Wednesday, April 12, 2017

GDM/Diabetes ketika hamil ikhtiar dengan ESP Shaklee


GDM/ Diabetes ketika hamil.
***************************



Diabetes ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Milletus. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal paras gula didalam darah ketika mengandung. Kesannya, paras gula di dalam darah meningkat.

Kebiasaannya GDM terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Selepas bersalin, ada yang GDM hilang. Ada yang kekal. 

Bahaya ke GDM/Diabetes ketika hamil?

Risiko GDM ketika hamil :

- Kebarangkalian size anak besar (4kg)

- Dipaksa bersalin antara tempoh 38-40w secara normal atau pembedahan

- Risiko anak lambat bercakap

- Risiko anak bertubuh besar setelah dewasa

- Risiko anak juga menghidap diabetes

Wanita yang mempunyai GDM/Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 didalam 3 menghidapi Diabetes Type 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya.

Apakah maksud Diabetes Type 2?

Badan boleh menghasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Dilema yang sering terjadi kepada ibu hamil mesti rasa takut nak makan berlebihan terutamanya karbohidrat dan minuman/makanan manis.

Bagaimana cara untuk mengatasi diabetes ketika mengandung? 

Anda disarankan mengawal corak pemakanan yang seimbang dan mengawal berat badan.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengawal paras gula adalah Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee. ESP terdiri daripada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan vitamin dan mineral.


Protein soya non-gmo dalam ESP Shaklee diproses pada suhu yang rendah membantu menstabilkan tahap gula dalam darah kerana mempunyai indeks glisemik (gi) yang rendah iaitu 39.

Apa itu Indeks Glisemik (GI)?
Indeks glisemik (GI) ialah pengukur berapa cepat paras gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah selepas anda makan.

Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan membantu mengawal penyakit kencing manis sebab GI yang rendah memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos kedalam badan.

ESP Shaklee menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. Hypo terjadi apabila gula dalam darah kurang dari 3.3mmol.

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat penting untuk proses menurunkan berat badan dan penjagaan kesihatan untuk jangka masa panjang. 



Kenapa ESP bagus untuk ibu hamil


ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes ketika hamil kerana:

  • Rendah karbohidrat iaitu hanya mengandungi sebanyak 5%-10% karbohidrat.
  • Rendah lemak.
  • Bebas kolestrol.
  • Tiada asid uric.
  • Mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Membekal tenaga segera.

Ada masalah GDM/Diabetes ketika hamil? Ikhtiar la dengan ESP. Mak dan anak sama-sama sihat dan mendapat kebaikan nutrisi bersama. 


Your trusted seller (1078101),

Syafia | 0125752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...