Saturday, June 17, 2017

Vitamin C Yang Terbaik, Murah, Jimat dan Lain Dari Yang Lain.




Kenapa Vitamin C Shaklee lain dari yang lain.

Semalam sya pergi hq Shaklee untuk restock barang yang customer order. Antara vitamin yang banyak sya borong adalah Vitamin C 500mg Shaklee. 1 tablet vitamin C Shaklee bersamaan 7 1/2 biji buah oren. 

Vitamin C Shaklee ni jenis "Sustained Release" dan mudah larut dalam air. Khasiatnya dilepaskan 100mg setiap jam selama 5jam kedalam tubuh badan..tidak membebankan buah pinggang kerana akan keluar melalui urin. 

Vitamin C termasuk dalam set kecantikan kulit Shaklee. Ada yang tanya sya, kalau suplemen untuk kulit yang memberi kesan kulit yang cantik dan menguatkan sistem imun badan serta harga yang murah dan jimat nak makan suplemen apa? Mestilah sya sarankan Vitamin C Shaklee. 

Khasiat Sustained Release Vitamin C :

🍁menguatkan sistem imun
🍁memberi tenaga
🍁mengatasi masalah insomnia
🍁awet muda
🍁membentuk kolagen dalam badan
🍁mencerahkan kulit seluruh badan
🍁memudarkan parut
🍁mengecutkan jerawat
🍁mengecilkan pori muka
🍁membaiki masalah kulit kering dan berminyak
🍁 memudarkan blackhead, whitehead
🍁 membantu penyerapan iron
🍁 mengekalkan kolesterol sihat
🍁 meredakan demam selsema dengan cepat
🍁membaikpulih luka
🍁mengurangkan kesan sunburn
🍁menjadikan tona kulit lebih sekata
🍁mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan
🍁 kulit cerah kemerah-merahan semulajadi
🍁 mengelak ketarak mata

Banyakkk lagi laaa fungsi dan kelebihannya. Tak rugi beli. 1 botol ada 180 biji. Tahan 6 bulan lebih. Untung dan jimat. Berbaloi-baloi.


Vitamin C sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu-tisu otot dan merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Kolagen kurang dalam badan maka cepat kendur la kulit manusia. 


Haiwan seperti arnab boleh menghasilkan vitamin C sendiri tetapi manusia tak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. 
Pengambilan Vitamin C yang konsisten setiap hari membantu mencerahkan kulit seluruh badan dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah 100% semulajadi, tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan. Halal, selamat dan berkesan kerana kesemua produk Shaklee telah menjalani ujian klinikal oleh pakar-pakar yang terlibat untuk membuktikan keberkesanannya. 

Jika anda berminat untuk membeli Sustained Release Vitamin C Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan saya akan guide anda cara makan vitamin yang betul.

Order & konsultasi,
Syafia 0125752865
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 

Atau membuat belian secara online dilink ini dan penghantaran terus kealamat anda. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c6f0e84244546454ed8686478fb01220

Disclaimer :
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Friday, June 16, 2017

Jenis-jenis Jerawat Yang Perlu Anda Tahu


Assalammualaikum.


Apakah punca sebab jerawat tumbuh?

Kebiasaannya jerawat terjadi apabila minyak dan sel-sel kulit mati tersumbat diliang kulit.

Keadaan akan menjadi teruk apabila kuman dan bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat sekaligus menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan nanah akan terhasil.

Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja terutamanya remaja yang baru memasuki akil baligh kerana berlakunya perubahan hormon. Ianya dipanggil jerawat juvanel

Ada juga yang mempunyai masalah jerawat kerana penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Pencuci muka berasaskan minyak menyebabkan jerawat mudah terjadi.

Jenis-jenis Jerawat Diwajah.


5 jenis jerawat dimuka. 

1. Whitehead
  • Keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit.
  • Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum dimasuki kuman atau bakteria.
  • Ia kelihatan seakan-akan warna kulit
  • Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit.
  • Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.

2. Blackhead
  • Keadaannya hampir sama dengan whitehead.
  • Cuma yang berbeza adalah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka.
  • Terdedah keudara menyebabkan pengoksidaan berlaku.
  • Jerawat jenis ini berwarna hitam dan melekat diliang pori muka.

3. Papules
  • Jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead dan blackhead mengalami keradangan atau kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah.
  • Ianya berwarna merah dan agak lembut.
  • Saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.

4. Pustules
  • Jerawat yang biasa kita lihat.
  • Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. 
  • Terjadi akibat jangkitan bakteria.
  • Bakteria ini biasanya hidup disaluran kalenjar yang tersumbat.

5. Jerawat Batu ( Cystic Acne)
  • Jerawat besar-besar yang berkumpul diseluruh muka
  • Kebiasannya berkaitan dengan genetik.
  • Ia terjadi kerana kelenjar minyak yang berlebihan membanjiri pori-pori muka.

Jerawat akan menjadi aktif apabila sebum didalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. 

Penggunaan krim muka yang berminyak dan alat kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk kedalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat.

Apabila tersumbat akan menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. 

Oleh itu aspek pembersihan dan penjagaan muka perlulah dititikberatkan bagi mengelak tumbuhnya pelbagai jenis jerawat yang sekaligus mencacatkan penampilan diri. 

Thursday, June 15, 2017

Kisah shopping online



Assalammualaikum

Pejam celik sekarang kita berada disepuluh malam terakhir bulan ramadan 2017. Masyaallah..cepatnya masa berlalu. Terasa sedih pulak. Moga Allah panjangkan usia sya sekeluarga untuk bertemu lagi ramadan pada tahun seterusnya.

Bila nak habis ramadan ni, maknanya bulan syawal dah nak dekat. Dalam sedih nak tinggalkan ramadan ada terselit perasaan teruja dan seronok nak sambut hari raya. Hari kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Persiapan raya korang dah siap ke? Sya masih belum selesai lagi. Baju raya sya dah siap tempah. Baju raya anak dan suami takde lagi. Esok lah kita cari.

Harini sya nak kongsi, selain memasak sya juga suka shopping online hihi. Sebenarnya dah lama tak beli barang online ni. Asyik beli barang online Shaklee je..itu sya suka tau. Hari-hari shopping online barang Shaklee pun takpe.

Seminggu dua ni, sya mencari tudung untuk dipakai dihari raya. Sya pun cuci mata la difacebook dan instagram. Ramai peniaga dan butik-butik yang jual tudung dan baju untuk koleksi raya. Cantik-cantik belaka. Rambang mata dibuatnya.

Pelbagai fesyen. Kalau tak kuat iman, rasa nak beli semua. Tapi sya tetap lawan godaan demi godaan itu haha. Selepas puas survey akhirnya sya beli tudung jenis bawal shawl. Sekarang ni kan trend bawal shawl. Jenis instant. Senang pakai dan senang iron.

Tips nak membeli tudung mestilah tudung tu yang kita suka pakai dan sesuai dengan bentuk muka. Sya memang suka gaya yang ringkas. Sya tak suka melebih-lebih. Selain itu, pilih kain jenis tak terlalu lembut dan tak terlalu keras supaya tudung yang kita pakai tu senang bentuk dan digayakan.

Selain menjimatkan masa dan tak perlu susah payah keluar membeli belah diluar, namun membeli belah secara online ada risikonya. Sesetengah peniaga bersikap tak jujur. Kita bayar duit, tetapi barang tak dapat atau barang sampai tetapi indah khabar dari rupa.

Maka, jadilah pembeli yang bijak dengan selidik dulu latar belakang butik atau peniaga online tersebut untuk mengelak timbulnya pelbagai masalah dikemudian hari.

Nak beli barang Shaklee hubungi sya tau, jangan risau sya pengedar Shaklee yang jujur dan amanah.


Wednesday, June 14, 2017

Punca-punca Resdung dan Cara Merawatnya.


BAGAIMANA RESDUNG TERJADI

Mereka yang mempunyai alahan lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang alahan.

Ada penghidap resdung yang alahan dengan makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Ada pula yang alahan dengan debu habuk, bulu binatang dan makanan tertentu. 

Kebanyakan jangkitan ‘sinus’ bermula daripada selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus daripada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak sehingga menutup rongga hidung dan menjadikannya tersumbat. Akibatnya cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung.

Apa yang penting, cuba kenal pasti apa yang menyebabkan hidung menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhirnya mengundang resdung.


Simptom-simptom resdung seperti kerap bersin, jerawat belakang badan, kerap selsema, alahan makanan seafood dan cuaca persekitaran.

Set basic resdung Shaklee terdiri daripada Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat jerawat yang berpunca daripada masalah resdung.



SET BASIC RESDUNG


SET LENGKAP RESDUNG

ALFALFA

- Membuang toksin dalam badan
- Detox darah
- Mengawal pertumbuhan jerawat
- Mengurangkan resdung, alahan kulit

VITAMIN C

- Tinggi antioksida
- Membentuk kolagen didalam kulit
- Mengecutkan jerawat
- Mencerahkan kulit
- Mengurangkan alahan kulit

B-COMPLEX

- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangi stress
- Menyerikan wajah
- Membaiki hormon

NUTRIFERON

- Menguatkan imun badan melawan virus dan bakteria
- Mencegah demam dan selsema berterusan
- Mengurangi alahan kulit seperti eczema dan resdung

VIVIX

- Tinggi antioksida untuk melawan virus dan bakteria punca penyakit
- Bertindak sebagai anti radang
- Berkesan mengurangkan selsema, pertumbuhan jerawat dan alahan kulit
- Menyokong kesihatan kardivaskular

Testimoni Set Resdung Shaklee


Selepas konsisten makan Alfalfa, parut jerawat hilang dan pudar. 



Selepas konsisten selama 3 minggu makan Vitamin C parut jerawat semakin pudar dan nipis. 


Sejak amalkan Vivix, kulit muka semakin halus, bekas jerawat makin kecut, garis halus dimuka berkurangan dan kulit pun menjadi anjal.


Order & konsultasi,
Syafia | 012 5752865
Facebook | Syafia Mazlan
Instagram | Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
----
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Senarai Alamat Ibu Pejabat dan Cawangan Shaklee seluruh Malaysia.




Assalammualaikum.

Jika anda sudah mendaftar menjadi ahli Shaklee, wajib untuk anda tahu dimana lokasi ibu pejabat dan cawangan-cawangan Shaklee seluruh Malaysia.

Jika rumah anda berdekatan dengan cawangan-cawangan terbabit, anda boleh beli terus barangan Shaklee tanpa perlu membuat belian secara online. Lebih menjimatkan masa, mudah dan cepat.

Untuk pengetahuan semua, ibu pejabat Shaklee telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Sunway Geo Tower. (Berhadapan Hospital Sunway)

Disini saya senaraikan lokasi ibu pejabat dan cawangan Shaklee seluruh Malaysia.

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 2,
Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-5622 3188
Toll Free : 1800 88 6577
Fax: 603-5622 3099

Emel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan :
Isnin hingga Sabtu: 10am hingga 7pm

Senarai Cawangan Shaklee Malaysia

1. Cawangan Shaklee Kuala Lumpur :

Alamat : No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm

2. Cawangan Shaklee Ipoh, Perak
Alamat : 32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm

3. Cawangan Shaklee Penang

Alamat : No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm

4. Cawangan Shaklee Johor Bahru (JB)

Alamat : 47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm


5. Cawangan Shaklee Kota Bharu, Kelantan

Alamat : 319, Section 25,
Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm

6. Cawangan Shaklee Kota Kinabalu :
Alamat : Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat
Sabtu (minggu 1 & 3 sahaja)
Jam : 10am hingga 7pm


Bagaimana Cara nak mendaftar ahli Shaklee?
Nak daftar ahli Shaklee ada 3 cara :

1) Dengan membayar yuran keahlian RM69 seumur hidup

2) Daftar ahli Shaklee percuma dengan membuat pembelian berjumlah RM700 dan ke atas

3) Dengan membuat pembelian twin pack Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma

Jika anda walk-in ke cawangan Shaklee, anda boleh membuat pendaftaran dengan mengisi borang keahlian Shaklee yang boleh dibeli di kaunter. 

Jangan lupa masukkan nama saya Syafia Mazlan beserta ID : 1078101 dan anda akan layak menjadi ahli Shaklee dan membeli barangan Shaklee dengan harga ahli yang pastinya lebih murah dan jimat. 

Jika berminat untuk menjadi ahli Shaklee atau ingin membeli barangan Shaklee anda boleh menghubungi saya ditalian :

Whatsapp/Sms : Syafia | 012 5752865. 
Facebook : Syafia Mazlan
Instagram : Vitaminshopby_syafia

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Disclaimer : 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
----

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, June 13, 2017

Penafian berkaitan blog dan jualan produk Shaklee.



Disclaimer :

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee.

Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan mahupun dianggap sebagai preskipsi.

Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.

Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan.

Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan.

Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan.

Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.

Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda.

Shaklee always safe, always green, always works.



Syafia | 012 5752865

Pengedar Shaklee Kawasan Nilai Negeri Sembilan, Kawasan Slim River dan Tanjung Malim Perak. 


Monday, June 12, 2017

Bagaimana Terjadinya Hari Nuzul Al-Quran


SEJARAH TERJADINYA NUZUL AL-QURAN.


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula2 sekali diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).” 
 [ Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].

Membaca Al-Quran dengan berfikir dan penuh penghayatan akan memberi ketenangan dan kelapangan hati. Ini kerana Al-Quran merupakan petunjuk, cahaya dan penawar segala-galanya. 

Firman Allah SWT :
" Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar kepada penyakit-penyakit batin yang ada didalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Maka, amalkan membaca Al-Quran setiap hari kerana Al-Quran akan menjadi syafaat kepada kita diakhirat nanti. 

"Dengan kitab itu Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan."
( Surah Al-Maidah : 16)

Jadikan Al-Quran seperti cinta yang sentiasa dibaja, mekar subur didalam jiwa.

Tulus, 
Syafia


Cyst semakin mengecil dengan Vivix.

Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...