Friday, December 9, 2016

Kelebihan bisnes online

Kenapa kita perlu mula berjinak-jinak menjalankan bisnes secara online bermula dari sekarang?

Perniagaan online merupakan satu usaha memasarkan produk menggunakan internet dan menjalankan perniagaan tersebut secara alam maya. Walaupun produk yang dibeli tidak dapat dirasa atau disentuh, ia merupakan satu peluang terbaik untuk usahawan yang ingin memulakan atau memasarkan produk mereka ke peringkat global.

Kelebihan Menjalankan Perniagaan Secara Online.

📗Masa lebih fleksible
-Bisnes online bukan seperti bekerja dipejabat. Bisnes online tiada tempoh masa yang ditetapkan. Bisnes boleh berjalan 24 jam mengikut masa kita sendiri. Walaupun kita sedang bercuti di mana-mana, asalkan ada kemudahan internet bisnes berjalan seperti biasa.

📗 Memudahkan pelanggan membeli
-Zaman teknologi serba canggih ni,  perniagaan produk secara online dijual secara meluas. Semakin hari semakin meningkat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan kerana perniagaan ini memudahkan pelanggan yang tiada masa untuk keluar bershopping untuk membeli secara online

📗 Tidak perlu sewa pejabat atau kedai
-Dengan perniagaan online, sebenarnya kita sudah memiliki pejabat dan kedai maya sendiri.  Semua tempat di mana kita berada adalah pejabat dan kedai sendiri. Kita hanya memerlukan kelengkapan seperti laptop, handphone dan talian internet untuk berniaga.

📗 Potensi bisnes online sangat besar
-Bisnes online mempunyai pasaran lebih luas. Bukan saja dalam negara malah boleh berkembang sehingga ke luar negara. Bila pelanggan mencari produk kita, yang duduk jauh takda masalah nak membeli. Hanya klik di internet, barang yang diingini dah sampaibke rumah. Tak perlu susah-susah nak datang jauh-jauh.

📗Potensi lebih cerah
-Setiap perniagaan mempunyai risiko untung dan rugi kerana pelanggan datang dan pergi. Tetapi, bisnes online mempunyai kurang risiko untuk rugi. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, banyak kedai dan perniagaan yang gulung tikar..tetapi bisnes online kurang risiko menanggung kerugian dalam jumlah yang besar.

Apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, ianya merupakan penyelesaian kepada masalah dan keperluan. Jadikan perniagaan sebagai platform untuk kita membantu lebih ramai orang dan bukan sahaja platform untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Berniaga secara halal dan jujur adalah perkara yang mulia. Rezeki yang kita peroleh pun berkat.

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeeffect
#pengedarshakleenilaislimrivertgmalim

No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...