Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan
Bila tiba musim raya, pelbagai jenis biskut yang dijual. Semperit, almond london, sarang semut, cornflakes dan pelbagai lagi.
Kebiasaannya setiap tahun sya dan emak serta adik beradik perempuan mesti buat biskut raya sendiri. Kami lebih suka buat biskut raya sendiri berbanding beli. Biskut raya yang dibuat sendiri selalunya lebih sedap dan cukup rasa.
Salah satu biskut yang sya buat tahun ini adalah biskut sarang semut. Biskut sarang semut ni resepi istimewa daripada emak sya sendiri.
Bahan-bahan biskut sarang semut :
1 ketul buttercup 250gm
1 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik, tambah tepung lagi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat urai (untuk hiasan)
Papercup
Cara-cara membuat doh biskut sarang semut :
1. Putar buttercup dan gula icing sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan sebiji kuning telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sehingga adunan menjadi doh.
Adunan yang telah menjadi doh
6. Setelah disimpan semalaman, parut doh tersebut menggunakan pemarut.
Parut halus-halus.
Penuhkan doh yang diparut didalam papercup
7. Taburkan coklat urai diatas parutan doh.
Sya guna coklat urai warna coklat. Nak guna coklat urai warna warni pun boleh.
Tips :
1. Nak tahu doh tersebut tidak lembik atau keras, doh tersebut mestilah tidak melekat ditangan.
2. Tujuan doh disimpan semalaman didalam peti ais adalah untuk memudahkan doh diparut halus.
Resepi biskut sarang semut ni mudah je disediakan. Cara penyediaan pun tak lama. Apa yang penting rasanya memang sedap, rangup dan lembut.
Belum pun raya lagi tapi biskut ni dah nak habis dimakan. Sedap, cair dimulut.
Selamat mencuba.
haritu buat ngan ank buah...memg sedap....tq sis
ReplyDeleteTq for share resipi..
ReplyDeleteTq for share resipi ya
ReplyDeleteKak Jida ni kalau bab buat biskut selalu fail..yang pandai biskut tunjuk je. Haha..Anyway, biskut ni macam simple..Boleh lah cuba nanti..tq sebab share.
ReplyDeleteMasa study dulu penah cuba buat kuih ni. Tak tau mana silapnya, kuih sarang semut jadi kuih bersemut-semut. Eheee...
ReplyDeleteTq sis Sya kongsi resepi dan tips yang menarik tuk resepi ni. Boleh try kali ke2. 😄
Baru tau biskut Ne😂 ingat tadi cornflakes madu .. hehe boleh lah nti cuba buat Ne .. tq resipinya
ReplyDeleteBaru tau biskut Ne😂 ingat tadi cornflakes madu .. hehe boleh lah nti cuba buat Ne .. tq resipinya
ReplyDeleteWahh mcm senang buat tapi sng lagi makan
ReplyDeleteMaaf nak tanya. Berapa suhu oven ye?
ReplyDeleteterima kasih ats resepi nya..
ReplyDelete