Saturday, March 25, 2017

Resepi Mee Rebus Tulang Daging


Assalammualaikum, selamat berhujung minggu.

Tekak sya ni dah beberapa hari terigin sangat nak makan ree rebus. Terbayang-bayang je kuah mee rebus yang pekat tu.

Kebetulan hari khamis lepas sya ada urusan bank..selesai urusan tersebut sya pun singgah la makan di satu kedai ni.

Belek-belek menu ada jual mee rebus. Sya pun apa lagi laju je order mee rebus tu. Tapi hampa. Kuah cair dan takde rasa apa. Rasa manis ubi keledek takde..masin takde..pendek kata tak sedap ditekak sya.

Disebabkan rasa tak puas makan..sya sanggup masak sendiri mee rebus resepi istimewa daripada mak sya. Masak sendiri puas hati. Boleh ulang makan banyak kali. 

Ok, jom lihat resepi.

Mee Rebus Tulang Daging 


Bahan-bahan untuk kuah mee rebus :

1. Tulang daging beserta isi daging

2. Udang basah (yang besar)

3. Udang basah ( yang kecil)

4. Ubi keledek oren

5. 4 biji bawang merah

6. 4 ulas bawang putih

7. Cili kering

8. Kacang tanah

9. Garam

10. Gula


Nota :

1. Rebus tulang daging sehingga empuk.

2. Kemudian, hiris nipis isi daging yang ada melekat ditulang.

3. Fungsi udang basah besar dan daging adalah untuk dijadikan rencah utama.


Tulang daging dan udang basah sebagai rencah utama


Bahan-bahan untuk dikisar :

1. Ubi keledek oren

2. Udang basah (yang kecil)

3. 4 biji bawang merah

4. 4 ulas bawang putih

5. Cili kering

6. Kacang tanah

Nota :

1.Rebus ubi keledek sehingga lembut dan rebus sebentar udang basah kecil terlebih dahulu sebelum dikisar.

2. Goreng kacang terlebih dahulu sebelum dikisar.


Bahan-bahan yang telah siap dikisar


Bahan-bahan hiasan :

1. Sayur sawi

2. Taugeh

3. Daun sup

4. Tauhu

5. Telur

6. Cili hijau

7. Mee kuning

Nota :

1. Rebus telur sehingga masak.

2. Celur sebentar sayur sawi dan taugeh.

3. Celur sebentar mee kuning.

4. Goreng tauhu sehingga kekuningan.


                 

Bahan-bahan hiasan untuk dimakan bersama mee rebus.

Cara memasak : 

1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sesenduk minyak sehingga kekuningan.

2. Tumis cili kering sehingga garing. (Ikut pedas yang anda suka)

3. Tumis udang basah yang telah dikisar sehingga naik bau.

4. Tumis ubi keledek sehingga sebati dengan bawang, cili kisar dan udang kisar tadi. 

5. Masukkan air ikut tahap kepekatan yang anda suka. 

6. Masukkan lebihan air tulang daging yang direbus sehingga empuk tadi bersama daging yang telah dihiris nipis.

7. Apabila kuah mendidih, masukkan segenggam kacang tanah dan kesemua udang basah. 

8. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila kuah tersebut secukup rasa tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Tips :

1. Ubi keledek oren lebih sedap dan manis berbanding ubi keledek kuning. Kuah pun akan lebih cantik warnanya.

2. Fungsi kacang adalah untuk memekatkan kuah

3. Udang segar lebih sedap, manis rasanya dan kurang berbau berbanding udang kering. Air udang itulah yang membuatkan kuah mee rebus bertambah lazat.

4. Air rebusan tulang jangan dibuang. Guna air rebusan tulang untuk buat kuah mee rebus. Inilah rahsia utama untuk memastikan kuah mee rebus sedap.

Selamat mencuba. 


No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...