Sarapan apa hari ni? Kalau korang takde idea nak masak apa boleh la cuba resepi mee goreng basah seafood ni.
Macam biasa, resepi sya simple dan mudah jer. Hihi.
Bahan-bahan :
1. Sebungkus mee kuning
2. Udang segar
3. Sotong segar
4. Fishball
5. Cili kering yang sudah dikisar
6. Sebiji bawang merah
7. 2 ulas bawang putih
8. Sayur sawi
9. Carrot
10. Taugeh
11. Kicap pekat
12. Sos cili
13. Sos tiram
Mee Goreng Basah Seafood
1. Sebungkus mee kuning
2. Udang segar
3. Sotong segar
4. Fishball
5. Cili kering yang sudah dikisar
6. Sebiji bawang merah
7. 2 ulas bawang putih
8. Sayur sawi
9. Carrot
10. Taugeh
11. Kicap pekat
12. Sos cili
13. Sos tiram
14. Telur
Cara memasak :
1. Basuh seketika mee kuning untuk membuang kapur yang ada di mee tersebut.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak. Tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan 2-3 sudu cili kering kisar. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan fishball, udang dan sotong. Gaul sebati dengan cili kering dan bawang.
5. Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga kuah mendidih.
6. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan kicap pekat. Sya takde sukat-sukat..agak-agak je nak ubuh banyak mana.
7. Masukkan sedikit gula. Masukkan juga carrot. Garam jika perlu sebab sos tiram dan kicap pekat tu dah masin.
8. Masukkan mee kuning, sayur sawi dan taugeh. Pecahkan sebiji telur. Gaul rata sebentar je.
9. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Cara sya masak pun campak-campak je..takde sukatan. Kalau rasa ada yang tak cukup rasa..tambah-tambah je.
Apa yang penting, kurangkan minyak, gula dan garam dalam masakan. Baru la boleh kawal cara pemakanan yang sihat.
Selamat mencuba.
Tulus,
Syafia
No comments:
Post a Comment