Ku lakarkan puisi ini istimewa untukmu nak.
Moga bila dah pandai membaca nanti, tiap kata-kata ibu ini meresap kedalam jiwamu.
Zahra,
Time kecik-kecik ni, zara suka ajak ibu main masak-masak. Dah besar nanti rajin-rajin kedapur masak untuk ayah dan ibu ye. Dah kahwin nanti boleh masak untuk suami dan anak-anak pulak.
Zahra,
Time kecik-kecik ni, bila zara main doktor-doktor..zara selalu periksa ibu dengan teleskop. Bila ibu tanya saya sakit apa doktor? Zahra cakap 'demam'...sian ibu. Belajar rajin-rajin ye nak boleh jadi doktor. Kalau ayah ibu sakit bolehlah rawat nanti.
Zahra,
Time kecik-kecik ni selalu bermanja dengan ayah ibu. Sikit-sikit nak peluk, nak cium. Tidur pun nak bertepuk. Dah besar nanti jangan malu nak bermanja dengan ayah ibu ye.
Zahra,
Orang selalu puji anak ibu ni comel, cantik. Ibu bersyukur dianugerahkan anak seperti zara. Tapi ingat, jangan sombong dan lupa diri bila besar nanti. Sepertimana cantiknya paras rupamu, pastikan seiring dengan budi pekerti dan akhlakmu.
Zahra,
Sepertimana ayah ibu menatang zara bagai minyak yang penuh..seperti itu jugalah ibu harap dari zara. Jangan lupa jasa ayah ibu. Sentiasa hormat dan sayang ayah ibu sepertimana kami menyayangimu nak.
Zahra,
Sepertimana ibu ayah seronok dan terhibur dengan keletah zara yang mencuit hati, moga sampai besarlah zara sentiasa menyenangkan hati kami. Kalau kami sedih, gembirakanlah kami. Kalau kami merajuk, pujuklah kami. Kalau kami sakit, jagalah kami.
Doa ayah dan ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu baik didunia mahupun akhirat.
Semoga zahra menjadi anak yang solehah, penyejuk dimata penawar dihati.
#liveamazing
#nurirdinazahra
#sindrommakmak
Shaklee lover. Pengedar Sah Shaklee Nilai. Pengedar Sah Shaklee Slim River. Pengedar Sah Shaklee Tanjung Malim. Suka memasak. Suka membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cyst semakin mengecil dengan Vivix.
Tengahhari tadi scan cyst, cuak takut jadi makin teruk. Semalam tak boleh tidur pikir nak scan ni. Alhamdulillah cyst dah makin kecut dari 3...
-
Assalammualaikum. Kisah raya sya tahun ni apabila anak sya terkena demam chicken pox atau cacar air pada hari raya kedua. Sesetengah ora...
-
Resepi Biskut Sarang Semut Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Assalammualaikum. Bila tiba musim raya, pelbagai jenis biskut yang dij...
-
SEJARAH TERJADINYA NUZUL AL-QURAN. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada ...
No comments:
Post a Comment