Thursday, March 2, 2017

Punca terjadinya jerawat


Jerawat merupakan masalah yang biasa berlaku samada kepada golongan lelaki atau wanita. Jerawat tidak mengancam nyawa namun kehadirannya menyebabkan kita tak selesa.


Kesan buruk jerawat terhadap diri sendiri.

  • Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  • Malu apabila muka kelihatan tak cantik
  • Susah bersolek kerana solekan menjadi tidak sekata
  • Malu berjumpa dengan orang ramai
  • Tidak selesa kerana adakala jerawat menyakitkan.

Punca jerawat :

1. Perubahan hormon
- Jerawat timbul disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon testosterone yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Ketidakstabilan hormon biasanya dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun.

- Bagi wanita, seminggu sebelum dan selepas period jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa.

- Penggunaan pil perancang, ubat steroid juga menyebabkan berlakunya perubahan hormon.

2. Tekanan
- Samada tekanan fizikal atau emosi menyebabkan minyak dan sebum bertambah.

- Kurang tidur juga penyumbang stress.

3. Pemakanan
- Corak pemakanan tidak seimbang seperti banyak makan makanan berminyak dan berlemak

4. Toksin dalam badan
- Sisa toksin dalam badan yang tidak pernah detox menyebabkan badan mengumpul banyak toksin.

5. Alergik atau alahan
- Alergik pada sesetengah makanan

- Alergik kepada produk kosmetik yang menyebabkan liang pori tersumbat.

6. Faktor persekitaran atau cuaca
- Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia menyebabkan radang kulit.

- Cuaca panas juga penyumbang muka mudah naik jerawat.

7. Resdung
- Tidak digalakkan memicit jerawat kerana kuman boleh merebak dikelenjar sebum kulit.

- Memicit jerawat juga akan meninggalkan parut.

Rawatan yang boleh dilakukan :

1. Banyakkan minum air kosong
- Minum air kosong 3liter sehari mampu menyahtoksin sisa toksin dalam badan secara semulajadi.


2. Kawal pemakanan
- Kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak.

- Elakkan makan makanan yang menimbulkan alergik seperti seafood, belacan dan sos tiram.



3. Penggunaan alatan solekan atau kosmetik
- Elakkan terlalu terdedah kepada alatan kosmetik yang mempunyai bahan kimia terlarang.

- Pilih produk kosmetik berasaskan organik


4. Makan suplemen
- Suplemen seperti Vitamin C yang tinggi antioksida mampu mengecutkan jerawat dan memudarkan parut bekas jerawat.

- Vitamin C juga membantu melawan virus dan bakteria punca terjadinya jerawat.



Kesimpulannya, banyak jerawat dimuka tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita merendah diri atau berasa malu dengan orang sekeliling.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah jerawat. Namun, biarlah kaedah yang digunakan itu selamat dan tidak mendatangkan kesan memudaratkan.

No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...