Thursday, June 29, 2017

Tips Supaya Udang Sentiasa Segar


Udang salah satu makanan seafood yang sya suka makan. Tak kisah la udang galah ke atau udang biasa..semua sya suka. Nasib baik la sya takde masalah alahan seafood. Boleh je makan macam biasa. 

Tapi dari proses membeli, basuh sehingga simpan udang tu semuanya perlu dititikberatkan untuk memastikan udang sentiasa segar dan kekal rasa manis semulajadinya. 


Petua Udang Sentiasa Segar

Disini sya kongsikan petua dan tips udang sentiasa segar yang anda boleh amalkan. 

1. Ketika membeli udang
  • Semasa kita memilih udang, rasa kepala udang samada lembik atau keras. Kemudian baru rasa bahagian badan udang.  Pilih kepala udang yang masih keras kerana itu tandanya udang tersebut segar dan tidak busuk.
  • Perhatikan juga bau udang samada busuk atau tidak. 
2. Ketika mencuci udang
  •  Cuci udang dengan air paip. 
  • Buang taik udang berwarna kuning keorengan diatas kepala udang sehingga bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita sakit perut atau cirit birit. 
  • Rendam udang yang telah siap dicuci dengan air garam untuk menghilangkan bau dan mematikan kuman yang terdapat diudang. 
3. Ketika menyimpan udang
  • Simpan udang didalam bekas kedap udara. 
  • Tabur sedikit gula didalam udang tersebut untuk memastikan udang tahan lama dan kekal segar. 
4. Ketika memasak udang
  • Jangan masukkan udang terlalu awal didalam masakan untuk mengelak udang menjadi terlalu keras. 
  • Udang yang dimasak terlalu lama juga akan hilang rasa manis semulajadinya. 

Udang boleh dimasak pelbagai menu. Rendang udang, sambal tumis udang, udang masak lemak, udang goreng butter, mee udang dan sebagainya. 

Semoga tips diatas ni memberi manfaat kepada anda semua. 


Anda juga boleh lihat resepi udang goreng butter creamy di link ini.

5 comments:

  1. Baru tau mesti letak gula ohh .. Hehe selalunya main hntm je letak . Tq tipsnya .. Sangat berguan❤

    ReplyDelete
  2. Baru tau mesti letak gula ohh .. Hehe selalunya main hntm je letak . Tq tipsnya .. Sangat berguan❤

    ReplyDelete
  3. ooo.bru tau kena buang taik dan tabur garam utk tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka makan udang. bagus tips ini. memang cegumanes amalakan tips ini untuk menyiang dan menyimpan udang. terima kasih

      Delete

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...