Assalammualaikum
Dah selesai puasa 6 ke korang semua?
Alhamdulillah, semalam sya dah selesai puasa 6 dan puasa ganti.
Orang berpuasa ni selera dia macam-macam. Tekak ni teringin pengat labu. Maka, laju-laju lah sya ke pasar dan beli labu.
Sya memang suka makan makanan kegemaran Rasulullah ni. Samada buat pengat labu, buat gulai lemak labu atau kuih lepat labu. Semua suka.
Resepi Pengat Labu
Sya kongsikan resepi pengat labu yang mudah disediakan tapi sedap secukup rasa.
Bahan-bahan yang diperlukan.
1 1/2 biji labu
Santan
Gula melaka
Gula putih
Secubit garam
Daun pandan
Biji sagu
Cara-cara membuat pengat labu.
1. Potong labu seperti kiub ais.
2. Kemudian, masukkan labu kedalam periuk bersama daun pandan.
3. Masukkan santan. Ikut pekat yang anda gemari.
4. Masukkan 1 ketul gula melaka dan beberapa sudu gula pasir. Ikut manis yang anda gemari. Jangan manis sangat ye.
5. Masukkan secubit garam.
6. Masak sehingga kuah betul-betul mendidih.
7. Masukkan biji sagu. Masak sampai sagu menjadi kembang dan labu menjadi lembut. Tutup api. Siap!
Tips :
1. Tujuan daun pandan dimasukkan kedalam pengat adalah untuk menghasilkan aroma yang wangi untuk pengat tersebut. Rasa pengat pun bertambah sedap.
2. Tujuan masukkan secubit garam kedalam pengat adalah untuk melemakkan lagi pengat tersebut.
Pengat labu ni sesuai dihidangkan ketika minum petang. Rasa manis-manis labu dan gula melaka tu memang serasi bersama sungguh.
Selamat mencuba resipi ringkas pengat labu ni ye.
wah sedap tu...teringat masa kecik2 duk kampung mak suka buat pengat labu...buh lak dalam petiais bagi sejuk...sedapppnya...
ReplyDeleteFav kak aya ni. Best sangat buat pengat ni sebab kejap ja siap. Hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau ada mau try ni resipi ni..good sharing 😊
ReplyDeleteKalau ada masa..mau try la resipi ni😊
ReplyDeleteKalau ada masa..mau try la resipi ni😊
ReplyDeletethanks share resipi..yang penting kena cari labu dahulu..nanti boleh try
ReplyDeleteWah sedapny pengat labu. Makan waktu begini. Enak rasanya.
ReplyDeleteSedapnya 😋 Terus rasa mahu cuba
ReplyDeleteTiba-tiba rasa nak makan pengat labu. Aduuhhhh sedapnyaaa
ReplyDeleteSenang je nak buat rupanya... Thanks kongsi resepi 😊😊
ReplyDeleteEmmm~ sedapnya !! Tq resepi nti sy cuba .. Hehe
ReplyDeleteEmmm~ sedapnya !! Tq resepi nti sy cuba .. Hehe
ReplyDeleteWah.nak try buat jg.tq resepinya.
ReplyDelete