Saturday, March 4, 2017

Resepi rendang udang



Baru-baru ni suami sya pergi memancing udang harimau dengan kawan-kawan office dia. Hobi dia memang suka memancing. Ditambah pulak kawan 1 office dia pun kaki pancing..hurmm memang kerjanye pergi memancing je lah.

Kalau tak pergi memancing ikan, dorang memancing udang pulak. Selalunya ikan jenahak, talapia atau kerapu yang suami sya selalu dapat. Kalau udang, udang harimau yang dia selalu dapat.

Bila dapat udang, terigin pulak nak buat rendang. Apa lagi kedapur lah kita ye siapkan bahan-bahan untuk rendang udang.


                      

Rendang udang 


Bahan-bahan : ( Untuk 2-3 orang makan)

- Udang harimau
- Santan
- Bawang merah
- Seinci halia
- Seinci kunyit hidup
- 2 batang serai
- Cili kering
- Asam keping
- Daun kunyit
- Daun limau purut



Bahan-bahan untuk rendang



Udang harimau


Cara-cara memasak :

1. Blend cili kering

2. Blend bawang merah, halia, kunyit hidup dan sebatang serai.

3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.

4. Tuangkan bahan yang telah diblend tadi kedalam kuali. Cili kering yang telah diblend tadi ikut tahap kepedasan yang anda suka.

5. Tumiskan sekali dengan sebatang serai yang telah dititik. Tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan santan.

7. Masukkan udang.

8. Masukkan sekeping asam keping.

9. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan daun limau purut.

10. Perasakan dengan garam dan gula.

Masak sehingga pekat dan kuah menjadi kering sikit. Siap!

Sya suka buat rendang berkuah sikit sebab suka makan gaul-gaul dengan nasi panas.

Tips : Tujuan rendang ditumis dengan sedikit minyak adalah untuk mengelak rendang daripada cepat basi. 

Senang dan ringkas je kan resepi ni. Makan bersama keluarga, makin berselera sampai tak sedar tambah nasi lagi. Hihi

Selamat mencuba.


4 comments:

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...