Friday, February 24, 2017

Hikmah apabila diuji


Kualiti diri seseorang itu terserlah saat dia diuji.


Dalam hidup ini, tiada seorang pun terlepas daripada ujian dan dugaan.

Yang beza adalah bentuk ujian dan dugaan yang menimpa seseorang.

Samada diuji dengan ujian yang kecil atau ujian yang besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya, ada yang berpanjangan. Ada juga ujiannya bertimpa-timpa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Apabila diri diuji dengan masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah kehidupan dan sebagainya barulah kita tahu langit tinggi dan rendah. Barulah kita lebih menghargai diri. Apa yang penting berbaliklah kepada Allah swt kerana Dia lah sebaik-baik tempat untuk mengadu.

Disebalik ujian terdapat hikmah yang tersembunyi. Terdapat kemanisan dihujungnya.


Apakah hikmah disebalik ujian?

1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan.

Apa juga musibah dan ujian yang Allah datangkan dan izinkan berlaku adalah untuk meningkatkan keimanan dan darjat seseorang disisiNya. Yakinlah bahawa tidak akan berlaku ujian tersebut kecuali dengan izinNya.

2. Allah tarik nikmat sedikit untuk diberikan nikmat yang lebih besar.

Allah menguji untuk melihat tahap kesabaran dan keimanan kita sebagai hambanya. Sekiranya kita sabar dan redha, Allah akan tambah dengan nikmat yang berkali ganda.

3. Allah berikan satu musibah untuk mengalihkan musibah yang lagi besar.

Ada ketikanya Allah berikan musibah kecil untuk menghalang satu musibah besar yang lain berlaku yang lebih berat dan hebat dugaannya.

4. Sebagai penghapus dosa dan tanda Dia sayang akan kita.

Tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan samada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Allah turunkan ujian kerana Dia sayangkan kita supaya kita bertaubat tidak terus hanyut dan leka melakukan dosa dan maksiat.

5. Memberikan kesedaran dan iktibar

Ujian dan musibah yang diturunkan kepada kita sebagai peringatan kepada hambanya yang lemah dan leka agar tidak terus lalai, sombong, riak dan takbur dengan nikmat yang diberi. Setiap musibah yang berlaku kita jadikan iktibar dan ambil pengajaran daripada musibah tersebut.




Sebagai seorang mukmin, kita perlu redha dengan Qada dan Qadarnya. Tiada siapa pun yang boleh lari daripada ujian Allah swt.

Jika Allah tidak sayangkan kita, pasti Allah biarkan saja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.

Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu bertenang disaat berlakunya ujian dan musibah yang menimpa.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan yang dilakukannya dan dia mendapat seksaan daripada kejahatan yang dilakukannya." Surah Al-baqarah : 286

No comments:

Post a Comment

Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...