Assalammualaikum.
Kebiasaannya jerawat terjadi apabila minyak dan sel-sel kulit mati tersumbat diliang kulit.
Keadaan akan menjadi teruk apabila kuman dan bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat sekaligus menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan nanah akan terhasil.
Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja terutamanya remaja yang baru memasuki akil baligh kerana berlakunya perubahan hormon. Ianya dipanggil jerawat juvanel
Ada juga yang mempunyai masalah jerawat kerana penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Pencuci muka berasaskan minyak menyebabkan jerawat mudah terjadi.
Jenis-jenis Jerawat Diwajah.
5 jenis jerawat dimuka.
1. Whitehead
- Keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit.
- Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum dimasuki kuman atau bakteria.
- Ia kelihatan seakan-akan warna kulit
- Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit.
- Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.
2. Blackhead
- Keadaannya hampir sama dengan whitehead.
- Cuma yang berbeza adalah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka.
- Terdedah keudara menyebabkan pengoksidaan berlaku.
- Jerawat jenis ini berwarna hitam dan melekat diliang pori muka.
3. Papules
- Jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead dan blackhead mengalami keradangan atau kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah.
- Ianya berwarna merah dan agak lembut.
- Saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.
4. Pustules
- Jerawat yang biasa kita lihat.
- Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah.
- Terjadi akibat jangkitan bakteria.
- Bakteria ini biasanya hidup disaluran kalenjar yang tersumbat.
5. Jerawat Batu ( Cystic Acne)
- Jerawat besar-besar yang berkumpul diseluruh muka
- Kebiasannya berkaitan dengan genetik.
- Ia terjadi kerana kelenjar minyak yang berlebihan membanjiri pori-pori muka.
Jerawat akan menjadi aktif apabila sebum didalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman.
Penggunaan krim muka yang berminyak dan alat kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk kedalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat.
Apabila tersumbat akan menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak.
Oleh itu aspek pembersihan dan penjagaan muka perlulah dititikberatkan bagi mengelak tumbuhnya pelbagai jenis jerawat yang sekaligus mencacatkan penampilan diri.
Wow..macam2 rupa nya jenis jerawat ni..
ReplyDeleteTerimakasih share info..
bila ada jerawat ni, keyakinan diri pun boleh berkurang. Lagi-lagi kalau kena jerawat yang paling last tu, jerawat batu..huhu..malu nak keluar rumah walaupun kena sebiji je..
ReplyDeleteBaru tau ada macam2 jenis jerawat. Yang blackhead tu paling tak suka. Hehe
ReplyDeleteLengkap info ni.. Thanks!
ReplyDeleteOhh baru tau rupa-rupanya banyak jenis pula jerawat ne. Tq infonya
ReplyDeleteOhh baru tau rupa-rupanya banyak jenis pula jerawat ne. Tq infonya
ReplyDelete