Thursday, June 15, 2017

Kisah shopping online



Assalammualaikum

Pejam celik sekarang kita berada disepuluh malam terakhir bulan ramadan 2017. Masyaallah..cepatnya masa berlalu. Terasa sedih pulak. Moga Allah panjangkan usia sya sekeluarga untuk bertemu lagi ramadan pada tahun seterusnya.

Bila nak habis ramadan ni, maknanya bulan syawal dah nak dekat. Dalam sedih nak tinggalkan ramadan ada terselit perasaan teruja dan seronok nak sambut hari raya. Hari kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Persiapan raya korang dah siap ke? Sya masih belum selesai lagi. Baju raya sya dah siap tempah. Baju raya anak dan suami takde lagi. Esok lah kita cari.

Harini sya nak kongsi, selain memasak sya juga suka shopping online hihi. Sebenarnya dah lama tak beli barang online ni. Asyik beli barang online Shaklee je..itu sya suka tau. Hari-hari shopping online barang Shaklee pun takpe.

Seminggu dua ni, sya mencari tudung untuk dipakai dihari raya. Sya pun cuci mata la difacebook dan instagram. Ramai peniaga dan butik-butik yang jual tudung dan baju untuk koleksi raya. Cantik-cantik belaka. Rambang mata dibuatnya.

Pelbagai fesyen. Kalau tak kuat iman, rasa nak beli semua. Tapi sya tetap lawan godaan demi godaan itu haha. Selepas puas survey akhirnya sya beli tudung jenis bawal shawl. Sekarang ni kan trend bawal shawl. Jenis instant. Senang pakai dan senang iron.

Tips nak membeli tudung mestilah tudung tu yang kita suka pakai dan sesuai dengan bentuk muka. Sya memang suka gaya yang ringkas. Sya tak suka melebih-lebih. Selain itu, pilih kain jenis tak terlalu lembut dan tak terlalu keras supaya tudung yang kita pakai tu senang bentuk dan digayakan.

Selain menjimatkan masa dan tak perlu susah payah keluar membeli belah diluar, namun membeli belah secara online ada risikonya. Sesetengah peniaga bersikap tak jujur. Kita bayar duit, tetapi barang tak dapat atau barang sampai tetapi indah khabar dari rupa.

Maka, jadilah pembeli yang bijak dengan selidik dulu latar belakang butik atau peniaga online tersebut untuk mengelak timbulnya pelbagai masalah dikemudian hari.

Nak beli barang Shaklee hubungi sya tau, jangan risau sya pengedar Shaklee yang jujur dan amanah.


7 comments:

  1. Sya beli tudung jenama ape? Hehe.

    Asy pun tudung tak settle lagi.

    ReplyDelete
  2. Memang mau pengsan tgk pelbagai jenis tudung yang lalu2 di newsfeed facebook. Geram rasa mau beli semua. Haha... tapi betul la. Kak Aya pun beli kat kedai sbb risau tidak match baju 😂

    ReplyDelete
  3. Nak beli oneline kena bijak memilih..
    Kena pandai..silao haribln kna tipu..
    Tetapi dengan shaklee adalh the best untuk soping.cept mudah..

    ReplyDelete
  4. Tudung memang benda yang sangat penting kan dalam hidup pompuan. Bila cap tudung tak jadi seharian moody. Ehehhee...

    Masalah beli online ni..kita tak boleh nak sentuh kain. So kalau tersalah pilih, redhaaa je la.. 😅

    ReplyDelete
  5. Eehhhh sama pulak kita ye.. Sy juga pembeli tegar online ni.. Senang, just duk kat umah then clik² je... Tapi risiko ditipu tu besaaarr sangat.. Sebab tu kita kena bijak bila membeli online ni 😊😊

    ReplyDelete
  6. last minute kdg2 seram ni.banyak godaan pun ada hahaha

    ReplyDelete
  7. last minute kdg2 seram ni.banyak godaan pun ada hahaha

    ReplyDelete

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...