Thursday, June 22, 2017

Resepi Udang Goreng Butter Creamy


Assalammualaikum..

Ketuk-ketuk ramadhan..alhamdulillah. amboi kemain lagi. Bertemu lagi didapur kecil sya untuk segmen resepi yang mudah tapi sedap haha. Gituu.

Sya suka makan udang atau ayam goreng butter tapi tak pernah buat sendiri. Hari ni terigin pulak nak masak sendiri. Buat banyak dapat makan sepuas hati. Malas cakap lelebih. Puasa ni perut lapar.  Jom lah tengok resepi.


Resepi Udang Goreng Butter Yang Sedap dan Mudah Disediakan.

Bahan-bahan untuk udang goreng butter.

12 ekor udang segar
Tepung goreng kfc atau tepung serbaguna.
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
4-5 biji cili padi (ikut pedas)
4-5 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
2-3 sudu buttercup
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
Secubit gula
Air

Cara-cara membuat udang goreng butter.

1. Goreng seketika udang yang telah disalut dengan tepung goreng kfc. Jangan goreng terlalu lama nanti udang keras.
2. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah diricik halus dengan butter sehingga kekuningan. 
3. Kemudian masukkan daun kari dan bawang holland. Tumis seketika sehingga naik bau. 
4. Masukkan susu cair dan sedikit air. Masak sehingga kuah mendidih. 
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. 
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. 
7. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk bagi kuah pekat. 
8. Gaul seketika sehingga kuah mendidih. 

Siap! Sedia dimakan bersama nasi panas bersama keluarga tercinta. 

Untuk pastikan masakan ini tak muak dimakan, jangan ubuh gula terlalu banyak. Cukup sekadar hujung sudu kecil je. Udang kan dah ada rasa manis semulajadi. Lebihkan sikit cili padi dan daun kari untuk dapatkan rasa yang secukup rasa. 

Selamat mencuba ye. 

Saya suka memasak,
Syafia .

6 comments:

  1. Wahhh tq share resepi
    Suami sy suka makan ni

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok orang post pasal udang butter tapi tak pernah lagi makan, terima kasih share resepi, boleh cuba..

    ReplyDelete
  3. Wow sedapnya..terima kasih share resepi..

    ReplyDelete
  4. Thanks resepinya.. Nampak sedap😊😊

    ReplyDelete
  5. cegumanes suka makan udang tau. tapi ini pertama kali tahu udang masak creamy. tq tau resepi ni. boleh cuba.

    ReplyDelete

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES.

KELEBIHAN ESP SHAKLEE UNTUK PESAKIT DIABETES. Tau tak kenapa ESP bagus untuk orang yang kandungan gula dia tinggi? Sel badan pesa...