Saturday, April 8, 2017

Resepi Puding Karamel Sedap dan Mudah Disediakan.



Resepi Puding Karamel Sedap dan Mudah Disediakan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sya peminat puding karamel. Tak perlu tunggu bulan puasa.  Bila rasa terigin nak makan je terus buat. Lagipun bahan-bahan untuk buat puding karamel ni tak banyak. Cara penyediaan pun mudah disediakan.

Selalunya kalau beli dekat luar harganya agak mahal. Sepotong dah Rm 2 hingga Rm 3 ringgit. Tak puas makan. Jadi, buat sendiri baru boleh makan puas-puas.

Resepi puding karamel ni sya belajar dari seorang kawan semasa belajar di USM Penang.

Resepi puding karamel versi kurang manis pilihan sya. Ok, jom tengok resepi. Seperti biasa resepi sya semuanya simple dan mudah disediakan.

Resepi Puding Karamel 

Bahan-bahan Gula Karamel.

  • Setengah cawan gula putih
  • Setengah cawan air

Bahan-bahan Puding Karamel

  • 5 biji telur gred A
  • Setengah cawan gula putih
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara buat puding karamel :


  • Untuk lapisan gula karamel

1. Cairkan setengah cawan gula diatas kuali sehingga bertukar warna keperang-perangan. Api mesti kecil ye. Kalau api besar, gula cepat hangus dan pahit. Kemudian, masukkan air sikit demi sikit. Kacau cepat-cepat supaya gula tidak berketul.

2. Masukkan gula karamel tadi kedalam loyang. Sejukkan sebentar.

Sementara nak sediakan bahan untuk puding, didihkan air didalam pengukus.

  • Untuk puding karamel

  1. Satukan telur, gula, susu cair, air, esen vanilla dan tepung kastard kedalam blander.
  2. Blander kesemua bahan tadi sekejap sahaja sehingga semuanya sebati.
  3. Tapis adunan tersebut kemudian, masukkan kedalam loyang yang sama dibuat gula karamel tadi. Tujuan tapis supaya tekstur puding karamel tadi menjadi licin.
  4. Kukus puding karamel selama 30 hingga 45 minit.
  5. Tunggu puding sejuk sikit barulah dipindahkan kedalam pinggan dan sejukkan kedalam peti ais. 

Tips : 
Sya masukkan 1 sudu kecil esen vanilla untuk mengelak puding tadi berbau hanyir telur. Puding karamel akan berbau wangi dan lagi sedap apabila ditambah esen vanilla. 

- Sya masukkan 1 sudu tepung kastard supaya tekstur puding pejal dan tak lembik. 

- Nak tahu puding dah masak ke belum, cucuk dengan lidi atau garfu. Kalau tak melekat di sudu atau garfu tandanya dah masak sempurna. 

Sya suka makan puding karamel ketika sejuk. Rasanya lagi sedap. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...