Tuesday, June 6, 2017

Rawatan Semulajadi Mengecutkan Jerawat Yang Mudah


5 CARA MENGECUTKAN JERAWAT DENGAN BAHAN-BAHAN YANG MUDAH DIDAPATI DIRUMAH

Apabila timbul jerawat dimuka tak kira lelaki atau perempuan mesti risau dan rasa kurang selesa. Jerawat apabila disentuh akan terasa sakit. Jerawat apabila tumbuh akan meninggalkan parut hodoh yang sukar hilang.

Bagi orang perempuan, penampilan nampak kurang menarik apabila bermekap kerana perlu bermekap tebal untuk menutup jerawat yang timbul dimuka.

Jerawat atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit telah mati menyumbat liang-liang pori kulit.

Entry hari ini sya nak kongsi petua semulajadi untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dirumah. 


1) Bawang putih

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa bawang putih melekat pada jerawat.

Bawang putih mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

Bawang putih juga merupakan antibiotik semulajadi merawat kuman dan bakteria penyebab jerawat.



2) Kunyit hidup 

Hiris nipis beberapa keping kunyit hidup atau tumbuk kunyit hidup sehingga hancur, sapukan kunyit hidup tersebut ditempat berjerawat. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air. 

Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. 



3) Ais batu

Oleskan ketul ais batu yang telah dibalut dengan kain dimuka secara perlahan-lahan. Oleskan selama 10-15 minit.

Ais batu bukan saja mampu mengecutkan jerawat malah mampu menegangkan kulit muka.

Ais batu juga mampu mengecilkan liang-liang pori dimuka.



4) Ubat gigi

Sapu ubat gigi ditempat berjerawat. Sapu sikit sahaja untuk mengelak kesan pedih berangin yang lama. Biarkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian cuci muka dengan air. 

Ubat gigi mengandungi silica yang bertindak mengecutkan jerawat.



5) Madu

Ambil sedikit madu sapukan ditempat berjerawat dengan menggunakan kapas muka. Biarkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air. 

Seeloknya madu asli. Bukan madu tiruan. Madu tiruan akan menyebabkan kulit muka rosak.



Mudah kan. Semuanya menggunakan bahan yang mudah didapati dirumah. Kesannya bergantung kepada  individu. Untuk mendapat hasil yang memberangsangkan, tips ini perlu dibuat dengan kerap.

Semoga tips mengecutkan jerawat dengan berkesan ini memberi manfaat kepada anda.





No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...