Assalammualaikum.
Sekarang ni musim panas terik dan hujan lebat tak kira masa. Cuaca tak menentu. Ramai yang jatuh sakit demam, batuk, selsema tak kira kanak-kanak atau orang dewasa.
Fenomena El Nino menyebabkan ancaman gelombang haba. Jika terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari akan menyebabkan timbulnya pelbagai komplikasi.
Strok haba berlaku apabila kita terdedah kepada cuaca panas secara berterusan. Ini akan menyebabkan kita mengalami kenaikan suhu mendadak dan gagal berpeluh.
Stroke haba membahayakan kesihatan
Suhu normal tubuh badan manusia adalah 37 celsius, strok haba akan mula menyerang apabila suhu badan melebihi 40.5 celsius atau lebih.
Jika kita berada dibawah cuaca panas yang melampau akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi.
Dehidrasi berlaku apabila kekurangan air didalam tubuh badan. Seseorang itu boleh mengalami komplikasi saraf otak, organ dalam badan, koma seterusnya menyebabkan kematian.
Tanda-tanda awal strok haba :
1. Suhu badan tinggi melebihi 40 celsius.
2. Sakit kepala.
3. Loya dan muntah.
4. Denyutan nadi menjadi pantas.
5. Kulit menjadi kering dan kemerahan.
6. Kekejangan otot.
7. Sawan.
8. Pitam. Tekanan darah rendah.
9. Mengalami kekeliruan.
Cara mencegah strok haba :
1. Banyakkan minum air 3 liter sehari.
2. Minum air isotonik seperti Performance Drink Shaklee.
3. Kerap mandi.
4. Hadkan aktiviti diluar terutama pada waktu tengahhari.
5. Pakai topi atau payung ketika keluar.
6. Pakai pakaian longgar dan tidak tebal.
7. Duduk ditempat suhu yang sejuk dan berangin.
8. Pakai losyen/sunblock yang mempunyai SPF15.
9. Segera berjumpa doktor jika mengalami simptom strok haba.
Bagi individu yang tidak biasa terdedah kepada cuaca panas matahari, risiko untuk mengalami strok haba lebih tinggi berbanding orang yang biasa terdedah dengan panas matahari.
Semoga bermanfaat.
Tulus,
Syafia
Semoga bermanfaat.
Tulus,
Syafia
No comments:
Post a Comment