Saturday, March 4, 2017

Apakah maksud Polihidramnios ketika hamil.


Polihidramnios merupakan masalah air ketuban berlebihan ketika seseorang wanita mengandung yang boleh mengakibatkan peregangan rahim sekaligus menggalakkan berlakunya kontraksi awal sebelum sampai waktunya.



Masalah air ketuban berlebihan


Adakah ianya bahaya? Apa yang perlu dilakukan agar tidak menjejaskan kandungan?

Air ketuban berlebihan akan menekan diafragma ibu sehingga mengganggu pernafasan dan mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, ianya turut mendorong kepada bersalin secara caesarean atau kelahiran pramatang, kedudukan janin menjadi tidak normal, komplikasi sewaktu bersalin seperti (pendarahan), komplikasi uri lekang (plasenta abruptio) atau janin meninggal didalam kandungan.


Pemeriksaan rapi oleh doktor

Keadaan air ketuban berlebihan terjadi setelah usia kehamilan mencapai 22 minggu atau 5 bulan dengan isipadu mencapai 3 hingga 5 liter. Kandungan membesar dengan pantas, lingkaran perut dan ketinggian rahim bertambah dengan cepat. Kesan rekahan juga kelihatan jelas diperut wanita hamil.

Wanita hamil yang alami masalah ini akan mengalami sesak nafas, masalah pernafasan tersekat-sekat, berat badan berlebihan dan tubuh membengkak. Suara denyutan janin kedengaran jauh kerana kedudukannya jauh dari permukaan. Aur ketubahan yang terlalu banyak juga menjejas kesihatan bayi.

Antara risikonya seperti air ketuban pecah terlalu awal dan wanita bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar. Keadaan ini disebabkan penyakit diabetes gestasi atau masalah resus.

Cara yang biasa dilakukan oleh doktor ialah dengan menyedut atau mengeluarkan sebahagian cairan ketuban melalui jarum khusus yang dimasukkan dari permukaan perut yang disebut sebagai prosedur amniosentesis.


Prosedur Amniosentesis

Prosedur ini dilakukan untuk mengurangi rasa sesak nafas si ibu dan simptom rasa seperti nak bersalin oleh si ibu. Ianya juga dikenali sebagai prosedur amnioreduction.

Prosedur ini mempunyai komplikasi seperti kelahiran pramatang dan jangkitan kuman.

Jika wanita hamil yang mempunyai masalah ini, anda perlu merujuk kepada doktor yang berpengalaman untuk memastikan anda dan bayi dalam kandungan selamat sehingga sampai waktu melahirkan.


No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...