 10% dari semua stroke, tetapi memiliki peratusan tertinggi penyebab kematian akibat stroke.
  • Pendarahan subarachnoid. Perdarahan subarachnoid adalah pendarahan dalam ruang subarachnoid, ruang di antara lapisan dalam dan lapisan tengah dari jaringan selaput otak (meninges). Penyebab paling umum kerana pecahnya pembuluh (aneurisma) dalam arteri. Stroke ini juga satu-satunya jenis stroke yang lebih sering terjadi pada wanita dibandingkan pada pria.

Jenis Stroke Ringan


Stroke ringan atau dikenali sebagai transient ischemic attack (TIA) terjadi ketika aliran oksigen ke bahagian tertentu dari otak terhalang sebentar, lalu kembali normal. Halangan tersebut biasanya disebabkan oleh penyempitan arteri otak karena gumpalan darah kecil yang terbawa masuk dari tempat lain dalam tubuh dan menyumbat arteri otak. 

Kebanyakan stroke ringan hanya berlangsung kurang dari sepuluh minit dengan gejala yang bersifat sementara. Jika berlanjutan dalam tempoh 24 jam atau lebih dikategorikan sebagai stroke biasa.

Gejala stroke ringan :
  • Masalah penglihatan di salah satu atau kedua mata
  • Pening kepala dan lemah
  • Sukar bercakap
  • Tidak dapat berjalan (ataxia).
  • Hilang ingatan secara tiba-tiba.
  • Terbatas pergerakan kaki dan tangan.
  •  Lemah atau lumpuh sebelah badan.

Bagaimana Stroke dapat dicegah?

Stroke dapat dicegah melalui penerapan pola hidup sehat. Risiko mengalami stroke akan berkurang jika anda : 
  • Makan makanan sehat 
  • Rajin bersukan 
  • Tidak merokok 
  • Tidak minum alkohol 
  • Kurang stress 
  • Paras kolesterol terkawal 
  • Tekanan darah tinggi terkawal 
  • Kadar gula dalam darah terkawal.

Amalkan minuman tinggi antioksida seperti Vivix sebagai minuman kesihatan anda.

Vivix merupakan minuman campuran botani unik yang terdiri daripada 4 bahan utama iaitu :

🍇Botani Polygonum Cuspidatum
🍇Anggur Muscadine
🍇Elderberi Eropah
🍇Lobak ungu yang kaya dengan polifenol.

  • Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Vivix membantu mencegah dan membaikpulih stroke dengan cara :
  • Mencairkan darah beku
  • Membuang kolesterol jahat.
  • Membaikpulih sel dan otot jantung.
  • Mencegah keradangan.
  • Meningkatkan kesihatan jantung.

Amalkan Vivix 1 sudu sehari untuk kesihatan yang menyeluruh. 

Testimoni Vivix : 

Vivix untuk stroke, darah beku dan sakit kepala. 
"Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha Vivix telah membantu abah saya kembali pulih. Suatu masa dahulu, abah ada darah beku dikepala, diserang stroke dan sakit kepala yang melampau sehingga menjerit kesakitan setiap kali penyakitnya datang. Selepas amalkan Vivix abah dah boleh tidur seperti biasa, bersembang dan bergurau kembali dengan kami sekeluarga."


Dapatkan Vivix segera untuk membantu orang yang tersayang dengan cara menghubungi saya di :

Whatsapp/sms : Syafia | 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_Syafia


Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, 


Sunday, April 9, 2017

Kaedah Rawatan Berkesan Membaikpulih Penyakit Stroke


Apakah penyakit Stroke?


Rawatan semulajadi untuk pesakit Stroke

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. 

Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap perkara yang kita lakukan atau fikirkan, disamping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. 

Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Tanda-tanda utama serangan stroke :

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.

• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.

• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.

• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan

• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah

• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan diri


Sebaik sahaja strok menyerang, ia akan menyebabkan otak kita mengalami kehilangan fungsi disebabkan terhentinya aliran darah ke otak.

Apabila aliran darah berhenti secara mendadak untuk beberapa saat, sel-sel otak yang tidak menerima nutrisi dan oksigen akan mati.

Oleh itu pentingnya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil supplemen yang boleh membantu mengaktifkan sel-sel otak dan yang dapat memberi tenaga kepada sel otak kita.

Vivix adalah pilihan terbaik untuk membantu mengatasi strok kerana ia bertindak melalui 4 mekanisme iaitu :
  • mempertahankan sel, 
  • memberi tenaga kepada sel, 
  • memperbaiki sel 
  • meningkatkan prestasi sel.


2 bulan koma kerana Stroke akhirnya semakin pulih asbab ikhtiar dengan Vivix. 


Seminggu lebih minum Vivix pesakit Stroke dah boleh bergerak.

Dapatkan Vivix segera untuk membantu orang yang tersayang dengan cara menghubungi saya di :

Whatsapp/sms : Syafia | 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_Syafia


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f8b98fff0e06af830aebadf79232fe74

Pengedar Shaklee kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tg Malim Perak.

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.


Setiap penyakit ada penawarnya. Tidak salah kita berusaha ikhtiar untuk sihat dan sembuh daripada segala penyakit agar dapat menempuh hidup dengan penuh kesyukuran.

Disclaimer : KKM tidak pernah endorse dan approve Vivix untuk digunakan dimana-mana hospital atau klinik. Vivix adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat.


Saturday, April 8, 2017

Resepi Puding Karamel Sedap dan Mudah Disediakan.



Resepi Puding Karamel Sedap dan Mudah Disediakan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sya peminat puding karamel. Tak perlu tunggu bulan puasa.  Bila rasa terigin nak makan je terus buat. Lagipun bahan-bahan untuk buat puding karamel ni tak banyak. Cara penyediaan pun mudah disediakan.

Selalunya kalau beli dekat luar harganya agak mahal. Sepotong dah Rm 2 hingga Rm 3 ringgit. Tak puas makan. Jadi, buat sendiri baru boleh makan puas-puas.

Resepi puding karamel ni sya belajar dari seorang kawan semasa belajar di USM Penang.

Resepi puding karamel versi kurang manis pilihan sya. Ok, jom tengok resepi. Seperti biasa resepi sya semuanya simple dan mudah disediakan.

Resepi Puding Karamel 

Bahan-bahan Gula Karamel.

  • Setengah cawan gula putih
  • Setengah cawan air

Bahan-bahan Puding Karamel

  • 5 biji telur gred A
  • Setengah cawan gula putih
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara buat puding karamel :


  • Untuk lapisan gula karamel

1. Cairkan setengah cawan gula diatas kuali sehingga bertukar warna keperang-perangan. Api mesti kecil ye. Kalau api besar, gula cepat hangus dan pahit. Kemudian, masukkan air sikit demi sikit. Kacau cepat-cepat supaya gula tidak berketul.

2. Masukkan gula karamel tadi kedalam loyang. Sejukkan sebentar.

Sementara nak sediakan bahan untuk puding, didihkan air didalam pengukus.

  • Untuk puding karamel

  1. Satukan telur, gula, susu cair, air, esen vanilla dan tepung kastard kedalam blander.
  2. Blander kesemua bahan tadi sekejap sahaja sehingga semuanya sebati.
  3. Tapis adunan tersebut kemudian, masukkan kedalam loyang yang sama dibuat gula karamel tadi. Tujuan tapis supaya tekstur puding karamel tadi menjadi licin.
  4. Kukus puding karamel selama 30 hingga 45 minit.
  5. Tunggu puding sejuk sikit barulah dipindahkan kedalam pinggan dan sejukkan kedalam peti ais. 

Tips : 
Sya masukkan 1 sudu kecil esen vanilla untuk mengelak puding tadi berbau hanyir telur. Puding karamel akan berbau wangi dan lagi sedap apabila ditambah esen vanilla. 

- Sya masukkan 1 sudu tepung kastard supaya tekstur puding pejal dan tak lembik. 

- Nak tahu puding dah masak ke belum, cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat di sudu atau garfu tandanya dah masak sempurna. 

Sya suka makan puding karamel ketika sejuk. Rasanya lagi sedap. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Friday, April 7, 2017

Kita tahu tapi kita tak peduli.



KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI


  • Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

  • Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

  •  Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan..yapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

  • Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

  • Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga..tapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

  • Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur..tapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

  • Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali..tapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

  •  Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

  • Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam di tengah segala kesibukan dan jihad mereka.Tapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

  • Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

  • Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya didunia.

  • Moga hidup dan mati kita sentiasa didalam keadaan iman dan mendapat keredhaan Allah. 

Thursday, April 6, 2017

Pengalaman Makan Alfalfa Complex Shaklee.



Assalammualaikum..

Entry semalam sya dah bercerita lebih lanjut mengenai Alfalfa Complex Shaklee.

Entry harini sya nak bercerita tentang pengalaman sya makan Alfalfa Shaklee.

Pertama kali sya makan Alfalfa ketika waktu berpantang. Masa tu baru lepas bersalinkan Zahra. Masih di wad lagi. Anak pertama kan..kurang pengalaman bab penyusuan ibu.

Apabila anak nak menyusu tapi air susu takde. Tak keluar walau dah pam. Walau dah bagi anak hisap susu terus ke badan..walau dah banyak minum air suam..anak pula dah meragam sebab lapar..mula la sya risau, gelabah.

Sya susukan juga Zahra walaupun air susu tak keluar. Sedihnya hanya tuhan yang tahu. Apabila nurse datang periksa keadaan sya dan anak..sya bagitahu nurse yang sya takde air susu. Anak dah lapar. Sambil berair mata tahan sedih dan risau jadi apa-apa dekat anak sebab tak menyusu.

Nurse ajarkan sya posisi penyusuan yang betul. Nurse suruh tarik-tarik puting dan urut payudara untuk merangsang penghasilan air susu keluar. Kemudian, nurse bagi ubat berbentuk pil untuk perbanyakkan air susu. Keluar sikit air susu.

Selepas balik kerumah..sebelum tidur malam sya makan 5 biji Alfalfa dan bancuh ESP suam-suam untuk perbanyakkan air susu. Hasilnya, dengan izin Allah esok paginya air susu mula penuh dipayudara. Seronoknya tak terkata. Air susu meriah dan pekat.

Disebabkan pada awalnya Zahra taknak menyusu terus dengan sya, terpaksa la sya pump air susu dan bagi Zahra menyusu guna botol. Sya juga buat stock susu simpan di peti ais.

Baju basah lencun sebab air susu banyak dan pekat. Memang kena rajin menyusukan anak dan pump.

Selain itu, Alfalfa juga bertindak sebagai :
  • Jamu moden ala-ala kacip fatimah tapi lebih bagus daripada itu.
  • Selepas bersalin badan letih sebab banyak tenaga yang kita gunakan semasa proses bersalin. Makan Alfalfa alhamdulillah, badan cergas dan segar.
  • Luka jahitan cepat kering. 
  • Darah nifas keluar dengan lancarnya. 
  • Angin-angin dalam badan keluar. Badan terasa ringan. 
  • Membuang pun lancar. Tak sembelit. 
  • Merawat masalah keputihan.
  • Otot-otot rahim mengecut dengan cepat. 
  • Miss V terasa ketat. 
  • Muka berseri sebab dalaman sihat. 
  • Mencantikkan kulit.

Untuk mengelakkan masalah bengkak susu..sya makan Lecithin Shaklee. Lecithin berkesan mengurangkan bengkak susu. Lecithin juga tidak menganggu penyusuan ibu malah membantu penghasilan susu ibu dengan lebih baik.

Lagi Testimoni Alfalfa


Masalah keputihan selesai selepas amalkan Alfalfa dan Garlic Shaklee.


ESP dan Alfalfa punca stok susu penuh freezer 



"Selepas berpantang berat badan turun 20kg, perut kempis, susu meriah, miss V suami puji macam anak dara dan badan pun ringan je"



"Bukan setakat air susu meriah tetapi keputihan pun hilang. Saya makan Lecithin sepanjang menyusukan anak belum pernah kena bengkak susu lagi. Selain itu melawaskan, kulit moist dan bentuk badan maintain macam anak dara."



Bentuk badan maintain macam sebelum beranak, perut kempis. Suami pun amalkan Lecithin, perut dia pun kempis macam sebelum kahwin."

Kalau korang tercari-cari set penyusuan yang selamat dan berkesan sya sarankan ESP dan Alfalfa Shaklee. Jangan risau sebab tidak akan menyebabkan anak korang cirit-birit.

Apa yang penting produk Shaklee halal, selamat, berkesan dan semulajadi. 

Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi sya di 012 5752865. 



Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...