Thursday, March 16, 2017

Tempat makan sedap di Nilai Negeri Sembilan.



Assalammualaikum.

Rakyat Malaysia dengan nasi kandar berpisah tiada haha..

Sebelum berkahwin sya bukan la penggemar nasi kandar. Kalau boleh elak, sya elak makan ke kedai mamak. Sya sanggup pergi makan ke tempat lain. Sya kalau makan kedai mamak mesti sakit perut. Ntah kenapa perut ni.

Tapi, sejak berkahwin dengan orang utara ni..paham-paham aje laa..orang utara dengan kari berpisah tiada. Kalau boleh hari-hari pun takpa kot. Lauk wajib bagi orang utara..

Dalam tak suka tu..lelama sya pun dah suka makan kedai mamak..nasi kandaq kata orang utagha. 

Nasi kandar yang sedapnya bila kuah tu dicampur dengan pelbagai jenis kuah lain. Yang paling sya suka ayam goreng dan sayur bendi atau sayur kobis tumis kuning.

Kalau korang datang ke Nilai Negeri Sembilan, jangan lupa singgah ke restoran Nasi Kandar Lawood. 

Jangan tak tahu, nasi kandar sini sedap. Banyak lauk. Ini bukan restoran mamak tetapi restoran nasi kandar orang melayu yang berasal dari Kelantan rasanya sebab loghat yang sya dengar lebih ke pantai timur-siam gitu.



Nasi Kandar Lawood
Desa Cempaka (Bandar Baru Nilai), Nilai, Negeri Sembilan 71800


Kedai ni sentiasa penuh. Ramai orang. Beratur panjang. Nak makan kena datang awal-awal. Datang lambat, tempat duduk pun susah nak dapat. Parking pun terhad.

Korang boleh beratur untuk ambil makanan sendiri atau boleh duduk dimeja tunggu pelayan restoran datang ambil order dan hidangkan terus kepada anda.


Ayam goreng, telur ikan, sayur taugeh, sotong dan gulai kari.

Itu sebahagian menu yang ada. Banyak lagi menu lain sebenarnya. Yang pasti semua sedap-sedap berbaloi la dengan harganya. 

So, korang kalau datang ke Nilai jangan lupa singgah Nasi Kandar Lawood okay. 

No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...