Monday, June 26, 2017

Selamat hari raya-2017 (Part 2)


Assalammualaikum

Masih lagi berkisar tentang raya haha..ehh raya kan sebulan. Hari ni baru raya kedua. Suasana raya pun masih meriah lagi.

Hari ni turn balik kampung sya pulak di Bota Perak. Di Bota ni kampung tempat mak sya dilahirkan. Opah pun masih ada lagi alhamdulillah..cuma ini tahun ketiga arwah tok meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Malam ni insyaAllah kami buatkan kenduri tahlil untuk arwah tok.

Sedih dan sebak bila terkenangkan arwah tok sebab menu wajib dia setiap kali raya adalah kuah lontong dan nasi impit. Kemain suka dia makan. Sya la cucu dia yang dia selalu mintak isikan lontong dan nasi impit dia nak makan..moga arwah tok ditempatkan dikalangan orang beriman.

Ehh..lupa tanya..apa menu raya korang?

Hari ni baru sempat sya nak kongsikan menu raya pertama dirumah mak mertua. Menu kami biasa-biasa je. Alhamdulillah. Habis semuanya tak membazir.

Sya dan mak mertua masak bihun sup utara, rendang ayam dan daging masak padang. Selebihnya seperti lemang, ketupat, kek dan biskut beli je. Tempah awal sebelum raya.


Bihun Sup Utara


 Kek Carrot Cheese


Ketupat, lemang, rendang ayam dan daging masak padang


 Biskut raya

Juadah raya ni memang sedap dimakan. Tapi kena beringat sama. Makan berpada-pada. Jangan sampai memudaratkan diri. Bulan puasa berat turun, bulan raya kemain lagi berat naik berkilo-kilo.

Sya dah sediakan awal-awal suplemen Lecithin dan Omega untuk memecah dan membakar segala lemak dan kolesterol dari makanan yang dimakan. Tak lupa juga Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Untuk kulit flawless dihari raya Vitamin C dan B-Complex tak dilupakan. 

Salam lebaran kedua uols,
Syafia. 





5 comments:

  1. Tak pernah lagi makan rendang masak padang.. hehe

    ReplyDelete
  2. Adoiii lapar terus nampak makanan ni semua

    ReplyDelete
  3. Sioknya blk kg halaman sendiri dan dpt makan makanan kegemaran

    ReplyDelete

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES.

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES. Tau tak kenapa ESP bagus untuk orang yang kandungan gula dia tinggi? Sel badan pesa...