Siapa sini hobinya suka main masak-masak didapur kita geng 😀
Sya anak kedua dari 5 beradik. 3 perempuan dan 2 lelaki. Sya ada kakak dan adik bongsu perempuan. Menjadi la bila sekali berkumpul..ada je benda makan yang nak dibuat. Mak sya pulak memang rajin memasak. Memasak bersama keluarga memang seronok. Terasa lebih erat hubungan kekeluargaan. Kami sekeluarga lebih suka makan masakan dirumah berbanding beli.
Nikmat makan air tangan mak dan masakan sendiri lebih puas dan terjamin dari segi kebersihan dan cara penyediannya. Makan air tangan sendiri pun pastinya lebih menyelerakan. Jimat duit pun iye. Sekali sekala makan diluar atau beli makanan diluar tak salah. Lagi-lagi yang bekerjaya. Cuma, jika ada kelapangan rajin-rajin lah kedapur ye.
Sekarang ni bulan ramadan. Bila berpuasa mesti tak lari dengan bazar ramadan. Suasana lebih meriah kerana ramai peniaga menjual bermacam juadah untuk berbuka puasa.
Sya pun salah seorang yang suka pergi bazar ramadan. Kalau pergi bazar ramadan rambang mata dibuatnya. Tetapi apa pun kena beringat. Jangan membazir. Jangan mengikut hawa nafsu ketika lapar. Beli yang perlu sahaja.
Sya pun salah seorang yang suka pergi bazar ramadan. Kalau pergi bazar ramadan rambang mata dibuatnya. Tetapi apa pun kena beringat. Jangan membazir. Jangan mengikut hawa nafsu ketika lapar. Beli yang perlu sahaja.
Sya jarang beli makanan seperti lauk pauk kerana sya masak sendiri dirumah. Sya hanya beli kuih muih, murtabak, roti john atau roti pita. Kalau terigin sya beli la air soya, air tebu atau apa-apa saja air yang memikat hati..hehe. Kadang-kadang kuih muih pun sya buat sendiri dirumah.
Semalam sya dan mak buat puding pandan dan mee goreng basah. Harini teringin kuih badak berendam pulak. InsyaAllah buat sendiri je. Dapat makan berulang-ulang sampai kenyang.
Apa menu berbuka puasa korang harini..?
Love,
Syafia
Sedapnya menu sya...
ReplyDeleteSimple2 je syu..hihi
ReplyDelete