Kisah inspirasi diri sendiri.
***********************
Dulu kerja makan gaji. Keluar sesudah subuh balik selepas maghrib. Tak jumpa matahari.
Berulang rutin yang sama setiap hari selama 2 tahun setengah. Dari anak dara sampai mak dara.
Tumpang tinggal rumah pak sedara di Subang. Banyak sangat jasa dia suami isteri. Takkan pernah lupa. Makan minum sama-sama. Pergi kerja, keluar jalan pun sama-sama.
Bila dah kahwin, mengandung pula. Duduk asing dengan suami atas faktor suami kerja di Nilai, saya di Shah Alam.
Nak berhenti kerja..tapi memikirkan nak bersalin banyak persediaan kena buat nak menyambut orang baru. Bersabar dulu.
Lepas bersalin, anak tinggal dengan mak di kampung sebab takda orang nak jaga. Sampai bila suami isteri nak duduk asing-asing. Anak umur 6 bulan saya nekad berhenti kerja.
Sekarang, bahagia dapat melihat anak membesar depan mata. Uruskan rumah tangga sendiri walaupun masih banyak perlu dibaiki.
Saya pilih bekerja dari rumah. Sambil mendidik anak, sambil buat kerja rumah pun masih boleh terima order dari customer. Adat berniaga ada pasang surutnya. Terpulang kepada kita bagaimana nak konsisten.
Rugi tak bekerja? Hidup takda masa depan? Belajar je tinggi-tinggi tapi duduk rumah?
Rezeki kita punyai bahagian masing-masing. Jika ini rezeki saya, saya redha. Bukan satu kerja hina. Rezeki ada dimana-mana.
Apa yang penting kita berusaha untuk terus berjaya. Berusaha untuk capai taraf hidup dan kewangan yang lebih selesa untuk jaminan masa depan.
Rezeki kita Allah yang beri bukan kerana kerja makan gaji.
Jangan mengeji,
Syafia
#piamenulis
#ibuzahrajourney
#tsunamishaklee
Shaklee lover. Pengedar Sah Shaklee Nilai. Pengedar Sah Shaklee Slim River. Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim. Suka memasak. Suka membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cyst semakin mengecil dengan Vivix.
Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...
-
Assalammualaikum. Kisah raya sya tahun ni apabila anak sya terkena demam chicken pox atau cacar air pada hari raya kedua. Sesetengah ora...
-
Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Assalammualaikum. Bila tiba musim raya, pelbagai jenis biskut yang dij...
-
SEJARAH TERJADINYA NUZUL AL-QURAN. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada ...
No comments:
Post a Comment