Wednesday, December 14, 2016

Kepentingan berjimat cermat.



Berjimat cermat. Berusaha bersungguh-sungguh dan merancang masa depan dengan baik.

Zaman sekarang, serba serbi mahal.

Bak kata orang, nak masuk jamban pon kena bayar.

Keadaan ekonomi yang meleset, taraf hidup yang meningkat, kos sara diri meningkat, harga minyak dan harga barang-barang keperluan semua naik memang membebankan rakyat.

Apa yang perlu kita buat?

1. Berjimat cermat, jangan boros, jangan membazir dan rancang masa depan sebaik-baiknya jawapannya.

                    

2. Beli ikut kemampuan dan keperluan saja. -Walaupun susah nak elak sebab itu semua keperluan yang kita perlukan. Tapi cuba limitkan perbelanjaan dan rancang kewangan dengan betul. Jangan membazir beli barang-barang yang hanya mengikut nafsu tapi pakainya tidak.

3. Masak sendiri dirumah.
-Bawak bekal ke tempat kerja dan siapkan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Jimat dan semestinya makanan tu lebih sihat dan berkhasiat kerana kita yang sediakan sendiri. Secara tak langsung melalui air tangan kita sendiri mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama keluarga.

4. Amalan berjimat cermat dapat menambahkan wang simpanan.
-Amalan ini mendidik kita supaya menyimpan wang dari sekarang untuk kegunaan pada masa hadapan. Tak kisah sikit ke banyak jumlahnya kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kita kena rancang masa depan daripada sekarang. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi dimasa depan.

Wang simpanan yang kita kumpul lama-kelamaan akan menjadi banyak. Hasil dari simpanan tersebut dapat digunakan terutamanya pada waktu kecemasan seperti jatuh sakit, ditimpa kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Wang simpanan itu banyak kegunaannya dikemudian hari. Dengan wang simpanan tu nanti boleh tampung pembiayaan pendidikan anak ke Universiti. Boleh digunakan untuk pergi haji dan umrah. Boleh digunakan untuk membeli atau membesarkan rumah idaman. Nak pergi melancong pon boleh.

Jika bergaji besar, rancanglah dan gunakan wang yang ada sebaik mungkin. Jika bergaji kecil, kita boleh cari alternatif lain untuk menambah pendapatan seperti buat kerja part time, buat bisnes online atau bisnes kecil-kecilan. Yang penting kerja halal dan berkat untuk menyara keluarga.

Bukankah berjimat cermat itu amalan mulia. Maka, “Sediakan payung sebelum hujan” sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlakunya sesuatu musibah kerana panas tidak sampai ke petang.


No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...