Friday, February 17, 2017

Tarikh luput suplemen dan cara penyimpanan suplemen yang betul



Baru-baru ni sya belajar tentang tarikh luput suplemen dan cara penyimpanan suplemen yang betul oleh leader Shaklee.



Suplemen dah expired boleh makan lagi ke tak? Bagaimana cara simpan suplemen yang betul?

Kebiasaannya, bila sampai tarikh luput produk terutamanya makanan kita mesti terus buang. Tetapi berbeza dengan produk Shaklee terutamanya suplemen.

Fakta yang perlu anda ketahui, produk Shaklee dihasilkan 100% daripada sumber semulajadi. 

Vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi dan bukan vitamin sintetik.

Kesemua produk Shaklee tiada bahan perasa, pemanis atau pewarna tiruan. Tiada bahan kimia dan mesra alam.



Sebenarnya setengah suplemen tidak wajib letak tarikh luput. Terpulang kepada pengeluar nak letak atau tidak. Tetapi, di negara kita prosedurnya perlu ada tarikh luput.

Perbezaan best before (elok sebelum) dan use before (guna sebelum)

Use before (guna sebelum)

- Produk tersebut selepas tarikh luput mestilah dibuang dan tidak boleh dimakan.

Best before (elok sebelum)

- Produk tersebut selamat dimakan selepas tarikh luput selagi tidak berubah warna, bentuk dan bau.

Suplemen yang sudah sampai tarikh luput bukan bermakna tidak boleh makan, boleh makan lagi cuma keberkesanannya lambat sikit dan menurun.

Dalam suplemen, tarikh luput bermaksud potensi atau keberkesanan sesuatu suplemen itu dah mula menurun.

Contoh, kalau makan Vitamin C untuk kurangkan jerawat dimuka, kesan boleh nampak dalam masa seminggu, tetapi bila dah expired kesannya boleh nampak dalam masa 2 minggu.

Jelas tak?

Akan tetapi, kalau tidak simpan suplemen tu elok-elok pun boleh menyumbang kepada penurunan keberkesanan suplemen tersebut.

Cara simpan suplemen yang betul.

1. Baca label pada botol suplemen bagaimana cara penyimpanannya kerana setiap suplemen mempunyai cara penyimpanan yang berbeza-beza.

2. Cara penyimpanan suplemen memainkan peranan yang penting untuk tempoh jangka hayat produk.

3. Elakkan simpan suplemen ditempat yang panas seperti didapur dan lembap seperti dibilik air kerana suplemen cepat rosak.

4. Seeloknya simpan suplemen ditempat kering dan sejuk atau suhu bilik.

5. Elak simpan suplemen berbentuk gel didalam peti sejuk. Tetapi, jika suplemen tersebut berbentuk serbuk seperti Meal Shake, Performance Drink dan ESP boleh simpan didalam peti sejuk untuk mengekalkan kualitinya.

Jika suplemen tersebut telah berubah warna, rasa dan bau..barulah suplemen tersebut tidak boleh dimakan lagi. Harus dibuang segera.

Untuk elakkan pembaziran, makan suplemen secara konsisten dan makan ikut jadual yang disarankan.

Ibu hamil tidak digalakkan makan suplemen yang tamat tempoh kerana ibu hamil memerlukan keperluan vitamin yang lebih tinggi dan banyak berbanding orang biasa.


Perlu diingatkan juga bahawa suplemen bukan ubat. Suplemen adalah makanan tambahan untuk membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.


Berbeza dengan ubat, kita mesti tengok tarikh luput bila. Ubat bila dah sampai tarikh luput, mesti dibuang. Tak boleh makan lagi dah. Kalau makan ada kesan buruk.


Semoga perkongsian saya ini meleraikan tanda tanya anda selama ini dan memberi manfaat kepada semua.

Gunakan Suplemen Shaklee tanpa was-was kerana Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi Syafia :

Whatsapp : 012 5752865

Facebook : Syafia Mazlan

Instagram : Syafia Syazuan















No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...