Sunday, June 11, 2017

Resepi Sagu Gula Merah- Yang Sedap dan Mudah.


Assalammualaikum.

Masih lagi dibulan ramadan. Hari ni dah 17 hari berpuasa. Masyaallah sekejapnya masa berlalu. 

Masih lagi berbuka puasa dengan masakan sendiri dirumah. Sya pergi bazar ramadan cuma beli kuih muih, murtabak, roti john atau apa yang terigin je. 

Hari ni sya nak kongsi resepi sagu gula merah. Seperti biasa, resepi sya semuanya mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.


Resepi sagu gula merah yang sedap dan mudah dibuat. 

Bahan-bahan Untuk Resepi Sagu Gula Merah

1. Sagu
2. Air
3. Gula Merah
4. Susu cair atau santan
5. Pewarna hijau atau merah

Cara-cara masak sagu :

1. Masukkan sagu dengan air didalam periuk. Titiskan sedikit pewarna. Masak sehingga sagu kembang.

2. Apabila sagu dah kembang, basuh dengan air untuk membuang kanji yang terdapat disagu tersebut.

3. Masukkan sagu didalam acuan loyang atau kedalam bekas tuperware.

Tips : Nak tahu sagu dah kembang elok adalah apabila tiada lagi kelihatan biji-biji sagu berwarna putih.

Cara-cara masak gula merah :

1. Masak gula merah dengan air.

2. Masak sehingga gula merah menjadi cair dan pekat.

Tips : Sukatan air jangan terlalu banyak untuk pastikan gula merah menjadi pekat.

Cara makan sagu gula merah.

1. Tuang gula merah dan susu cair atau santan kedalam bekas tuperware yang mengandungi sagu tadi. Ikut la tahap kemanisan yang digemari.

Sya lebih suka simpan dahulu sagu dan gula merah didalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap dan nikmat tak terkata hihi.

Selamat mencuba ya.



Saturday, June 10, 2017

Bagaimana Cara Vitamin C Mengecutkan Jerawat Dan Memudarkan Parut Jerawat.


Bagaimana terjadinya jerawat?


Jerawat terjadi apabila minyak atau sel-sel kulit yang telah mati menyumbat liang pori kulit.

Jadi, apabila liang pori tersumbat bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak.

Terjadi la jerawat pasir, jerawat bernanah, jerawat batu dan sebagainya.

Keadaan akan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat akan menyebabkan kemerah-merahan, bengkak atau bernanah.

Jerawat dibelakang badan terjadi kerana kelenjar minyak yang aktif dibelakang badan.

Terdapat beberapa kajian perubatan mengatakan bahawa jerawat boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarangkalian anda mempunyai jerawat lebih tinggi.


Bagaimana cara Vitamin C mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat?

1. Vitamin C tinggi antioksida.
  • Vitamin C mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan. 

  • Vitamin C juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan kita. Radikal bebas daripada faktor persekitaran punca jerawat mudah timbul dikulit.

2. Vitamin C membentuk kolagen
  • Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu Vitamin C mempu menghalang kedutan dan mengecutkan serta memudarkan parut jerawat yang tumbuh dikulit. 

3. Vitamin C mencantikkan kulit
  • Pigmen penyebab utama terjadinya jerawat dan jeragat. 
  • Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan. 

4. Vitamin C antibiotik semulajadi.
  • Vitamin C menguatkan sistem imun dengan menghasilkan sel darah merah yang lebih sihat.
  • Sel darah merah sihat mengurangkan pertumbuhan jerawat Vitamin C bertindak menentang kuman dan bakteria. 

5. Vitamin C memperbaiki insomnia
  • Jerawat juga terjadi kerana tekanan, masalah berkaitan mental dan emosi seperti keresahan dan kemurungan.

Oleh itu aspek pembersihan muka, corak pemakanan, faktor radikal bebas dan pemilihan alat kosmetik perlu dititikberatkan untuk mengelak terjadinya jerawat.

Selain makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C semulajadi, kita juga perlu perbanyakkan minum air kosong untuk memastikan tubuh badan cukup bekalan Vitamin C.

Selain itu, dari segi pengambilan suplemen Vitamin C yang paling bagus untuk membaiki, mengecutkan jerawat, memudarkan parut jerawat dan mencantikkan kulit adalah Sustained Release Vitamin C Shaklee (500mg)


Keistimewaan Vitamin C Shaklee


Kelebihan Vitamin C Shaklee
  • Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya.
  • Pembebasan setiap 1.5 biji buah teraebut kedalam badan seriap jam selama 5jam.
  • Direka khusus dengan sains pembebasan berterusan secara semulajadi
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang berkesan untuk penyerapan vitamin C didalam tubuh badan.
  • Vitamin C Shaklee jenis larut air yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Vitamin C Shaklee tidak membebankan buah pinggang kerana keluar melalui air kencing.


Berminat dengan Vitamin C Shaklee yang berkesan, untung dan jimat? 

Hubungi sya pengedar Shaklee kawasan Nilai, kawasan Slim River dan Tanjung Malim perak. 

Syafia | 012 5752 865


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f5386ed31571beed0361427ff58a9778

Disclaimer : Vitamin bukan ubat untuk merawat tetapi vitamin adalah makanan tambahan yang menyihatkan. 



Friday, June 9, 2017

Pencuci muka yang sesuai untuk kulit berjerawat.


Assalammualaikum.

Sya nak kongsi pengalaman pakai pencuci muka Nutriwhite Shaklee iaitu Gentle Deep Foaming Cleanser dan Makeup Remover Nutriwhite Shaklee.


Makeup Remover dan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee

Sya jenis kulit kering dan berminyak. Bermacam pencuci muka yang sya dah pernah cuba. Tapi tetap sama. Kulit tetap kering dan mengelupas sampai merah-merah muka sya ni. Bila dah merah tu mestilah pedih. 

Selain itu, kulit muka sya berjerawat, liang pori terbuka dan banyak blackhead dan whitehead. Punya la banyak masalah kulit muka..jerawat senang tumbuh sebab liang pori terbuka dan berminyak.

Selama ni sya terigin nak cuba produk Nutriwhite Shaklee tapi tak beli-beli pun. Selepas tengak ramai yang bagi feedback positif sya rasa teruja nak cuba. 

Sekarang ni dah 6 bulan sya pakai Cleanser dan Makeup Remover Shaklee. Betul la kata orang tahan lama. Masih banyak lagi macam tak berusik. Berbaloi dengan harga. 



Gentle Deep Foaming Cleanser Membuatkan Kulit lembut dan jerawat kurang tumbuh. 


Jerawat nasi hilang, parut jerawat pudar, kulit tak kusam dan semakin cerah.

Hasil pakai Nutriwhite Shaklee

Apa yang boleh sya kongsikan, pencuci muka dan makeup remover Shaklee sangat best. Membersih sambil menyegarkan dan menyihatkan kulit. Tak sia-sia la berlabur duit membeli produk yang bagus dan berkualiti. 

Sekarang ni kulit muka sya lebih lembut dan lembap. Masalah kulit kering semakin berkurangan. Jerawat pun jarang tumbuh. Parut-parut jerawat semakin pudar. Blackhead dan whitehead pun semakin licin. Yang paling seronok kulit muka semakin bersih, dah tak kusam dan tona kulit cerah sekata. 

Sya yakin dengan keberkesanan produk Nutriwhite kerana bahan-bahannya diperbuat daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, bebas paraben, bebas merkuri dan bahan kimia terlarang. 

Jika anda tercari-cari pencuci muka yang bagus untuk kulit jerawat, kulit kering dan kulit normal..produk kecantikan Nutriwhite Shaklee jawapannya.

Berminat dengan pencuci muka dan makeup remover Nutriwhite Shaklee?

Hubungi sya pengedar Shaklee kawasan Nilai, kawasan Slim River dan Tanjung Malim. 

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Syafia : 012 5752865


Thursday, June 8, 2017

Resepi Kuih Badak Berendam - Yang Sedap dan Mudah Disediakan.


Assalammualaikum.

Entry sebelum ni sya ada bercerita yang hobi sya suka memasak. Sya terigin nak makan kuih badak berendam. Maka, terhasil lah kuih badak berendam. Bulan puasa ni tekak macam-macam terigin nak makan. Dugaan sungguh. 


Resepi kuih badak berendam.

Sesetengah orang panggil kuih badak berendam ni puteri mandi. Sya pun tak tahu kenapa nama kuih ni dipanggil begitu haha..

Hari ni sya nak berkongsi resepi kuih berendam atau kuih puteri mandi yang sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. 


Resepi Kuih Badak Berendam.

Bahan-Bahan Untuk Buat Doh

2cawan tepung pulut
1cawan air
1 titik pewarna hijau
Garam
Gula

Bahan Untuk Kuah

3 cawan santan
1 sudu tepung gandum
Secubit garam
Gula (ikut manis)

Cara-cara membuat Kuih Badak Berendam.

1. Bancuh tepung pulut dengan air dan secubit garam. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh. Pastikan doh tidak lembik.


Doh yang telah siap diadun.

2. Bulat-bulatkan doh tersebut kemudian buat lubang kecil ditengah masukkan sedikit gula pasir atau gula melaka yang dihiris. Doh yang telah siap masukkan ke dalam loyang.


Bulat-bulatkan doh dan masukkan sedikit gula.

3. Didalam loyang doh tadi tabur gula ikut manis.



Masukkan gula ikut manis yang digemari kedalam loyang. Sya buat kurang manis.

4.  Bancuh santan dengan secubit garam dan 1 sudu tepung gandum. 


Masukkan bancuhan santan tersebut kedalam loyang dan kukus sehingga masak.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Love,
Syafia


Wednesday, June 7, 2017

Resepi ESP Shaklee ketika bersahur dibulan puasa.


RESEPI SAHUR YANG MUDAH, PANTAS DAN BERKHASIAT

Sempena bulan ramadan ni, permintaan terhadap minuman protein ESP Shaklee memang meningkat. Berebut-rebut orang beli sebagai bekalan bersahur.

Ada yang terlajuk perahu tidur dan tak sempat bersahur ke?

Ada yang buntu tak tahu nak bersahur apa?

Nak makan nasi lagi la takda selera..

Nahh..resepi ringkas, sedap, bertenaga dan berkhasiat yang korang boleh cuba dengan hanya menggunakan ESP Shaklee.

Resepi 1


1 biji pisang + 1 sudu peanut butter + 1 cawan air dan 2 sudu ESP Shaklee. Nak tambah kurma pun lagi sedap. 

Resepi 2 


ESP + Fresh Milk + Kurma + Oat dan Badam. 

Resepi 3


2 sudu ESP + 2 sudu milo dan segelas air suam.

Resepi 4


ESP + Meal Shake + Performance Drink + Segelas Fresh Milk dan Kurma

Bland kesemuanya. Siap! Bismillah, doa makan dan sedia diminum. InsyaAllah kenyang lama dan bertenaga.

Cuba laa sedap nikmat tak terkata.

Apakah Kelebihan ESP?

- Mengenyangkan
- Sumber tenaga segera
- Mengurangkan rasa lapar dan letih keterlaluan
- Menguatkan otot dan sendi
- Mengurangkan pedih ulu hati
- ESP mengatasi ada gastrik
- Menyihatkan tubuh badan
- Menghaluskan kulit, mencerahkan kulit dengan sekata
- Memudarkan parut
- Untuk ibu hamil dan ibu menyusu..sebagai milkbooster. Takde la risau air susu cair ke air susu merudum ke. 
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Menganjalkan aset wanita
- Mengurangkan rambut gugur
- Menghaluskan tumit kaki pecah
- Memelihara kesihatan jantung
- Merendahkan paras kolesterol
- Mencegah Osteoporosis

Bagaimana cara minum dan bancuh ESP?
  • ESP sesuai diminum samada sejuk atau suam.
  • ESP boleh dibancuh dengan apa-apa saja air kegemaran yang anda sukai.
  • Kalau taknak campur dengan air lain, bancuh je ESP dengan air sejuk atau air suam. 
  • Elakkan membancuh ESP dengan air panas kerana akan menjejaskan fungsi dan khasiat protein tersebut. 
  • ESP tidak boleh dibancuh dengan air teh, kopi atau nescafe. Ini kerana air tersebut mengandungi kafein. 
  • Cadangan yang disarankan adalah 1 hingga 3 sudu untuk setiap bancuhan. Jangan lebih 3 sudu ye. 
  • Memadai la minum ESP sehari atau 2 hari sekali kerana pengambilan protin yang berlebihan akan membebankan ginjal untuk berfungsi dengan baik. 

Berminat dengan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Hubungi sya untuk maklumat lanjut. Konsultasi percuma untuk anda. 

Syafia 012 5752 865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Pengeposan seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Disclaimer : Vitamin Shaklee bukanlah ubat untuk merawat tetapi Vitamin menyihatkan. Shaklee mempunyai kelulusan oleh KKM Malaysia. 

Tuesday, June 6, 2017

Rawatan Semulajadi Mengecutkan Jerawat Yang Mudah


5 CARA MENGECUTKAN JERAWAT DENGAN BAHAN-BAHAN YANG MUDAH DIDAPATI DIRUMAH

Apabila timbul jerawat dimuka tak kira lelaki atau perempuan mesti risau dan rasa kurang selesa. Jerawat apabila disentuh akan terasa sakit. Jerawat apabila tumbuh akan meninggalkan parut hodoh yang sukar hilang.

Bagi orang perempuan, penampilan nampak kurang menarik apabila bermekap kerana perlu bermekap tebal untuk menutup jerawat yang timbul dimuka.

Jerawat atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris terjadi apabila minyak atau sel kulit telah mati menyumbat liang-liang pori kulit.

Entry hari ini sya nak kongsi petua semulajadi untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dirumah. 


1) Bawang putih

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa bawang putih melekat pada jerawat.

Bawang putih mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

Bawang putih juga merupakan antibiotik semulajadi merawat kuman dan bakteria penyebab jerawat.



2) Kunyit hidup 

Hiris nipis beberapa keping kunyit hidup atau tumbuk kunyit hidup sehingga hancur, sapukan kunyit hidup tersebut ditempat berjerawat. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air. 

Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. 



3) Ais batu

Oleskan ketul ais batu yang telah dibalut dengan kain dimuka secara perlahan-lahan. Oleskan selama 10-15 minit.

Ais batu bukan saja mampu mengecutkan jerawat malah mampu menegangkan kulit muka.

Ais batu juga mampu mengecilkan liang-liang pori dimuka.



4) Ubat gigi

Sapu ubat gigi ditempat berjerawat. Sapu sikit sahaja untuk mengelak kesan pedih berangin yang lama. Biarkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian cuci muka dengan air. 

Ubat gigi mengandungi silica yang bertindak mengecutkan jerawat.



5) Madu

Ambil sedikit madu sapukan ditempat berjerawat dengan menggunakan kapas muka. Biarkan seketika selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air. 

Seeloknya madu asli. Bukan madu tiruan. Madu tiruan akan menyebabkan kulit muka rosak.



Mudah kan. Semuanya menggunakan bahan yang mudah didapati dirumah. Kesannya bergantung kepada  individu. Untuk mendapat hasil yang memberangsangkan, tips ini perlu dibuat dengan kerap.

Semoga tips mengecutkan jerawat dengan berkesan ini memberi manfaat kepada anda.





Monday, June 5, 2017

Masak sendiri dirumah lebih jimat dan sedap.

Assalammualaikum


Siapa sini hobinya suka main masak-masak didapur kita geng 😀

Sya anak kedua dari 5 beradik. 3 perempuan dan 2 lelaki. Sya ada kakak dan adik bongsu perempuan.  Menjadi la bila sekali berkumpul..ada je benda makan yang nak dibuat. Mak sya pulak memang rajin memasak. Memasak bersama keluarga memang seronok. Terasa lebih erat hubungan kekeluargaan. Kami sekeluarga lebih suka makan masakan dirumah berbanding beli. 

Nikmat makan air tangan mak dan masakan sendiri lebih puas dan terjamin dari segi kebersihan dan cara penyediannya. Makan air tangan sendiri pun pastinya lebih menyelerakan. Jimat duit pun iye. Sekali sekala makan diluar atau beli makanan diluar tak salah. Lagi-lagi yang bekerjaya. Cuma, jika ada kelapangan rajin-rajin lah kedapur ye. 

Sekarang ni bulan ramadan. Bila berpuasa mesti tak lari dengan bazar ramadan. Suasana lebih meriah  kerana ramai peniaga menjual bermacam juadah untuk berbuka puasa.

Sya pun salah seorang yang suka pergi bazar ramadan. Kalau pergi bazar ramadan rambang mata dibuatnya. Tetapi apa pun kena beringat. Jangan membazir. Jangan mengikut hawa nafsu ketika lapar. Beli yang perlu sahaja. 

Sya jarang beli makanan seperti lauk pauk kerana sya masak sendiri dirumah. Sya hanya beli kuih muih, murtabak, roti john atau roti pita. Kalau terigin sya beli la air soya, air tebu atau apa-apa saja air yang memikat hati..hehe. Kadang-kadang kuih muih pun sya buat sendiri dirumah. 

Semalam sya dan mak buat puding pandan dan mee goreng basah. Harini teringin kuih badak berendam pulak. InsyaAllah buat sendiri je. Dapat makan berulang-ulang sampai kenyang.



Mee goreng basah untuk menu berbuka puasa.



Puding Pandan Wangi dan Sedap untuk menu berbuka puasa. 


Apa menu berbuka puasa korang harini..?

Love, 
Syafia 

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...