Assalammualaikum.
Sebagai seorang ibu apabila kita tak sihat..mesti kita risau anak pulak berjangkit tak sihat. Sebolehnya..biar la kita je tak sihat, kita usaha untuk bagi sembuh. Apabila berjangkit dengan anak-anak kita rasa kesian dan sedih tengok mereka terbaring, tak aktif, makan minum pun mula la takda selera.
Jika seseorang ibu mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk, kerap demam, batuk, selsema dan jatuh sakit selalunya berkait rapat dengan sistem imun atau daya tahan yang lemah dalam badan seseorang itu.
Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan anaknya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak.
Apa yang boleh dilakukan untuk menguatkan imun atau daya tahan ibu dan anak?
1. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amatlah digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka.
Kolostrum dalam susu ibu, merupakan sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan.
Pemberian kolostrum iaitu susu awal yang dihasilkan oleh payudara seorang perempuan selepas melahirkan bayi, harus diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun.
Dua tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi adalah masa yang sangat penting dimana tubuh kanak-kanak sedang membentuk sistem imun semulajadi dari masa ke masa.
2. Mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelak ibu dan anak terkena jangkitan kuman dan bakteria.
3. Buah-buahan dan makanan yang disebut dalam Al Quran dan hadis seperti buah zaitun dan minyak zaitun, habbatussauda, halia, anggur, buah delima, cuka asli, rosemary dan madu jika diamalkan oleh seorang ibu dapat membantu meningkatkan daya tahan anak dan mencegah mereka dari pelbagai penyakit kerana khasiat makanan-makanan ini dipindahkan kepada mereka melalui penyusuan ibu.
4. Buah-buahan dan sayur sayuran tinggi antioksida, vitamin, mineral dan kalsium seperti buah oren, buah epal, betik, sayur bayam, sawi, brocoli, lobak putih dan merah dan sebagainya.
5. Melakukan amalan-amalan rohani dan jasmani seperti berpuasa, bersolat, sedekah, banyakkan berdoa, berzikir dan bermunajat.
6. Makan suplemen. Amalkan multivitamin sebagai makanan tambahan setiap hari untuk menampung kelompongan nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Suplemen tersebut haruslah berasaskan sumber semulajadi, selamat, berkesan dan tidak memudaratkan. Makanan harian yang diambil masih tidak mampu menampung kelompongan nutrisi harian yang diperlukan.
Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Harta dan duit yang banyak pun tidak berguna lagi apabila ditimpa penyakit.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Kos perubatan yang semakin meningkat dan mahal, masa yang diperuntukkan untuk ulang alik ke hospital semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Wallahu a’lam.
Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Harta dan duit yang banyak pun tidak berguna lagi apabila ditimpa penyakit.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Kos perubatan yang semakin meningkat dan mahal, masa yang diperuntukkan untuk ulang alik ke hospital semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Wallahu a’lam.
Berminat dengan produk Shaklee?
Whatsapp Syafia : 012 5752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia
No comments:
Post a Comment