Saturday, February 18, 2017

Resepi cucur jagung ikan bilis



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu.

Hujung minggu macam ni, kalau tak keluar berjalan-jalan, duduk rumah pun seronok.

Mula la pikir nak masak apa, nak makan apa.

Hari tu ada beli jagung manis. Sedap, lemak-lemak manis. Isi pun kuning elok je.

Beli beberapa tongkol, setengah tu rebus. Lagi setongkol sya buat cucur jagung ikan bilis.

Sya kalau masak tak reti sukat-sukat. Campak-campak je secukup rasa.

Moh ler tengok resepi yang simple ni.

Bahan-bahan :

- Tepung gandum

- Setongkol jagung

- Segenggam ikan bilis

- Sebiji bawang merah

- Garam secukup rasa

- Air untuk membancuh adunan.


Bahan-bahan untuk cucur jagung.

Cucur jagung ni tambah cili kering yang ditumbuk pun sedap. Terasa pedas-pedas sikit. Tapi, sya ada anak kecik..itu yang tak letak tu. Pedas pulak dia makan nanti.

Oh ye, tambah sikit daun sup lagi wangi baunya. Sya tak letak sebab dah habis dalam peti ais hehe..

Cara-cara :

1. Hiris bawang merah halus-halus

2. Tumbuk kasar ikan bilis

3. Parut jagung

4. Campur semua bahan tersebut dalam tepung gandum.


5. Gaul adunan dengan air sampai sebati. Seeloknya tak cair dan tak pekat sangat.

6. Perasakan dengan garam. Jangan letak banyak sangat sebab ikan bilis tu pun dah ada rasa masin.


Bancuhan cucur jagung 

7. Goreng adunan tersebut dengan api yang perlahan untuk elak cucur cepat garing diluar, tetapi mentah lagi didalam.


Tips : Apabila menggoreng dengan minyak yang banyak tetapi api yang perlahan cucur jagung akan jadi lebih sedap dan rangup diluar,tetapi lembut didalam.


Cucur jagung ikan bilis. 

Siap sudah cucur jagung sya. Habis licin kami 3 beranak makan panas-panas tau. Hihihi..

So, kalau korang takda idea nak makan kudap-kudap apa untuk sarapan pagi atau minum petang..boleh la cuba resepi yang senang ni.

Makanan yang simple pun tapi kalau masak dengan air tangan sendiri, makan pulak bersama keluarga tercinta akan menjadi sangat sedap. Nikmat yang tak terkata.

3 comments:

  1. Wow! Baru tau tips memasak cucur bagi rangup di luar dan lembut di dalam. Thank you sis!

    ReplyDelete
  2. Buat makan petang ni memang best ni. Kena pula dengan kopi o panas. Pergh..

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar pun sedap. Terliur pula malam-malam ni.

    ReplyDelete

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES.

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES. Tau tak kenapa ESP bagus untuk orang yang kandungan gula dia tinggi? Sel badan pesa...